Nasihat ini lebih teruntuk kepada anda yang baru kerja. Jika anda ingin beli kereta, kereta terpakai pun okay. Kalau mahu kereta baru pun, beli lah kereta tempatan. Beli kereta ansuran bulanan tak lebih 15% daripada gaji.

Jom tanam azam beli rumah dulu sebelum beli kereta idaman. Nanti kalau sudah lama kerja, gaji pun besar. Masa itu kalau mahu beli kereta idaman beli lah.

beli kereta mahal

Imej via Thepracticeofleadership

Berikut Alasan Kenapa Jangan Beli Kereta Mahal-Mahal Dulu

1. Komitmen bulanan akan tinggi jika ansuran bulanan kereta separuh gaji. Anda pun terbeban bayar bulanan. Untuk apa guna kereta mahal tapi merana bayar bulan-bulan.

2. Nisbah hutang kepada pendapatan (DSR) anda mungkin tinggi melangit. Kalau DSR lebih 70% memang bank tak mahu terima permohonan pembiayaan perumahan anda.

3. Anda tak mampu menyimpan deposit rumah kerana terpaksa bayar ansuran bulanan dan kos petrol serta kos yang lain.

4. Kereta beli tahun ini RM80K tahun depan dah jadi RM56K saja. Harga kereta akan turun 20%-30% setiap tahun.

5. Rumah selalunya akan naik harga. Tahun ini harga RM100,000 tahun depan pula naik RM110,000.

6. Kereta adalah keperluan, tapi beli kereta separuh daripada gaji itu kehendak. Beli kereta semata-mata untuk menunjuk itu tidak elok.

7. Beli kereta tidak salah, tapi ramai yang tersalah beli kereta.

***

Kereta pertama anda seharusnya bersamaan setahun gaji.

Jika gaji RM3000 x 12 = RM36,000. Boleh beli harga kereta Axia, Saga atau Myvi sahaja.

Anda boleh guna formula ini dalam membeli kereta;

➡20:5:15

✅20% Deposit kereta
✅5 Tahun tempoh pembiayaan
✅15% Dari gaji untuk ansuran kereta. Pastikan dibawah 15%.

Kongsikan kepada kawan anda yang minat kereta. Yang selalu fikir pasal kereta memanjang.

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.