Beliau tidak mahu digelar ustaz kerana kepakaran beliau menjurus kepada bidang motivasi serta pengucapan awam. Walau bagaimana pun, beliau tidak pernah menghalang orang ramai untuk memanggil dengan gelaran tersebut.

Pada mulanya profesion beliau sebagai penceramah cumalah untuk mengisi masa terluang dan ianya bermula semasa beliau menjadi pembimbing motivasi secara sambilan pada tahun 2005. Setiap ceramah motivasi yang disampaikan akan diselitkan dengan petikan hadis dan juga ayat Al-Quran.

Bermula dari situlah beliau sering dijemput menyampaikan ceramah agama. Jom korek biodata Syamsul Debat yang memang handal mendebat.

Imej via azhan.co

Latar Belakang

Syamsul Debat atau nama penuhnya Syamsul Amri bin Ismail dilahirkan di Kg Ayer Dedali, Jempol Negeri Sembilan pada 3 Ogos 1977. Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Paroi, Negeri Sembilan dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Said, Labu, Negeri Sembilan.

Semasa di bangku sekolah, Syamsul pernah dirotan oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof. Beliau pada ketika itu sedang berada di tingkatan empat.

Hukuman rotan yang diterima adalah kerana beliau bersama rakannya telah tidak hadir ke sekolah dan menghabiskan masa di luar. Pengetua pada ketika itu, Datuk Mohd Yusof serta guru sekolah menyedari ketidakhadirannya telah mengenakan hukuman kepada beliau dan rakan – rakan.

Syamsul telah melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka. Seterusnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang – Undang di UiTM Shah Alam.

Beliau dikenali dengan nama manja iaitu Abang Acoy di kalangan ahli keluarganya. Syamsul juga telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Ungku Norkhayati binti Ungku Abu Bakar dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Kerjaya

Kerjaya Syamsul Debat bermula di Majlis Perbandaran Seremban. Beliau juga turut mengendalikan urusan membawa para jemaah Malaysia menunaikan ibadah umrah dan juga program pelancongan.

Sebelum menjadi seorang penceramah popular di rancangan tv, Syamsul telah memulakan kerja sebagai pakar motivasi dan penceramah sejak tahun 2005. Beliau sering diundang bagi sesi team building syarikat – syarikat swasta.

Syamsul Debat pernah menjadi pengacara untuk program keagamaan di TV AlHijrah, iaitu program Syamsul Debat, Sejuta Rahsia dan Duo Syamsul. Malah, beliau juga pernah berlakon dalam filem This is Pilah yang ditayangkan pada tahun 2018.

Pada tahun 2018 iaitu selepas Pilihanraya Umum Ke-14, Syamsul telah melepaskan semua jawatannya dalam UMNO berkuat kuasa serta merta. Walau bagaimana pun, beliau masih kekal sebagai ahli UMNO.

Syamsul merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) sehingga kini. Beliau juga masih aktif dengan ceramah motivasi serta program pembangunan kerjaya dan masyarakat.

Selain itu, Syamsul juga merupakan pakar motivasi dan juga personaliti media yang sering mendapat tempat di kalangan masyarakat. Syamsul sering memasukkan elemen jenaka di dalam setiap ceramahnya.

Dengan cara ini, orang ramai akan lebih mudah hadam dengan ceramah yang disampaikan biarpun dalam bentuk sinikal. Ia merupakan salah satu cara seseorang pendakwah untuk mendekati masyarakat dengan lebih mudah.

Imej via ohbulan

Pengalaman

Syamsul tidak menjangka namanya akan meletup ibarat pisang goreng panas setelah kemunculannya buat kali pertama semasa slot ceramah di TV AlHijrah tahun 2016. Rancangan TV AlHijrah telah disiarkan 24 jam sehari membuatkan ramai yang mula mengenali beliau.

Sejak rancangan di TV AlHijrah, beliau mulai dikenali sebagai Syamsul Debat dan namanya sebaris dengan nama-nama besar yang sudah lama terkenal. Orang ramai begitu menyenangi kemunculan beliau kerana kepetahannya berbicara semasa rancangan tv dengan loghat Negeri Sembilan, cukup menghiburkan.

Penyampaian ceramahnya dalam loghat Negeri Sembilan memberi kelainan dan ianya cukup digemari ramai, bukan sahaja orang dewasa malah anak muda juga begitu meminatinya. Syamsul telah mula berpidato sejak di zaman universiti. Melalui pengalamannya, Syamsul telah mempelbagaikan gaya penyampaian ceramah supaya lebih mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau akan memastikan bahawa setiap ceramah yang disampaikan adalah tepat dan tidak menyalahi agama. Ini supaya tiada golongan yang salah faham dengan penyampaiannya terutamanya bagi yang tidak mempunyai latar belakang agama yang baik.

Sinonim dengan sikap kelakar dan simple sahaja orangnya. Malah, secara in person juga beliau juga bersifat sedemikian.

Anugerah dan Pencapaian

Syamsul Debat merupakan seorang yang aktif dalam persatuan pelajar semasa sedang melanjutkan pengajian di UiTM. Beliau pernah menjadi Presiden Kelab Usahawan (MEDEC UiTM), Exco Jawatankuasa Perwakilan KOMSIS UiTM, Presiden Kelab Debat & Pidato UiTM Shah Alam dan juga Naib Presiden Persatuan Wawasan UiTM Shah Alam.

Syamsul Debat juga turut memenangi beberapa anugerah sepanjang beliau berada di universiti.

  • Tahun 1998         
    • Johan Pidato UiTM Melaka 
    • Johan Debat Piala Provos UiTM Melaka (1998)
  • Tahun 1999         
    • Tempat Ketiga Debat DiRaja di USM Pulau Pinang (Pendebat         Terbaik Keseluruhan) 
  • Tahun 2000         
    • Johan Pidato Kenegaraan Negeri Sembilan
    • Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh 
  • Tahun 2002         
    • Tempat Ketiga Debat DiRaja di UUM (Ranking Pertama Pendebat Terbaik Seluruh Malaysia) 
    • Johan Debat Perdana anjuran Majlis Peguam Malaysia 
    • Johan Debat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia            (YAPEIM) (Pendebat Terbaik Keseluruhan) 
  • Tahun 2003         
    • Johan Debat Komuniti Bestari Negeri Sembilan (Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir)   
    • Johan Pidato KEMAS Negeri Sembilan 
  • Tahun 2004         
    • Johan Pidato anjuran KEMAS Negeri Sembilan 
  • Tahun 2006         
    • Johan Pidato Perdana Islam Hadhari Kebangsaan di PWTC
  • Ketua Hakim bagi pertandingan debat
  • Pernah menjadi Jurulatih Debat dan memiliki Sijil Penghakiman Debat oleh MADUM
  • Pernah menjadi Jurulatih sambilan untuk Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa buah Universiti Tempatan termasuk UNIMAS di Sarawak

Kesimpulan

Setiap kali beliau menyampaikan ceramah agama, pastinya ramai yang tidak kering gusi dengan lawak jenaka yang diselitkan. Ia bukanlah sekadar lawak kosong, namun ianya terselit dengan pelbagai teguran dan nasihat yang begitu bermakna.

Loghat Negeri Sembilannya memang tidak dapat ditinggalkan kerana dengan loghatnya yang bersahaja membuatkan orang ramai lebih mudah memahami setiap bait kata – kata nasihat yang disampaikan.

Jemput juga baca biodata Pendeta Za’ba dan biodata Heliza Helmi

Rujukan

Copy

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.