Tidak dapat dinafikan bahawa kewangan merupakan salah satu topik utama dunia. Perkara ini menyebabkan kepentingan untuk memiliki kemahiran mahupun pengetahuan kewangan yang baik, sama ada untuk kegunaan peribadi mahupun untuk kegunaan profesional seperti pelaburan atau perniagaan. Oleh itu, artikel ini ingin memperkenalkan kepada anda lima buah buku yang mampu meningkatkan pengetahuan kewangan anda.

1. Security Analysis

Benjamin Graham dan David Dodd telah menulis “kitab Bible” tentang pelaburan ekuiti asas di dalam buku klasik ini, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1934. Sekiranya anda berminat dengan teknik-teknik melabur nilai, satu pendekatan yang digemari oleh Warren Buffett, pernah belajar dengan Benjamin Graham semasa di Universiti Columbia, anda pasti akan mendapat manfaat daripada buku ini.

2. Common Sense on Mutual Funds

John Bogle, pengasas syarikat dana bersama, Vanguard Group, menghasilkan panduan beliau untuk para pelabur dana bersama pada tahun 1999. Bogle menghasilkan buku tersebut untuk pelaburan berdasarkan indeks. Selain itu, buku beliau ini penuh dengan nasihat kewangan yang masuk akal, seperti mengakui bahawa semakin kurang anda membayar seseorang untuk menguruskan pelaburan anda, semakin banyak wang yang anda simpan.

3. Extraordinary Popular Delusions

Satu perkara yang berterusan tentang pasaran kewangan adalah pasaran ini mengalami tempoh ketamakan dan ketakutan kolektif, yang mana telah mengakibatkan Gelembung Laut Selatan British (Britain’s South Sea Bubble) dan Tulip Mania Belanda (Netherland’s Tulip Mania) pada tahun 1630.

Wartawan British, Charles Mackay telah meneroka krisis ini dan krisis-krisis lain pada tahun 1841. Buku Mackay ini tidak boleh dipandang remeh kerana memiliki kaitan dengan zaman kontemporari, kerana mania yang beliau dokumenkan di dalam buku ini menyediakan pandangan mendalam kepada krisis-krisis terbaru seperti dotcom boom” dan “bust” pada tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an.

4. Liar’s Poker

Michael Lewis menggunakan pengalaman beliau sebagai jurujual bon pada zaman kejayaan Salomon Brothers untuk menulis buku legenda pada tahun 1989 ini. Beliau menceritakan pengalaman kerja beliau sendiri dan juga mengongsikan sekeping gambar bersaiz besar yang di ambil di Wall Street ketika waktu kekalutan berlaku apabila pasaran sekuriti disokong gadai janji (mortgage-backed security) terbakar.

Satu susulan berikutnya untuk buku tersebut, “The Big Short”, menceritakan tentang peranan yang dimainkan oleh Wall Street dalam penurunan harga perumahan pada tahun 2000-an.

5. Competitive Strategy

Dalam buku tahun 1980 ini, profesor Sekolah Bisnes Harvard, Michael Porter melihat kepada apa yang menjadikan kelebihan kompetitif di dalam industri tertentu. Oleh kerana banyak profesional kewangan menghabiskan hari-hari mereka dengan menganalisis syarikat-syarikat, industri-industri dan strategi-strategi, buku Porter ini menyediakan sebuah permulaan yang sesuai.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi bahan bacaan atau buku-buku yang mampu membantu anda meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kewangan anda dalam menyediakan diri anda dalam kewangan peribadi harian mahupun kewangan profesional seperti pelaburan dan perniagaan. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang cadangan tentang bahan bacaan yang boleh dibaca, lima buah buku yang dikongsikan di dalam artikel ini mungkin dapat membantu anda.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.