Robert Frederick Smith merupakan pengasas bersama SaaS, syarikat ekuiti swasta yang bertumpu kepada industri Vista Equity Partners. Menurut majalah Forbes, beliau mempunyai nilai bersih kekayaan adalah sekitar $5 bilion, yang menjadikan beliau individu kulit hitam terkaya di Amerika Syarikat.

Smith merupakan seorang jutawa yang membangun dengan diri sendiri (sef-made millionaire) yang membesar di kejiranan kelas pertengahan di Denver, Colorado, seperti yang dinyatakan oleh New York Times bahawa beliau merupakan seorang yang bercita-cita tinggi sejak daripada usia muda.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Cornell di dalam bidang kejuruteraan kimia, beliau bekerja di gergasi pasaraya, Kraft, dan kemudiannya mendapatkan ijazah sarjana (master) di dalam bidang pentadbiran perniagaan daripada Universiti Columbia. Beliau mula menjadi penasihat kepada syarikat-syarikat seperti Apple Inc., dan Microsoft Corp. semasa berada di Goldman Sachs.

Imej via CNN

Ikrar Morehouse

Smith telah membuat pengumuman mengejut semasa ucapan pembukaan di Kolej Morehouse pada bulan Mei 2019, di mana beliau berikrar untuk membayar lebih kurang 400 hutang mahasiswa. David A Thomas, Presiden Morehouse memberitahu kepada CNN bahawa jumlah hutang itu mungkin bernilai puluhan juta dolar.

Sementara ikrar Smith itu mengejutkan orang ramai, termasuk para pentadbir kolej, namun semuanya masih normal untuk pengurus ekuiti swasta itu. Smith selepas itu telah mengambil lebih banyak peranan awam, bercakap di Forum Ekonomi Dunia di Davos, dan membuat sumbangan amal yang besar. Selain daripada Buffett dan Gates, Smith juga telah menandatangani “Giving Pledge”, berjanji untuk mendermakan separuh daripada kekayaan beliau.

Pada bulan Januari, Smith telah mendermakan sebanyak $1.5 juta kepada kolej Morehouse untuk membiayai biasiswa pelajar dan membina sebuah taman baru di kampus. Pada tahun 2016, beliau telah menyumbangkan $50 juta kepada Universiti Cornell untuk mendokong program-program kejuruteraan serta pelajar kejuruteraan kulit hitam dan wanita .

Di Sebalik Kekayaan Smith

Vista Equity Partners yang menguruskan lebih kurang $46 bilion aset, seperti yang dinyatakan laman webnya, telah menjana keuntungan besar dengan membeli dan menjual syarikat-syarikat perisian. Walaupun syarikat swasta itu tidak mengumumkan pendapatannya, ianya dikenali secara meluas sebagai salah sebuah syarikat ekuiti swasta terbaik di Amerika, dengan pulangan tahunan melebihi 20% sejak dilancarkan pada tahun 2000, seperti yag dinyatakan oleh New York Times.

Oleh kerana kebanyakan pelabur menumpukan kepada syarikat-syarikat teknologi, Smith dan rakan beliau, Brian Sheth telah memanfaatkan arena perniagaan perisian yang kurang popular, di mana satu peralihan kepada awan (cloud) telah merevolusikan industri tersebut dan telah membawa lebih banyak pelabur baru.

Rujukan

 

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.