Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang, bukanlah orang biasa. Beliau merupakan pelumba basikal trek professional Malaysia dan telah banyak pencapaian yang telah dikecapi sehingga hari ini.

Latar Belakang

Merupakan anak jati Kuala Dungun, Azizul dilahirkan pada 5 Januari 1988 dan merupakan anak kelapan dari sembilan adik-beradik.

Beliau juga dikenali dengan nama jolokan The Pocketrocketman kerana bertubuh kecil. Azizul telah mendirikan rumah tangga bersama suri hatinya iaitu To’ Puan Athiah Ilyana Abd Samat pada 30 Januari 2010 yang juga berkelulusan dari Deakin, Geelong University dalam jurusan seni bina. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Amna Maryam dan Amna Khadeeja kini menetap di Melbourne, Australia.

Imej via thesmartlocal

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun dan kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Azizul ditawarkan sebanyak tiga tawaran sekolah iaitu MRSM, Sekolah Sains dan juga Sekolah Sukan kerana keputusan peperiksaannya yang cemerlang iaitu 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walau bagaimana pun, Azizul memilih untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil kerana minatnya dalam bidang sukan berbasikal sangat tinggi. Sebelum memasuki Sekolah Sukan, beliau sendiri telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun. Azizul seterusnya telah menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Perdagangan (Pengurusan Sukan) di Universiti Deakin, Australia. Selain itu, Azizul juga turut melanjutkan pengajian dalam bidang sains sukan peringkat Sarjana Muda Sukan Geran di Universiti Victoria, Melbourne, Australia. Beliau juga telah menerima Anugerah Biru dari Universiti Victoria sebagai pengiktirafan atlet bukan warga Australia yang pertama pada tahun 2015.

Kerjaya dan Kejayaan

Minat Azizul dalam dunia basikal bermula selepas perlumbaan berbasikal abangnya. Malah, beliau sendiri telah menerima sebuah basikal terpakai daripada arwah bapanya sebagai hadiah selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Azizul mulai terkenal setelah memenangi memenangi pingat emas bagi acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008 serta turut menjuarai pertandingan lumba basikal dunia di Melbourne, Australia pada Januari 2009. Beliau juga ditugaskan membawa bendera bagi pasukan kebangsaan Malaysia semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing 2008. Oleh kerana beliau telah berjaya memenangi pingat perak semasa Kejohanan Dunia 2009 bagi kategori pecut dan keirin, Azizul telah diberi gelaran Sportsman Malaysia.

Imej via uniszatimes

Sebagai seorang pelumba yang tidak mengenal erti putus asa, Azizul yang pernah tertusuk serpihan kayu bersaiz 20cm semasa bertanding bagi siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) untuk acara keirin di Manchester, England pada Februari 2011 tetap meneruskan perlumbaan sehingga tamat dan memperoleh kemenangan di tempat ketiga. Selain itu, semasa Sukan Olimpik 2016, Azizul telah memenangi pingat gangsa bagi acara keirin dan pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 pula, beliau telah memenangi pingat emas.

Azizul telah berjaya berada di tangga ke-11 semasa sukan Asia Tenggara 2017 dan berjaya mencapai sasaran pingat secara keseluruhan bagi acara pecut lelaki di Velodrom Nasional, Nilai dan meraih pingat emas buat Malaysia. Beliau telah berjaya mengumpul 12 pingat emas sejak mula menyertainya dari tahun 2007 dan ianya antara kejayaan yang cukup membanggakan.

Kejayaan Antarabangsa

  • Track Cycling World Ranking
  • 2008/09 – Keirin pertama
  • 2010/11 – Keirin pertama

Kejohanan Asia

  • Bangkok (2007)–Keirin
  • Nara (2008)–Pecut dan Keirin
  • Tenggarong (2009)–Pecut dan pecut berpasukan
  • Astana (2014)–Pecut
  • Nakhon

Kejohanan Dunia

  • Pruszkow (2009)–Pecut
  • Ballerup (2010)–Keirin
  • Yvelines (2015)–Keirin
  • London (2016)–Keirin
  • Hong Kong (2017)–Keirin
  • Berlin (2020)–Keirin dan Pecut

Komanwel

  • New Delhi (2010) – Pecut berpasukan (Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin)
  • Glasgow (2014) – Keirin

Olimpik

  • Rio de Janeiro (2016)–Keirin
  • Tokyo (2020)–Keirin
  • Paris (2024)-Keirin

Sukan Asia

  • Guangzhou (2010) – Keirin
  • Jakarta – Palembang (2018) – Pecut, pecut berpasukan dan keirin

Sukan Asia Tenggara

  • Kuala Lumpur (2017) – Pecut dan Keirin
  • Nakhon Ratchasima (2007) – Pecut, pecut berpasukan dan 1 km uji masa

Anugerah dan Pencapaian

  • Anugerah Atlet Terbaik 100Plus: 2009, 2017 – Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)
  • Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial – Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pingat dan Darjah Yang Diterima

  • Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) (2021) – yang membawa kepada gelaran Dato’
  • Ahli Mangku Negara (AMN) (2016)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN)

Kesimpulan

Hampir 12 tahun merantau di negara orang tidak membuatkan Azizul lupakan tanah tumpah darahnya, iaitu bumi Malaysia. Beliau bersama isteri tetap menerapkan nilai – nilai Malaysia ke dalam jiwa anak – anak dan sentiasa bertutur dalam Bahasa Melayu supaya mereka tidak melupakan Bahasa ibunda tanahair.

Jom semak biodata Heliza Helmi dan biodata Khairy Jamaluddin

Rujukan

Copy

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.