Jom kita korek biodata Khairy Jamaluddin. Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan. Merupakan Ketua UMNO cawangan Gadong, Rembau, kini beliau menyandang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Khairy tidak pernah gentar menyertai dunia politik di usia muda biarpun ketika itu negara sedang berada dalam kemelut politik dan ekonomi. Beliau tetap bersemangat meneruskan perjuangan pemimpin – pemimpin terdahulu dan ingin berbakti kepada masyarat.

Sekembalinya ke Malaysia, Khairy terus melibatkan diri secara aktif dalam UMNO dan perjuangannya diteruskan sehingga ke hari ini. Bagi yang ingin mengenali dengan lebih dekat tentang Khairy Jamaluddin, teruskan membaca biografi beliau di sini.

Kehidupan Khairy

Imej via AstroAwani

Tanggal 10 Januari 1976, Khairy telah dilahirkan di di bandar Kuwait. Merupakan anak pasangan bekas diplomat iaitu Datuk Seri Haji Jamaluddin Haji Abu Bakar bersama Datin Seri Rahmah Haji Abdul Hamid.

Bapanya bekas pegawai tertinggi di Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom manakala ibunya pula merupakan seorang sukarelawan.

Khairy merupakan anak lelaki tunggal dan memiliki dua orang kakak iaitu Monnae Jamaluddin dan Hannae Jamaluddin. Datuk Khairy merupakan seorang Ketua Kampung di Kota Rembau yang dikenali sebagai Penghulu Abu Bakar.

Khary melangsungkan perkahwinannya pada 3 Oktober 2001 bersama Nori Abdullah, anak perempuan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau telah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki bernama Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah dan Raif Averroes.

Khairy gemar menghabiskan masa lapang bersama tiga orang anaknya. Selain itu, beliau juga gemar membaca dan aktif bersukan dan sering bermain futsal bersama rakan. Khairy yang juga begitu rapat dengan bondanya, sering mendapatkan kata – kata nasihat sebagai panduan kehidupan.

Pendidikan

Khairy telah melanjutkan pengajiannya di United World College of South East Asia di Singapura. Kemudiannya, beliau telah menyambung pengajian di Universiti Oxford, United Kingdom pada peringkat universiti.

Semasa di Oxford tahun 1997, beliau telah bergraduasi dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Kolej St Hugh. Pada tahun 1997 – 1998 pula, beliau telah menerima Ijazah Sarjana Teori Undang – Undang dan Politik dari University College, London.Khairy juga pernah menjadi felo di Pusat Pengajian Islam Oxford pada tahun 2002.

Pengalaman Kerjaya

Beliau pernah menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada tahun 1998 hingga 1999, Khairy pernah menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan juga wartawan isu antarabangsa, The Economist di London, United Kingdom. Khairy juga pernah membuat penulisan serta memberi komen tentang situasi ekonomi Malaysia suatu tika dahulu. Namun, penulisannya telah dikritik kerana dikatakan menulis isu yang tidak difahami beliau.

Pernah menjadi Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd pada tahun 2004 hingga 2006 dan kemudiannyan menjadi ahli perniagaan. Khairy pernah menyertai Askar Wataniah pada 20 Januari 2010 dan telah mengikuti kursus asas perajurit muda selama sebulan pada 26 April 2010 di Rejimen 508 dan kursus asas payung terjun pada 13 Januari 2011 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang di Melaka.

Pelatih Terbaik

Beliau juga telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di Rasah, Negeri Sembilan. Khairy juga telah ditauliahkan sebagai Kolonel pada 28 Oktober 2013.

Khairy juga telah dinaikkan pangkat ke Brigadier Jeneral Rejimen Askar Wataniah pada tahun 2015 dan seterusnya kekal menjadi Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan. Walau bagaimana pun, setelah lima tahun memegang jawatan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy akhirnya menyerahkan surat permohonan perletakan jawatan serta pembatalan tauliah kepada Mejar Jeneral Datuk Zainal Asisten Panglima bahagian Pasukan Simpanan (AP BPS).

Sukan Kegemaran

Minatnya yang sangat mendalam di arena bola sepak telah mendorong beliau menubuhkan MyTeam bersama – sama Bojan Hodak, Jason Lo dan juga Shebby Singh. Khairy juga pernah menjadi Bendahari Kehormat Perak FA bagi musim 2006 – 2008 dan pernah menjadi Naib Presiden FAM pada Oktober 2007.

Dunia Politik

Khairy mula aktif dalam dunia politik semasa pimpinan mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada ketika itu, beliau telah diberi kepercayaan menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah pimpinan Dato’ Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau pernah menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 199 hingga 2003. Pada tahun 2004 pula, beliau telah menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.

Pada 17 September 2008, beliau telah mendapat sokongan dari 40 ketua pemuda UMNO seluruh Malaysia sebaik sahaja membuat pengumuman untuk bertanding dan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Beberapa orang ahli UMNO lain turut hadir memberi sokongan. Antaranya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan juga Datuk Rezal Merican Naina Merican.

Khairy telah berjaya mengalahkan beberapa orang calon lain. Ia terdiri dari Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Datuk Mukhriz Mahathir dan juga Datuk Zahidi Zainol Abidin.

PRU Ke-12 dan PRU Ke-13

Semasa Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu, Khairy telah bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah memenangi undian sebanyak 26, 525 sekaligus mengalahkan calon lawan dari PKR iaitu Badrul Hisham Shaharin.

Pada ketika itu, sebanyak 1,086 undi rosak dan kadar peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 77% sahaja. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Kementerian Belia dan Sukan dalam kabinet Malaysia 2013.

Kemenangan seterusnya terus memihak kepada Khairy semasa berlangsungnya Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau telah memenangi kerusi parlimen Rembau dengan majoriti undian sebanyak 18,357 berbanding PRU ke-12 iaitu sebanyak 5,746.

Malah, turut mengekalkan kerusi yang disandang semasa PRU ke-12. Khairy juga telah dilantik menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada tahun 2020 sehingga kini.

Pengiktirafan

Khairy telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau telah dipilih oleh World Economic Forum di Switzerland sebagai salah seorang pemimpin muda antarabangsa. Ia juga dikenali sebagai Young Global Leader yang terdiri dari Menteri serta Ketua Pegawai Eksekutif terkenal di dunia.

Keanggotaan

Khairy telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) sesi 2020 – 2020. Ianya bagi menggantikan Presiden terdahulu iaitu Datuk Baharin Mohamed yang bersara. Pemilihannya adalah hasil sebulat suara melalui perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PLBNS yang telah diadakan.

Kesimpulan

Khairy pernah menolak pangkat yang membawa gelaran Datuk kerana merasakan dirinya masih belum layak untuk menerima pangkat tersebut. Beliau merasakan belum ada pencapaian yang disumbangkan olehnya kepada masyarakat sehingga melayakkan beliau bergelar Datuk.

Baginya beliau akan tetap berkhidmat kepada masyarakat tanpa sebarang gelaran ke atasnya. Semoga banayk anda dapat dari biodata Khairy Jamaluddin ini. Jemput juga abca artikel tentang biodata Misbun Sidek dan biodata Elon Musk

Rujukan

Khairy tawar diri tanding ketua Pemuda (malaysiakini.com)

https://www.projekmm.com/news/berita/2016/04/24/anggap-diri-tiada-jasa-besar-khairy-tolak-gelaran-datuk/1106303

http://rembaunews.blogspot.com/p/biodata-kj.html

Copy

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.