Bollinger Band merupakan satu penunjuk teknikal yang memiliki tiga garis utama yang bergerak mengikuti pergerakan rata-rata / “moving average (MA)” harga sepanjang tempoh tertentu. Garis utama Bollinger Band yang berada di tengah gerakan (middle band) dan menjadi penanda aras merupakan pergerakan sederhana rata-rata / “simple moving average (SMA)” harga yang dihitung. Manakala dua garis lainnya terletak pada bahagian atas dan bawah (upper & lower band) dihitung berdasarkan +/- 2 sisihan piawai dari pergerakan rata-rata (MA).

Oleh kerana sisihan piawai merupakan ukuran kemeruapan (volatility), Bollinger Band menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan pasaran. Apabila pasaran menjadi terlalu meruap, garis-garis pada Bollinger Band melebar atau bergerak jauh dari rata-rata, begitu juga ketika pasaran menjadi kurang meruap, garis-garis tersebut bergerak lebih dekat dengan rata-rata.

Bollinger Band sering digunakan oleh pedagang-pedagang teknikal sebagai petunjuk awal bahawa kemeruapan akan meningkat dengan ketara. Ianya merupakan salah satu teknik analisa teknikal yang popular. Semakin dekat harga bergerak ke band atas (upper band), pasaran akan dikira semakin terlebih beli (overbought). Begitu juga semakin dekat harga bergerak ke band bawah (lower band), pasaran akan dikira semakin terlebih jual (oversold).

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.