Penilaian bon merupakan satu gred yang diberikan atau diletakkan kepada bon yang menunjukkan kualiti kreditnya. Perkhidmatan penilaian swasta seperti Standard & Poor, Moody dan Fitch akan menilai kekuatan kewangan penerbit-penerbit bon (bond’s issuers) atau menilai keupayaan mereka untuk membayar jumlah pokok dan faedah pada masa yang tepat serta memberikan gred kepada bon.

Penilaian bon dinyatakan dengan menggunakan huruf dari AAA, yang merupakan gred tertinggi kepada C, yang paling teruk (“junk”). Perkhidmatan penilaian menggunakan huruf yang sama tetapi berlainan kombinasi dalam menilai bon bagi membezakan diri mereka.

Sebagai contoh di bawah ini merupakan huruf dan kombinasi yang digunakan oleh perkhidmatan penilaian syarikat Standard & Poor;

  • AAA dan AA merupakan gred kualiti kredit yang tinggi
  • AA dan BBB merupakan gred kualiti kredit sederhana
  • BB, B, CCC dan C merupakan gred kualiti kredit yang rendah atau gred bukan pelaburan atau dilabel sebagai “junk bond”
  • D menunjukkan bon yang tidak membayar pokok dan/atau faedah secara “default”

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.