Bon atau dalam bahasa Inggerisnya, “Bond” adalah pelaburan hutang di mana pelabur melaburkan wangnya kepada penerbit hutang iaitu kerajaan, badan kerajaan ataupun syarikat. Apabila anda melabur ke dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman kepada penerbit bon. Manakala penerbit pula bertindak sebagai peminjam dengan membeli bon tersebut.

Seterusnya, penerbit bon akan membayar faedah tetap kepada anda bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila matang. Contohnya, sebuah syarikat memerlukan sejumlah wang yang amat besar untuk sesuatu projek dan cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut adalah dengan meminjam wang. Syarikat-syarikat besar (malahan kerajaan) perlu meminjam dana untuk membiayai projek tersebut tetapi jumlah dana yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada apa yang boleh dipinjamkan oleh bank.

Justeru, cara yang paling sesuai untuk mendapatkan dana adalah dengan menerbitkan bon kepada pelabur. Pelabur akan meminjamkan wang kepada syarikat-syarikat atau kerajaan ini dengan membeli bon yang diterbitkan. Selepas tempoh tertentu, syarikat akan membayar balik jumlah yang dipinjam. Sementara menunggu tempoh matang, syarikat akan membayar faedah kepada anda secara berkaa dengan kadar faedah yang telah ditetapkan. Ini juga turut dikenali sebagai kupon.

Bon digunakan secara meluas di Malaysia oleh kerajaan serta pelbagai syarikat untuk mengumpulkan dana bagi pelbagai pembangunan mahupun projek yang mahu dijalankan. Sesetengah bon syarikat dalam bentuk saham pinjaman tersenarai di Bursa Malaysia. Namun kebanyakan instrumen diterbitkan secara “private placement” (tawaran persendirian) dan didagangkan secara atas kaunter atau “over-the-counter”.

Oleh kerana bon-bon ini diterbitkan tanpa prospektus, ia hanya boleh diterbitkan kepada sejumlah pelabur yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atau “Capital Market and Service Act 2007 (CMSA)”. Sebagai contoh, bon-bon ini hanya boleh ditawarkan kepada pelabur-pelabur individu dengan nilai bersih RM3 juta dan ke atas.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.