Nisbah perolehan akaun pemiutang ataupun dalam Bahasa Inggerisnya adalah Accounts Payable Turnover Ratio adalah kecairan (liquidity) jangka pendek yang digunakan untuk mengukur kadar di mana syarikat membayar hutangnya kepada pembekal ataupun pemiutang. Nisbah perolehan akaun pemiutang atau accounts payable turnover ratio ini dikira dengan mengambil jumlah pembelian yang dibuat daripada pembekal dan membahagikannya dengan jumlah purata akaun pemiutang atau Accounts Payable (AP) yang dibayar dalam tempoh yang sama.
Kecairan atau liquidity ini membawa maksud tahap kebolehan aset sama ada barangan atau perkhidmatan untuk dijual dengan segera pada harga yang hampir dengan harga pasaran. Aset dengan tahap kecairan yang paling tinggi adalah wang. Oleh sebab itu pasaran Forex menjadi popular, kerana dalam pasaran Forex sentiasa wujud permintaan dan penawaran untuk mata wang dari pelbagai negara berbeza. Jumlah dagangan akan menetapkan kadar kecairan di mana semakin besar jumlah aset semakin tinggi kadar kecairan.
Pengiraan atau nisbah ini menunjukkan berapa kali dalam setiap satu tempoh sesuatu syarikat membayar purata jumlah hutangnya. Sebagai contoh, sekiranya syarikat membuat pembelian bernilai RM200 juta daripada pembekal dalam satu tahun dan pada mana-mana tempoh tertentu mempunyai purata Akaun Hutang (AP) sebanyak RM40 juta, oleh itu nisbah perolehan akaun pemiutang (AP) adalah 5 di mana RM200 juta / RM40 juta.
Nisbah perolehan akaun pemiutang (AP) yang menurun adalah satu tanda yang buruk di mana ia menunjukkan syarikat mengambil masa yang lebih lama untuk membayar pembekalnya atau pemiutangnya. Begitu juga sebaliknya di mana nisbah perolehan akaun pemiutang (AP) yang meningkat adalah baik kerana ia menunjukkan syarikat membayar kepada pembekal atau pemiutang dengan kadar yang lebih cepat.