Anuiti yang di ambil daripada perkataan bahasa Inggeris, “annuity” merupakan satu porduk kewangan yang direka untuk membayar aliran kewangan kepada pemegang anuiti pada masa yang akan datang. Anuiti digunakan terutamanya sebagai cara untuk mendapatkan sumber kewangan yang stabil untuk seseorang individu selepas persaraan mereka.

Anuiti boleh dirangka dalam pelbagai cara. Antaranya ialah jangka masa di mana pembayaran daripada anuiti boleh dijamin atau dibuat supaya apabila tiba waktu persaraan, pembayaran anuiti akan berterusan selagi mana pemegang anuiti atau pasangan masih hidup. Di samping itu, anuiti juga boleh distrukturkan untuk membayar dana untuk satu tempoh masa yang tetap. Sebagai contohnya 20 tahun tanpa mengira berapa lama pemegang anuiti hidup.

Selain itu, anuiti juga boleh menyediakan bayaran anuiti berkala tetap ataupun bayaran yang berubah-ubah. Bayaran anuiti yang berubah-ubah membolehkan pemegang anuiti menerima bayaran yang lebih besar sekiranya pelaburan anuiti berlansung dengan baik. Begitu juga sebaliknya, di mana bayaran anuiti akan lebih kecil jika pelaburan anuiti tersebut kurang baik.

Walaupun anuiti berubah-ubah lebih berisiko berbanding anuiti tetap, namun demikian, anuiti berubah-ubah membolehkan pemegang anuiti mendapatkan manfaat daripada pulangan yang kukuh daripada pelaburan dana anuiti. Akhir sekali, anuiti adalah fleksibel dan atas sebab itu, ianya sesuai untuk pelbagai pelabur.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.