Biodata Dr Rozaimi Ramle

Dr Rozaimi Ramle atau nama sebenarnya Muhamad Rozaimi bin Ramle merupakan anak jati Ipoh, Perak. Beliau merupakan pensyarah pakar dalam bidang hadis serta seorang pendakwah. Lahir pada 22 Jun 1983 dan sangat aktif menyampaikan ilmu di masjid dan surau. Beliau juga kerap memberi pandangan ilmiah melalui platform media sosial miliknya. Malah, beliau juga sering dijemput membentangkan kertas kerja di banyak tempat. Dr Rozaimi juga dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis. Selain itu juga, beliau turut menulis beberapa buah buku untuk bacaan orang ramai. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.

Imej via sistemguruonline

Latar Pendidikan

Dr Rozaimi memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tasek, Ipoh sebelum menyambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Izzuddin Shah, Ipoh. Beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000. Beliau juga telah mendalami Bahasa Arab di Pondok Kem Bahasa Arab selama sebulan setelah tamat SPM.

Dr Rozaimi telah melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Universiti Mut’ah, Jordan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah (Figh dan Usul) pada tahun 2006 dan menjadi pentadbir zakat di Perak pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang hadis di UPSI dan turut dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Kemanusiaan, UPSI pada tahun yang sama. Malah, beliau juga telah menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Hadis di UIA, Gombak dan seterusnya berangkat ke Jordan pada tahun 2011 bagi meneruskan pengajian di peringkat PhD di Universiti Jordan atas tajaan UPSI. Beliau akhirnya berjaya merangkul Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Hadis pada tanggal 1 Disember 2014.

Latar Belakang Kerjaya

Dr Rozaimi pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006. Pada tahun 2007 pula, beliau telah dilantik berkhidmat dengan  Majlis Agama Islam Perak sebagai pentadbir zakat dan seterusnya menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Kemanusiaan, UPSI tahun 2008. Beliau telah mendapat tajaan dari UPSI untuk melanjutkan pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008. Setelah berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD, Dr Rozaimi telah dilantik menjadi pensyarah kanan UPSI pada tahun 2015 di bawah Fakulti Kemanusiaan.

Selain itu, Dr Rozaimi turut dilantik menjadi perunding bagi pekerja MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd pada tahun 2016. Beliau juga telah mendapat gelaran Profesor Madya di UPSI pada tahun 2019 dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sehingga tahun 2020. Beliau juga telah dilantik menjadi Rektor di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) tahun 2023.

Imej via Facebook

Tegas Pendirian

Dr Rozaimi merupakan antara tokoh dalam bidang hadis serta pejuang sunnah di Malaysia yang sangat tegas dalam menjaga keaslian agama Islam. Beliau sangat memandang berat dalam isu – isu ajaran sesat, amalan kurafat, bidaah serta tahyul yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Beliau adalah seorang yang sangat tegas pendirian serta sangat Amanah terhadap ilmu. Malah, beliau tidak teragak – agak untuk membetulkan semula pandangan yang telah diberikan setelah beliau sendiri menyedari terdapat kesilapan Ketika mengemukakan pandangan. Sikap beliau yang berani mengakui kesilapan sendiri bukanlah menunjukkan kelemahan ilmu beliau namun menunjukkan sikap jujur, Amanah terhadap ilmu serta berani memperbetulkan kesilapan.

 Senarai Judul Buku

Senarai buku dan penerbitan yang telah ditulis oleh Dr Rozaimi adalah seperti berikut:

  • Q&A Solat Mudah Lagi Sunnah
  • 40 Amalan Mudah Menurut Sunnah
  • Tadabbur Hikmah Hadis 40 Imam Al-Nawawi
  • Tadabbur Ibrah Kisah Ajaib dan Fakta Saintifik Makhluk-Makhluk Terawal Diciptakan Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka
  • Bersedia Untuk Mati

Penerbitan dari 2018 – 2020

  • Ramle, MR(2020) “The Negative Effects of Neglecting The Metaphorical Meaning in Understanding The Hadith “Jurnal Hadis”, institut Kajian Hadis, KUIS.
  • Ramle, MR(2019) “The Negative Effects of Neglect of Metaphor in Understanding Prophetic Narrations”, “Jurnal Hadis”,
  • institut Kajian Hadis, KUIS
  • Ramle, MR(2019) “A Critical Analysis of Prophetic Narrations Mentioned in KAFA JAKIM’S ‘Aqidah Textbooks”. “The Journal of Social Sciences Research”, Academic Research Publishing Group
  • Ramle, MR(2018) “AL-MU’TAZILAH AND ITS RELATIONSHIP WITH MINHAH KHALAQ AL-QUR’AN”. “International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences”, Bitara Journal es”, 2018, Bitara Journal
  • Ramle, MR(2018) “Taqwiyah al-Hadith: One Studies in the Book of Fadha’il Shahr Ramadan”. “International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences”, Bitara Journal
  • Ramle, MR(2018) “NARRATORS OF AL-MUDALLIS IN SAHIH IBN HIBBAN: CRITICAL COMPARISON BETWEEN IBN HIBBAN AND AHLI NUQQAD”. “Journal of Education and Social Sciences (JESOC)”, Zes Rokman Resources
  • Ramle, MR(2018)”Identification of Concealed Flaws in The Narrations by Luzum al-Tariq”, “Journal of Hadith Studies”, Ulum Hadith Research Center
  • Ramle, MR(2018)”The Law of Giving and Responding to Non-Muslim Greetings”, “Humanities”, UTM

Penerbitan dari 2015-2017

  • Ramle, MR(2017)”THE IMPORTANCE OF ISLAMIC CULTURE IN CREATING VALUES OF ORGANIZATIONAL CULTURE. “Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies”, Usuli Faqih Research Center
  • Ramle, MR(2017) “The concept of collaboration in the community professional learning: An overview from an Islamic perspective. “Geografia – Malaysian Journal of Society and Space” Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ramle, MR(2017)”Understanding the Hadith through the Light of Historical and Temporal Context”, “Journal of Hadith Studies”, Ulum Hadith Research Center
  • Ramle, MR(2017)”The Methods of Determining Historical Facts in The History of Prophets: An Analytical Studies”. “Hadith Journal”, Hadith Studies Institute, KUIS
  • Ramle, MR(2017) “Hadith Methodology in the Work of Al-Bayan on the Interpretation of Quranic Verses by Abdul Aziz Salam”. “Perspective: Journal of Social Sciences and Humanities”, UPSI eJournal
  • Ramle, MR(2016) “The concept of collaboration in a professional learning community: A review from an Islamic perspective”. “Geografia – Malayslan Journal of Society and Space”, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ramle, MR(2016)”Rules Pertaining To Comparison of Narrations With Established Historical Facts According to Ibn al-Qayyim”. “Geografia – Malaysian Journal of Society and Space”, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ramle, MR(2015) “Understanding Hadith Texts Based on the Knowledge of Maqasid Sharia: Benefits and Discipline”. “Hadith”, 2015, Selangor International University College
  • Ramle, MR(2015) “Ibn Hibban’s Methodology in the Book of Raudhat Al-Uqala Wa Nuzhat Al-Fudhala”, “Perspektif Journal”, UPSI

Kesimpulan

Dr Rozaimi terinspirasi mendalami ilmu Hadis daripada ustaz-ustaz akademik dan agamawan lain dari Universiti di Timur Tengah. Beliau juga terinspirasi dengan ilmu hadis selepas menonton ceramah Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dato’ Dr Muhammad Asri Zainal Abidin (Dr.Maza).

Jemput baca biodata ustaz Kazim Elias dan biodata ustazah Asma Harun

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.