Latar belakang

Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dilahirkan pada tanggal 28 November 1972 di Kampung Paya, Batu Kurau daerah Selama, Perak. Beliau merupakan anak kepada pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail.

Ibu bapanya merupakan guru agama di salah sebuah sekolah di Batu Kurau, Perak. Usianya bapanya tidak panjang dan telah meninggal dunia sewaktu Datuk Ustaz Kazim berusia 8 bulan.

Imej via wikipedia

Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 adik beradik. Kedua – dua datuk dan nenek Datuk Ustaz Kazim juga merupakan guru agama di Batu Kurau sekitar awal tahun 1900.

Pendidikan

Memulakan persekolahan peringkat sekolah rendah di Sekolah Rendah Toh Sajak, Batu Kurau, Perak. Beliau kemudiannya bersekolah pula di Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak kerana ibunya ditukarkan ke Sungkai. Datuk Ustaz Kazim telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung Besout 1.

Sewaktu di sekolah menengah, beliau telah dilantik menjadi pengawas serta ketua pelajar kerana sifat kepimpinannya yang tinggi. Malah, semasa di sekolah menengah jugalah Datuk Ustaz Kasim mulai menunjukkan minat dalam bidang keagamaan. Justeru sentiasa mendapatkan buku – buku ilmiah berkaitan ilmu agam di perpustakaan sekolah.

Oleh kerana begitu meminati bidang agama, beliau telah memohon untuk memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau. Permohonannya telah diterima dan beliau masuk setelah tamat tingkatan 5 dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan Diploma Tahfiz Al Quran setelah tamat pengajian.

Imej via azhan

Pengalaman Kerjaya

Pada tahun 1993, Datuk Ustaz Kazim telah memulakan kerjaya pertamanya sebagai seorang guru sapel di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar Perak sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak. Pada masa yang sama, beliau juga turut dijemput menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak yang merupakan sebuah pusat kaunseling keluarga pada tahun 1994.

Sebagai seorang pensyarah di pusat kaunseling keluarga, beliau telah berhadapan dengan pelbagai karenah dan masalah sesebuah institusi keluarga. Walau bagaimana pun, ia tidak menghalang Datuk Ustaz Kazim menyelesaikan isu dan masalah keluarga secara diplomasi.

Kejayaan beliau dalam menyelesaikan isu masalah keluarga klien membolehkan beliau menjawat jawatan pensyarah di pusat kaunseling tersebut pada tahun 1996. Datuk Ustaz Kazim juga telah dilantik menjadi Imam Masjid Al Aulia di Jalan Kuala Kangsar Perak sehingga tahun 2001.

Pada awal tahun 1990, Datuk Ustaz Kazim telah mula berdakwah menerusi surau dan madrasah. Kegiatan dakwahnya mendapat sambutan ramai apabila beliau menubuhkan sebuah pusat dakwah yang dikenali sebagai Sedaya Irham pada tahun 2001. Sebagai Pengarah Urusan pusat dakwah, beliau juga telah mula menceburi bidang perniagaan. Beliau mula menjual produk kesihatan serta keperluan muslim di pusat operasi Sedaya Irham di Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Kesungguhan beliau menyampaikan dakwah melalui ceramahnya telah mula mendapat perhatian ramai. Rakan – rakan serta penduduk seperjuangan menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan Islam di Kg Manjoi Ipoh Perak pada tahun 2005. Ia dikenali dengan nama Pusat Pendidikan Al Barakah.

Imej via astroawani

Pusat Pendidikan Al Barakah

Pusat Pendidikan Al Barakah telah ditubuhkan pada tahun 1995 berikutan permintaan orang ramai. Beliau telah membuka kelas pengajian di salah sebuah rumah kedai dua tingkat yang terletak di Jalan Maxwell, Ipoh Perak. Kemudiannya pusat pengajian tersebut terpaksa di pindahkan ke Silibin Ipoh kerana ruangannya yang lebih luas.

Memandangkan semakin hari pelajarnya semakin bertambah, maka tercetuslah idea untuk membangunkan sebuah pusat pendidikan yang lebih selesa. Niatnya itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Beliau dengan mudahnya dapat membeli sebidang tanah lelong melalui lelongan awam di Mahkamah Ipoh. Tanah tersebut yang beralamat di lot 61083, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, Ipoh Perak telah dibeli dengan harga RM 45,000.

Pusat Pendidikan Al Barakah ini telah berjaya ditubuhkan pada tahun 2006 hasil sumbangan wakaf orang ramai. Bangunan ini memiliki surau, pondok moden, dewan serta beberapa ruangan lain untuk kegunaan para pelajar.

Terdapat tiga kelas pengajian berbeza yang dibahagikan kepada tiga iaitu pengajian dewasa, KAFA dan Pengajian Tahfiz. Kini para pelajar yang berdaftar adalah seramai 500 untuk Kelas Pengajian Dewasa. Manakala 400 orang murid bagi Kelas Agama Albarakah (SRAR) untuk sesi pagi dan petang.

Pingat Penganugerahan

Antara pingat penganuerahan yang pernah diterima oleh Datuk Ustaz Kazim adalah seperti berikut :

  • Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk (2015)
  • Tokoh Maal Hijrah 1437 peringkat negeri Perak (2015)
  • Darjah Dato’ paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) (2015)

Rancangan TV dan Radio

Terdapat beberapa rancangan televisyen dan radio yang melibatkan penyertaan Datuk Ustaz Kazim, antaranya adalah seperti berikut :

  • Manisnya Cinta DUKE – Astro Oasis
  • Kalau Dah Jodoh – Astro Oasis
  • Pencetus Ummah (Juri) – Astro Oasis
  • Forum Perdana – TV1
  • Salam Ramadhan – TV1
  • 30 Minit Ustaz Kazim Elias – TV Alhijrah
  • Apa Cerita Kome? – TV Alhijrah
  • Kopi Bersama Ustaz Kazim – TV9
  • Tanyalah Ustaz – TV9
  • Halaqah – TV9
  • Da’i Pendakwah Milenia Musim-3 (Mursyid) – TV3
  • Da’i Pendakwah Nusantara 2016 (Ketua Mentor) – TV3
  • In Person Datuk Ustaz Kazim Elias – TV3
  • Al Kuliyyah – TV3
  • 1001 Persoalan Bersama Ustaz Kazim 2014 – Tonton
  • Perak FM

Kesimpulan

Ceramah yang sering disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim sentiasa menyentuh hati dan perasaan orang ramai. Menggunakan loghat Perak sewaktu menyampaikan ceramah turut menarik perhatian ramai. Biarpun ceramahnya disampaikan secara gurauan, namun ia tetap memberi impak kepada orang ramai yang mendengarnya.

Jemput baca biodata Tun Dr Mahathir dan biodata P.Ramlee

Rujukan

Copy

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.