Pastinya sehingga hari ini kita masih tidak mampu untuk melupakan kejadian tsunami yang melanda Acheh. Walau pun kejadian berlaku di negara jiran, namun kita adalah serumpun. Sementelah lagi kebanyakan penduduk di Acheh adalah bergama islam. Hari ini kami akan kongsikan tentang kronologi dan sejarah tsunami di aceh boleh kita belajar.

Tsunami yang menghancurkan Acheh berlaku pada 26 Desember 2004. Tsunami yang berlaku ini adalah rentetan berlakunya gempa bumi besar di dasar laut berhampiran Pulau Simeuleu. Gempa bumi di dalam laut tersebut menyebabkan ombak menjadi besar lalu membadai Acheh.

Sumber: Voaindonesia

26 Desember 2004

Pukul 7.59 waktu tempatan, satu gempa bumi dengan kekuatan 9.1 hingga 9.3 skala Richter telah berlaku di dasar laut di barat daya Sumatra berhampiran Pulau SImeuleu. Kedudukan gempa bumi yang berlaku adalah kira-kira 25 kilometer dari pantai. Akibat gempa bumi yang berlaku, ombak yang tinggi dan menggulung telah tercipta dan bergerak laju ke arah Acheh dan ke arah-arah lain di seluruh dunia. Menurut rekod, dalam masa beberapa jam sahaja ombak tinggi atau tsunami tadi telah sampai ke Afrika.

Acheh yang berada telalu hampir dengan kawasan berlakunya gempa telah dilanda tsunami yang teruk sekali gus memusnahkan sebahagian besar pulau tersebut. Banyak bangunan yang musnah dan apa yang lebih menyayat hati, banyak nyawa yang terkorban. Seluruh dunia digemparkan oleh tsunami yang melanda Acheh. Banyak negara bersiap-sedia untuk menghantar bantuan kemanusia ke Acheh termasuk Malaysia.

27 Desember 2004

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB membuat oengumuman rasmi bahawa tsunami yang melanda Aceh adalah bencana kemanusiaan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah dunia. Selain Acheh terdapat ebebrapa negara lain yang juga terjejas disebabkan oleh tsunami dan di antara kawasan yang paling teruk terjejas selepas Acheh ialah  Khao Lak di Thailand, Sri Lanka dan India.

Malaysia juga dibadai tsunami. Para pengunjung Batu Feringgi, Pulau Pinang bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada ombak tinggi yang datang secara tiba-tiba. Pada hari ini, bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia sudah mula tiba di Acheh sama ada bantuan rasmi dari kerajaan negara atau bantuan dari badan-badan bebas atau NGO.

30 Desember 2004

Pada hari ini, Secretary General Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Khofi Annan membuat pengumuman rasmi bahawa jumlah korban tsunami di Acheh setakat hari tersebut ialah sekurang-kurangnya 115,000 orang. Pada hari ini para penduduk Acheh yang terselamat mula menceritakan saat-saat cemas mereka dilanda tsunami. Menurut mereka, dari jauh laut kelihatan memutih yang sangat tinggi. Para penduduk yang tidak pernah melihat kejadian sedemikiaan masing-masing terpaku sebelum menyedari bahawa objek putih dan tinggi yang dilihat adalah ombak besar yang menuju ke arah mereka dalam kelajuan yang tinggi.

Apabila mereka menyedari bahawa ia adalah tsunami, masing-masing lari untuk menyelamatkan diri namun ada yang sudah terlambat. Mereka yang terselemat kebanyakannya sempat melarikan diri naik ke bukit yang tinggi. Dari atas bukit mereka melihat betapa kuat tsunami yang melanda. Tsunami merempuh pokok dan bangunan dan menyebabkan berlakunya banjit lumpur yang membawa pelbagai objek seperti runtuhan bangunan, pokok, kenderaan, serta mayat mangsa tsunami.

Sumber: Dw

Seluruh dunia menangis semasa mengikuti perkembangan tsunami di Acheh. Selain bantuan kemanusiaan yang tiba untuk membantu menyelamatkan mangsa yang terjejas, bantuan dari segi kewangan juga mula dikumpul pada peringkat antarabangsa. Jerman telah menghantar pesawat tenteranya yang berfungsi sebagai klinik kecemasan di Acheh. Pesawat tentera ini berfungsi sebagai klinik kecemasan dan diletakkan di kawasan yang tidak mempunyai sebarang klinik dan terputus hubungan dengan luar di mana bantuan kesihatan tidak dapat sampai kepada penduduk di sana.

31 Desember 2004

Kerajaan Indonesia mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa angka korban tsunami di Acheh setakat 31 Disember 2004 ialah seramai 100,000 orang. Kerajaan Indonesia juga mengumumkan bahawa tsunami di Acheh adalah bencana paling besar yang pernah melanda Indonesia.

1 Januari 2005

Tahun baru menjelma namun keadaan di Acheh masih huru-hara. Kapal laut Amerika Syarikat iaitu USS Abraham Lincoln tiba di perairan Sumatra untuk membantu proses evakuasi mangsa yang terkorban di Acheh dan membawa bahan bantuan seperti makanan dan perubatanKapal laut tersebut berlabuh di tengah laut Sumatera dan helikopter digunakan untuk menghantar bahan-bahan tersebut ke Acheh.

4  Januari 2005

PBB membuat pengumuman bahawa jumlah kematian di Acheh adalah seramai 200,000 orang.

5 Januari 2005

Seluruh dunia berkabung untuk Acheh. Eropah bertafakur semasa sidang parlimen. Jerman mengumuman bahawa 1000 orang penduduknya yang berada di Asia Tenggara semasa tsunami berlaku telah hilang lalu memutuskan untuk memberikan bantuan sebanyak 500 juta Euro sebagai bantuan kemanusiaan di Acheh dan untuk pembangunan semula kawasan yang musnah akibat tsunami.

14 Mac 2005

Pembangunan semula Acheh bermula dengan bantuan ternikal bernilai 40 juta Euro dari Jerman. Pembangunan semula Acheh adalah dengan menggunakan sistem yang dikenali sebagai GITEWS atau nama panjangnya German Indonesian Tsunami Early Warning System. Sistem dari Jerman ini kemudiannya dikembangkan oleh pihak Indonesia sebagai InaTews atau Indonesia Tsunami Early Warning System yang diperkenalkan pada tahun 2008. Terntera Jerman juga membantu proses pembangunan di Acheh.

19 Mac 2005

380 orang tentara Jerman yang bertugas di Acheh kembali ke negara mereka. Jerman memberikan sumbangan terbesar kepada Acheh dan menurut rekod, mereka telah merawat seramai 3,000 orang pesakit dan memberikan sumbangan sebanyak 670 juta Euro.

Sumber: Kompas

Itulah dia info tentang kronologi dan sejarah tsunami di aceh boleh kita belajar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang Tugu Negara dan Lagenda Mahsuri.

Rujukan:

1. DW

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.