Semakin dekat tarikh untuk anda menunaikan umrah, pastinya hati semakin berbunga-bunga. Tak sabar nak jejakkan kaki ke tanah haram. Selain bersedia dari segi ibadah dan mental, kelengkapan untuk kegunaan semasa berada di sana juga tak kura pentingnya. Jom kami kongsikan checklist keperluan umrah perempuan sebagai panduan anda.

Sumber: Therakyatpost

1. Passport

Jika mahu ke luar negara, pastinya anda memerlukan passport. Pastikan passport anda masih sah dan tarikh luputnya adalah melebihi 6 bulan. Tiada passport, tiada umrah buat anda. Ini wajib ada dalam checklist keperluan umrah perempuan.

2. Buku panduan umrah

Biar pun anda sudah menyertai kursus umrah yang dianjurkan, buku panduan umrah boleh dijadikan sebagai sahabat baik sepanjang anda melakukan umrah. Bacalah buku tersebut untuk mengingati semula semua perkara penting semasa melakukan umrah.

3. Aplikasi di telefon bimbit

Berikut adalah beberapa aplikasi telefon bimbit yang kami rasakan sangat berguna kepada anda semasa berada di sana nanti. Tak rugi kalau anda muat turun aplikasi berikut:

  • Asefny. Ini adalah aplikasi untuk memudahkan para jemaah mendapatkan rawatan perubatan.
  • Manasikana. Ini adalah aplikasi yang menyediakan terjemahan bagi jemaah yang tidak tahu berbahasa inggeris atau bahasa arab.
  • Quran. Aplikasi ini akan memudahkan anda membaca Al-Quran di mana saja tanpa perlu membawa Al-Quran.
  • Careem. Ia adalah aplikasi untuk memudahkan anda menempah teksi untuk pergi ke miqat atau berjalan-jalan.

4. Kain telekung

Kami cadangkan anda bawa sekurang-kurangnya 2 helai telekung berwarna putih atau hitam untuk digunakan sepanjang menunaikan ibadab umrah. Kalau anda bawa lebih, adalah lebih baik. Manalah tahu kalau-kalau telekung anda terkena kotoran semasa di sana. Nak beli yang baru agak mahal harganya. Atau telekung anda yang lebih tadi boleh diberikan sebagai pinjaman kepada jemaah lain yang memerlukan. Pastikan anda bawa telekung yang dibuat dari material kain yang tidak terlalu tebal dan sejuk agar anda sentiasa berada selesa semasa berada di sana.

 5. Jubah atau baju kurung

Anda boleh memakai jubah semasa berada di sana kerana jubah adalah pakaian yang selesa dan sopan. Sebaiknya pakai jubah berwarna putih dan hitam. Selain jubah, baju kurung juga sesuai untuk dipakai semasa menunaikan umrah. Seperti telekung, pilih jubah atau baju kurung dari material yang tidak panas dan tidak terlalu tebal untuk keselesaan anda.

6. Pakaian biasa

Jangan lupa untuk membawa pakaian biasa untuk dipakai semasa anda berehat di bilik hotel. Bawalah pakaian yang sopan memandangkan anda sedang berada di tanah haram. Pakaian yang menutup aurat juga adalah sangat baik kerana anda mungkin perlu turun ke lobi atau pergi ke bilik jemaah lain.

7. Tudung putih atau hitam

Kelengkapan umrah wanita yang seterusnya ialah tudung hitam atau putih untuk anda pakai semasa melakukan ibadah. Kami cadangkan anda bawa tudung yang berdagu, mudah untuk anda terus gunakan untuk bersolat.

8. Stokin kaki

Kaki adalah salah satu aurat wanita yang sering dilupakan. Pastikan anda sentiasa memakai stokon kaki semasa melakukan ibadah umrah. Tidak sah solat anda sekiranya anda tidak menutup aurat dengan sempurna.

9. Stokin tangan

Stokin tangan dipakai untuk mengelakkan lengan kita terdedah semasa menggerakkan atau menaikkan tangan. Adakalanya kita terlupa untuk menjaga lengan. Memakain baju dengan lengan yang bercekak juga membantu.

10. Anak tudung

Pastikan anda membawa anak tudung. Anda perlu memakai anak tudung semasa melakukan umrah agar anak rambut anda tidak terkeluar tanpa disedari.

Sumber: Timesofisrael

11. Khuff

Khuff atau kasut umrah adalah kasut khas yang diperbuat daripada kulit kambing. Ia adalah kasut khas untuk melakukan ibadah haji dan umrah.

12. Selipar dan kasut bertutup

Anda juga memerlukan kasut tertutup dan selipar semasa melakukan ibadah umrah. Kasut bertutup diperlukan semasa berjalan di kawasan berbatu dan untuk mendaki gunung. Sementara selipar boleh anda gunakan semasa pergi ke tandas.

 13. Ubat-ubatan

Jangan lupa untuk membawa ubat asas seperti ubat demam, ubat selsema, sakit tekak, cirit-birit, kembung, dan sebagainya. Jika anda bergantung kepada ubat yang perlu dimakan setiap hari, jangan lupa untuk membawa ubat yang secukupnya.

14. Alat penjagaan diri

Alat penjagaan diri seperti sabun mandi, syampu, deodoran dan sebagainya juga sangat penting untuk anda bawa bersama. di sana da dijual namun adalah lebih jimat jika anda bawa alatan sedia ada.

15. Spray untuk berwuduk

Kelengkapan umrah wanita yang seterusnya ialah spray untuk berwuduk. Isikan botol tersebut dengan air dan bawa di dalam beg yang anda bawa. Dengan adanya botol spray ini, anda tak perlu lagi bersesak di tandas untuk berwuduk. Gunakan saja spray tadi untuk berwuduk.

16. Duit

Makanan anda disediakan oleh pihak agensi semasa melakukan umrah namun anda memerlukan duit untuk membeli makanan tambahan dan cenderamata untuk dibawa pulang.

17. Kad kredit atau kad debit

Kad kredit dank ad debit boleh digunakan sekiranya anda kehabisan wang semasa berada di Mekah dan Madinah. Pastikan ada wang didalam akaun bagi kad yang dibawa.

18. Topeng muka

Memandangkan sekarang kita dilanda pandemic Covid-19 dan memakain pelitup muka adalah satu norma baru, pastikan anda tidak lupa untuk membawa topeng muka dengan banyak. Sekotak untuk seorang individu adalah mencukupi.

19. Hand sanitizer

Selain pelitup muka, hand sanitizer juga adalah satu kelengkapan yang wajib anda bawa semasa menunaikan ibadah umrah. Jangan lupa untuk bawa lebih.

20. Sejadah kecil

Keperluan umrah wanita terakhir yang ingin kami cadangkan ialah sejadah kecil. Bawalah sejadah kecil didalam beg anda agar ia boleh digunakan apabila diperlukan.

Sumber: Beritaharian

Itulah dia info  tentang checklist keperluan umrah perempuan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami checklist keperluan umrah lelaki , checklist perancangan perkahwinan dan checklist bajet sebelum berpindah ke rumah baru.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.