Jika anda suka bermain teka teki, pastinya anda tercari-cari idea baru untuk digunakan. Mungkin anda telah biasa dengan teki teki lawak dan santai. Apa kata kalau anda cuba pula teki teki susah yang pastinya akan membuatkan orang yang meneka terpaksa berhempas pulas memerah otak untuk mendapatkan jawapan. Sebelum itu, mari kita tengok sama ada anda mampu mendapat jawapan untuk teka teki susah berikut.

1. Susunkan 3 perkataan ini menjadi ayat yang masuk akal: silam saya tua.

Jawapan: Satu Malaysia.

Sumber: Chemistryworld

2. Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling keras?

Jawapan: Air batu.

3. Saya adalah satu benda. Berdiri tegak, ada 3 warna. Tiap kali orang jumpa saya, orang akan ikut apa saja yang saya kata. Apakah saya?

Jawapan: Lampu isyarat.

4. Cuba teka apakah ia. Semua orang boleh tengok benda ini, kecuali awak. Buatlah macam mana sekali pun, awak tak akan dapat melihatnya. Kecuali didalam gambar dan cermin.

Jawapan: Belakang badan sendiri.

5. Picit perut terkeluar benda. Kalau tak dipicit perutnya, tak boleh guna. Apakah bendanya?

Jawapan: Ubat gigi.

6. Waktu terang, dia kecil. Bila gelap, dia jadi besar. Apakah bendanya?

Jawapan: Anak mata.

7. Dalam dunia ada banyak jenis buah. Ada sejenis buah, sangat disayang namun tak boleh dimakan. Kalau anda bijak bistari, cubalah teka apa nama buah itu?

Jawapan: Buah hati.

8. Kita semua tahu ada banyak jenis siput di dunia. Tapi, dalam banyak-banyak siput, ada satu siput yang paling popular. Cuba teka siput manakah ia?

Jawapan: Siput Sarawak.

9. Ada dua bulu. Asalnya mereka jauh terpisah, makin lama semakin mendekat. Dan akhirnya mereka bercantum. Bulu apakah itu?

Jawapan: Bulu mata, apabila seseorang tidur.

10. Awak sedang berada di hadapan sebuah istana. Sebelum masuk ke dalam istana tadi, apakah benda yang awak nampak dulu?

Jawapan: Istana.

11. Kejadiannya berlaku di atas, namun petunjuknya kena cari dibawah. Sama ada air, atau pun cahaya mahatari. Kalau anda bijak bistari, apakah yang kami maksudkan?

Jawapan: Bumbung bocor.

12. Ianya berduri. Jika kita menjauh ia terbuka, namun bila ia disentuh ia akan tertutup. Seakan-akan malu dan hanya mahu dilihat dari jauh sahaja. Cuba teka apakah bendanya?

Jawapan: Pokok duri semalu.

13. Namanya ubat. Tapi bukan menyembuhkan, malah boleh membunuh. Apakah bendanya?

Jawapan: Ubat nyamuk.

14. Dalam sebuah rumah ada bermacam-macam benda. Tapi, benda apa yang ada di tengah rumah?

Jawapan: Huruf M.

15. Semua orang takut mati. Tapi mati yang ini hanya berlaku kepada orang lelaki sahaja. Dan orang lelaki paling takut akan kematian yang ini. Apakah dia?

Jawapan: Mati pucuk.

16. Dalam banyak-banyak air, air apa yang duduk paling tinggi?

Jawapan: Air terjun.

17. Dalam dunia ada banyak jenis hantu. Hantu yang ini, manusia tak takut. Dia suka terbang di waktu malam dan tak ada gigi. Cuba teka hantu apakah namanya?

Jawapan: Burung hantu.

18. Ada sejenis bunga. Sangat cantik dipandang. Namun tiada bau harum. Duduknya pula di atas langit. Apakah nama bunga itu?

Jawapan: Bunga api.

19. Ada bermacam jenis haiwan perliharaan di dunia. Ada kucing, anjing, hamster, arnab, sugar glider dan sebagainya. Namun ada juga siput yang jadi perliharaan, cuma ianya hanya dibela oleh orang perempuan. Siapa tahu siput apakah namanya?

Jawapan: Siput rambut.

20. Ada banyak gunung yang terkenal di dunia. Namun gunung yang satu ini lain dari yang lain, kerana kerjanya asyik berehat saja setiap masa. Cuba teka apakah nama gunung itu?

Jawapan: Gunung Everest.

Sumber: Cayuse

21. Ada satu benda. Saiznya ada bermacam-macam. Dari sebesar-besar gunung hingga sekecil-kecil semut. Namun ajaibnya ia hanya wujud apabila adanya cahaya. Jika gelap-gelita, ia akan menghilang. Cuba teka apakah bendanya.

Jawapan: Bayang-bayang.

22. Setiap pagi dia bangun dari tidur, tiba saja senja dia pun beradu. Setiap hari ketibaannya ditungu-tunggu. Siapakah dia?

Jawapan: Matahari.

23. Ia adalah sejenis buah. Namun tak boleh dimakan, tak boleh disentuh. Ia hanyalah ilusi, apa yang anda fikirkan. Buah apakah ia?

Jawapan: Buah fikiran.

24. Cuba lihat langit pada waktu malam. Ada jutaan bintang di langit. Dalam banyak-banyak bintang, bintang apa yang paling dekat dengan bumi?

Jawapan: Bintang tiga.

25. Ada orang badannya bertatu. Bermacam jenis tatu yang ada, pelbagai gambar dan juga warna. Namun ada sejenis tatu yang ajaib. Ia ada dengan orangnya sejak lahir. Tatu yang ada tanpa perlu dicacah. Tatu jenis apakah ia?

Jawapan: Tanda lahir.

26. Apakah yang akan menjadi manis sekiranya anda banyak makan benda manis dan suka minum air manis?

Jawapan: Kencing manis.

27. Ada banyak tarikh dalam dunia. Tarikh lahir, tarikh perkahwinan. Semuanya kita tahu dan kita sambut dengan gembira setiap tahun. Namun ada satu tarikh, kita tak tahu bila berlaku dan biasanya disambut dengan kesedihan. Tarikh apakah ia?

Jawapan: Tarikh kematian.

28. Semakin banyak kita berjalan, semakin banyak ia tertinggal di belakang. Cubalah teka apa bendanya?

Jawapan: Tapak kaki.

29. Ada banyak jenis kuda di dalam dunia. Namun ada satu kuda ini, ianya cantik namun penuh dengan misteri. Malah kuda ini pandai menari. Tahukah anda kuda apa yang kami cari?

Jawapan: Kuda kepang.

30. Sungai di dunia biasanya dalam atau deras. Atau mungkin juga banyak buaya. Namun sungai yang satu ini sangat unik, kerana ianya adalah sungai yang tajam. Cuba teka sungai apakah gerangannya?

Jawapan: Sungai Lembing.

31. Cuba teka apakah benda ia. Ianya besar dan tinggi. duduknya jauh di pedalaman. Ia sentiasa panas. Kadang-kadang ia meletup di atas kepala sendiri.

Jawapan: Gunung berapi.

32. Ada satu benda. Setiap hari ia merentas desa namun langsung tak bergerak dari kedudukannya?

Jawapan: Jalan raya.

33. Lalat yang tidak terbang, biasanya kita akan panggil apa?

Jawapan: Lalat yang sedang berjalan.

34. Saya besar dan hitam. Saya pandai meniru suara anda, namun bunyinya jauh lebih kuat. Siapakah saya?

Jawapan: Pembesar suara.

Sumber: Pustaka Rakyat

35. Kenapa buku matematik sentiasa sibuk berbanding buku mata pelajaran lain?

Jawapan: Kerana buku matematik punya banyak masalah.

Itulah dia 35 teka teki susah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Bagaimana? Anda dapat jawab semuanya? Lepas ini bolehlah anda gunakan teka teki ini untuk menguji kebijaksanaan kawan-kawan dan ahli keluarga anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang hobi jadi duit, biodata Ustazah Asma Harun dan pekerjaan yang popular di Malaysia.

Rujukan:
JomTeka teki

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.