“Ejen rumah kata loan rumah aku boleh lulus. Tapi bank tak luluskan”

“Banker cakap skor kredit aku rendah”

Mesti ada yang pernah mengalami macam tu, yakin boleh lulus pembiayaan perumahan. Deposit pun sudah ada. Tapi tersangkut dekat skor kredit. Apakah skor kredit itu?

Skor Kredit (Penilaian Markah) dikenali sebagai penilaian kredit dalam sistem yang digunakan oleh institusi kewangan seperti pihak bank. Skor kredit juga merupakan satu kaedah untuk mengukur dan menilai pemohon. Semakin tinggi skornya, semakin baik tahap kewangan individu tersebut.

Setiap bank menggunakan kaedah dalaman tertentu dan SOP mereka sendiri untuk mengukur skor kredit. Jika skor kredit anda kurang memuaskan, bank boleh kurangkan jumlah pembiayaan, tinggikan profit keuntungan bank, ataupun menolak permohonan pembiayaan anda.

Maka, amat penting anda tahu tentang sistem skor kredit ni.

skor kredit

Imej via Gilahartanah

Antara Cara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Meningkatkan Skor Kredit Ialah :

1. Mempunyai Pendapatan Dan Pekerjaan Yang Stabil

Pendapatan yang stabil dan konsisten akan dinilai oleh bank sebelum memberi pembiayaan perumahan pada anda.

2. Kurangkan Hutang Jahat

Hutang jahat seperti pembiayaan peribadi atau pembiayaan kereta. Jika anda sudah memiliki banyak pembiayaan peribadi, skor kredit anda akan rendah dan dilabelkan sebagai individu yang berisiko.

3. Bayaran Cun

Jika anda mempunyai komitmen/pembiayaan dengan pihak bank, anda harus bayar tepat pada waktunya dan dengan jumlah yang cukup supaya pada laporan CCRIS tidak tertera nombor selain nombor 0.

4. Jauhi Daripada Dibawah Pemantauan Pihak Tertentu

Biasanya anak muda sekarang kurang ilmu pengurusan kewangan. Akhirnya berhutang terlalu banyak. Jadi, selepas itu kena pantau oleh AKPK atau pihak tertentu. Dekat laporan CCRIS akan ditulis ‘Dibawah Pemerhatian Khas’. Mungkin dalam tempoh pemantauan itu, pihak bank tidak akan memberi pembiayaan kepada anda.

5. Tidak Ada Sejarah Pembiayaan

Tiada rekod laporan CCRIS membuatkan pihak bank tertanya-tanya adakah anda mempunyai karektor pembayaran balik ansuran dengan bagus. Sekarang ini ramai berpendapatan tinggi tapi tak boleh bayar tepat pada masanya. Jadi dengan laporan CCRIS, bank boleh percaya keupayaan bayaran balik anda.

6. Ada Sejarah Kereta / Rumah Kena Tarik

Ada sejarah hitam mungkin sedikit sebanyak akan merosakkan skor kredit anda. Jadi kena ada perancangan yang power dulu. Jangan main terjah saja. Belajar buat bajet, bina tabung kecemasan, kira DSR elok-elok.

7. Kad Kredit Limit

Seelok-eloknya nya jangan berbelanja dan ada hutang kad kredit melebihi 70 peratus. Setiap bulan jika kad kredit anda asyik limit saja, memang anda tak pandai menguruskan kewangan.

***

Sejarah rekod pembayaran balik melalui laporan CCRIS akan membuktikan anda mampu membayar secara ontime ataupun tidak dengan jumlah yang mencukupi.

Bagus hidup tanpa hutang, tapi pihak bank tidak tahu keupayaan bayar balik anda. Anda kena buktikan anda mampu membayar secara konsisten setiap bulan.

Anda boleh membuat rekod CCRIS dengan mudah seperti kad kredit ataupun ASB Financing terlebih dahulu sebelum memohon pembiayaan perumahan yang tinggi nilainya.

Akhir kata, masa muda ini bina karektor baik dulu dengan pihak bank.

 

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.