Tahu tema kemerdekaan tahun ini? Malaysia negara tercinta mendapat kemerdekaan dari penjajah pada tarikh 31 Ogos 1957 dengan nama Malaya. Ia adalah hari kemenangan di mana kita mendapat semula ketuaan tanah air dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kita yang pertama. Kita kekal dengan nama Malaya sehinggalah terbentuknya Malaysia pada tarikh 16 September 1963.

Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Singapura telah keluar membawa diri dan membentuk negara sendiri. Tarikh kemerdekaan Malaysia disambung secara gilang-gemilang setiap tahun sebagai tanda kesyukuran. Bermula tahun 1970, tema kemerdekaan mula diperkenalkan dan logo kemerdekaan pula wujud sejak tahun 1976.

Sumber: Anak2u

Tahun 1970

Sambutan hari kemerdekaan pada tahun 1970 adalah sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-13 tahun. Ia adalah tahun pertama tema kemerdekaan diperkenalkan. Tema kemerdekaan pada tahun tersebut ialah “Muhibah dan Perpaduan”. Tema tersebut adalah sebagai pemangkin keharmonian masyarakat berbilang kaum yang ada di Malaysia. Dengan tema kemerdekaan ini, diharapkan agar rakyat Malaysia terus bersatu-padu.

Tahun 1971

Seterusnya, sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 14 disambut pada tahun 1971 dengan tema “Masyarakat Progresif”. Tema ini dipilih supaya rakyat Malaysia terus bergerak menuju kemajuan dan penambahbaikan baik dari segi perpaduan dan kemajuan ekonomi.

Tahun: 1972

Tema kemerdekaan pada tahun 1972 ialah “Masyarakat Adil”. Tema ini dipilih sebagai menyerikan sambutan kemerdekaan ke-15 negara bagi meningkatkan lagi perpaduan dan kesefahaman seluruh penduduk Malaysia tidak mengira apa saja agama dan bangsa.

Tahun: 1973

Tema kemerdekaan yang menjadi pilihan pada tahun 1973 ialah “Masyarakat Berbudaya Malaysia”. Tema ini adalah sebagai peringatan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mencintai budaya Malaysia dan menyerapkannya dalam hidup seharian walau di mana saja kita berada. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Tahun: 1974

Sambutan hari kemerdekaan ke-17 tahun yang diadakan pada tahun 1974 adalah bertemakan “Sains dan Teknologi Alat Perpaduan”. Pada tahun ini, kerajaan berhasrat untuk mendekatkan rakyat dengan kemajuan sains dan teknologi yang sangat penting untuk kemajuan ekonomi negara. Dalam masa yang sama ia juga adalah peringatan agar rakyat terus bersatu-padu.

Tahun: 1975

Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-18 tahun pada 1975. Tema kemerdekaan untuk tahun tersebut ialah “Masyarakat Berdikari”. Tema ini selari dengan iltizam kerajaan untuk menggalakkan rakyat terus berusaha untuk memajukan diri dari segi ekonomi dengan terus berusaha dengan lebih keras.

Tahun: 1976

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-19 tahun pada 1976 adalah bertemakan “Ketahanan Rakyat”. Tema ini adalah sebagai batu loncatan untuk rakyat terus kuat dalam menghadapi apa saja dugaan yang datang. Tahun 1976 juga adalah tahun pertama logo kemerdekaan diperkenalkan.

Sumber: Malaysia Coin

Tahun: 1977

Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-20 tahun pada tahun 1977 dengan tema “Bersatu Maju”. Tema kemerdekaan ini adalah sesuai dengan iltizam kerajaan agar rakyat terus bersatu dan terus maju.

Tahun: 1978

Pada tahun 1978, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-21 tahun. Tema kemerdekaan yang dipilih untuk tahu tersebut ialah “Kebudayaan Sendi Perpaduan”. Mesej utama dalam tema kemerdekaan tersebut ialah rakyat boleh menggunakan keseniaan dan kebudayaan untuk meningkatkan perpaduan kaum.

Tahun: 1979

Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-22 tahun pada tahun 1979. Sambutan hari kemerdekaan tahun tersebut ialah bertemakan “Bersatu Berdisplin”. Rakyat diingatkan untuk terus menjaga perpaduan yang ada dan terus hidup dalam keadaan berdisiplin.

Tahun: 1980

Seterusnya, Malaysia menyambut hari lemerdekaan yang ke-23 tahun pada 1980. Tema kemerdekaan untuk tahun tersebut ialah “Berdisplin Berbakti”. Ia adalah kesinambungan dari tema pada tahun sebelumnya. Rakyat diingatkan untuk terus bersidiplin dalam kehidupan seharian dan terus berbakti kepada negara.

Tahun: 1981

“Berdisplin Berharmoni” adalah tema sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-24 tahun pada 1981. Ia juga adalah kesinambungan dari tema kemerdekaan tahun-tahun sebelumnya. Adalah menjadi hasrat kerajaan agar rakyat terus hidup berdisipkin dan mengekalkan keharmonian yang ada.

Tahun: 1982

Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-25 tahun pada 1982 adalah bertemakan “Berdisplin Giat Maju”. Seperti tahun-tahun sebelumnya, rakyat berdisiplin masih menjadi keutamaan kerajaan.

Tahun: 1983

Pada tahun 1983, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-26 tahun dengan tema “Bersama Ke Arah Kemajuan”. Pada waktu ini Malaysia sedang giat menuju kemajuan ekonomi, dan rakyat diajak untuk maju bersama.

Tahun: 1984

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-27 tahun pada 1984 adalah bertemakan “Amanah Asas Kejayaan”. Rakyat diingatkan untuk mengutamakan prinsip jujur dan amanah dalam menuju kejayaan dalam hidup.

Sumber: Johorkini

Tahun: 1985

Tema kemerdekaan bagi sambutan hari merdeka Malaysia yang ke-28 tahun ialah “Nasionalisme Teras Perpaduan”. Tema ini dipilih bagi menekankan kepentingan perasaan cintakan negara dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan yang ada.

Tahun: 1986

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-29 tahun adalah bertemakan “Bangsa Tegas Negara Teguh”. Elemen bangsa dan negara yang teguh adalah peringatan kepada rakyat agar terus cintakan negara.

Tahun: 1987

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-30 tahun adalah bertemakan “Setia Bersatu Berusaha Maju”. Sekali lagi rakyat diingatkan untuk terus bersatu agar terus berjaya dan maju.

Tahun: 1988

Pada tahun 1988, Malaysia mengadakan sambutan hari kemerdekaan yang ke-31 tahun dengan tema “Bersatu”. Tema ini membawa mesej yang sangat kuat dan ianya mudah difahami oleh rakyat.

Tahun: 1989

Sambutan kemerdekaan pada tahun 1989 adalah bertemakan “Bersatu”. Tema tahun sebelumnya digunakan sekali lagi sebagai mesej betapa pentingnya untuk rakyat bersatu.

Tahun: 1990

Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-33 tahun pada 1990 dengan tema “Berjaya”. Tema ini dipilih dengan harapan Malaysia akan terus berjaya.

Tahun: 1991

Pada tahun 1991, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-34 tahun dengan tema “Wawasan 2020”. Ini adalah tahun Wawasan 2020 diperkenalkan.

Tahun: 1992

Tema kemerdekaan untuk tahun 1992 adalah “Wawasan Asas Kemajuan”. Ia selari dengan konsep Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Tahun: 1993

Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-36 tahun pada tahun 1993. Tema kemerdekaan bagi tahun tersebut ialah “Bersatu Menuju Wawasan”.

Tahun: 1994

“Nilai Murni Jayakan Wawasan” adalah tema kemerdekaan untuk tahun 1994. Ia menunjukkan betapa pentingnya untuk menerapkan nilai murni dalam kehidupan.

Tahun: 1995

Sambutan kemerdekaan ke-38 tahun adalah bertemakan “Jatidiri Pengerak Wawasan”. Rakyat diingatkan untuk tidak lupa diri dan sentiasa menguatkan jatidiri dalam mengejar kemajuan.

Tahun: 1996

SambutankKemerdekaan ke-39 tahun yang diadakan pada 1996 adalah bertemakan “Budaya Penentu Kecapaian”. Ia mengingatkan rakyat supaya tidak membelakangkan budaya dalam era maju.

Tahun: 1997

“Akhlak Mulia Masyarakat Jaya” adalah tema sambutan kemerdekaan ke-40 tahun Malaysia. Ia dipilih untuk menyampaikan mesej betapa pentingnya akhlak yang mulia.

Tahun: 1998

Tema kemerdekaan bagi tahun 1998 ialah “Negara Kita, Tanggung Jawab Kita”. Mesej utama ialah berkenaan tanggung jawab.

Tahun: 1999

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-42 tahun adalah bertemakan “Bersatu Ke Alaf Baru”. Ia adalah sesuai dengan kemasukan ke alaf baru iaitu tahun 2000.

Sumber: Metro

Tahun: 2000 hingga 2006

“Keranamu Malaysia” adalah tema kemerdekaan bagi sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 43 hingga 49 tahun, iaitu bagi tahun 2000 sehingga 2006. Ia adalah tema kemerdekaan yang paling lama digunakan.

Tahun: 2007

Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-50 tahun pada tahun 2007. Tema yang menjadi pilihan ialah “Malaysiaku Gemilang”. Semoga Malaysia terus gemilang.

Tahun: 2008

Sambutan kemerdekaan ke-51 tahun pada 2008 adalah bertemakan “Perpaduan Teras Kejayaan”. Sekali lagi konsep perpaduan menjadi fokus utama.

Tahun: 2009

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun pada tahun tersebut adalah bertemakan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Tahun tersebut adalah tahun di mana konsep 1 Malaysia diperkenalkan.

Tahun: 2010

“1 Malaysia: Menjana Transformasi” adalah tema sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun. Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun. Tahun ini, kerajaan terus menggunakan konsep 1 Malaysia.

Tahun: 2011

“1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” adalah tema sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Konsep 1 Malaysia diteruskan pada tahun tersebut.

Tahun: 2012

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-55 tahun diraikan dengan tema “55 Tahun Merdeka-Janji Ditepati”. Apa yang menarik, logo kemerdekaan bagi tahun ini telah ditarik balik akibat mendapat kecaman.

Tahun: 2013

“Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” adalah tema kemerdekaan yang menjadi pilihan untuk sambutan kemerdekaan ke-56 tahun pada 2013.

Tahun: 2014

“Malaysia: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” adalah tema kemerdekaan untuk sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57 tahun. Tema ini menekankan semangat cintakan negara.

Tahun: 2015

“Malaysia #SehatiSejiwa” adalah tema kemerdekaan ke-58 bagi tahun 2015. Tema kemerdekaan ini adalah peringatan agar rakyat terus bersatu-padu.

Tahun: 2016

“Malaysia #SehatiSejiwa” adalah tema kemerdekaan ke-59 bagi tahun 2016. Tema kemerdekaan ini digunakan lagi sekali.

Tahun: 2017

“Negaraku #SehatiSejiwa” adalah tema kemerdekaan bagi tahun 2017. Tema kemerdekaan ini adalah peringatan agar rakyat terus bersatu-padu.

Tahun: 2018

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-61 tahun pada 2018 adalah bertemakan “Sayangi Malaysiaku”. Mesej yang disampaikan adalah supaya rakyat sentiasa mencintai negara.

Tahun: 2019

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-62 tahun pada 2019 diadakan dengan tema “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”. Bersih yang dimaksudkan ialah bermaksud bersih dari segi alam sekitar, rasuah, dan segala gejala yang buruk.

Tahun: 2020

Tema sambutan dari kemerdekaan pada tahun 2021 adalah “Malaysia Prihatin”. Tahun tersebut adalah tahun kesukaran akibat Covid-19 dan tema tersebut menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan dan keperluan rakyat.

Tahun: 2021

Tema sambutan dari kemerdekaan pada tahun 2021 adalah “Malaysia Prihatin”. Pada tahun tersebut, kesukaran akibat Covid-19 masih berterusan dan tema tersebut menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan dan keperluan rakyat.

Tahun: 2022

Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-65 tahun pada 2022 adalah bertemakan “Keluarga Malaysia teguh bersama”. Ini selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan pada tahun tersebut.

logo merdeka 2022
Sumber: Malaysian Coin

Itulah dia tema kemerdekaan Malaysia. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tokoh kemerdekaan Malaysia dan pejuang kemerdekaan Malaysia.

Rujukan:
Malaysiancoin

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.