Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal. Keadaan ini menyebabkan kita berasa panas walau pun pada waktu malam, yang sepatutnya sejuk.

Perasan tak? Sekarang waktu malam pun kita terpaksa tidur dalam penghawa dingin? Tidur dengan membuka tingkap juga tidak membantu untuk mengurangkan kepanasan yang kita rasa. Mari kita lihat punca pemanasan global sebagai panduan kita bersama.

1. Penipisan lapisan ozon

Lapisan ozon kita semakin menipis disebabkan oleh akibat pelepasan gas terutamanya gas klorofluorokarbon (CFC). Tahukah anda bahawa gas Klorofluorokarbon (CFC) adalah penyumbang utama kepada masalah penipisan lapisan ozon. Gas CFC adalah gas yang dibebaskan oleh:

  • Penyaman udara
  • Aerosol
  • Peti sejuk

Apabila kita menggunakan barangan tersebut, ia akan membebaskan gas CFC ke udara dan klorin yang terdapat di dalamnya akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan menjadi ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata

2. Penebangan hutan

Di seluruh dunia, hutan-hutan ditarah dan ditebang di atas nama pertanian dan pembangunan. Keadaan ini menyebabkan dunia kehilangan banyak hutan hijau. Kekurangan hutan hijau bermakna dunia akan mengalami masalah kekurangan sumber bekalan oksigen dan menyebabkan suhu dunia menjadi semakin panas.

Penebangan hutan juga telah mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan di seluruh dunia. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan menyebabkan hujan berkurangan dan akibatnya kemarau pun berlaku. Penebangan hutan juga biasanya berkaitan dengan kebakaran hutan. Kebakaran hutan akan menyebabkan masalah pemanasan global.

3. Aktiviti perindustrian

Sumber: Vox

Kegiatan perindustrian akan menghasilkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida. Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah celcius menjelang tahun 2030 akibat pelepasan gas karbon monoksida dalam industri perindustrian. Itulah sebabnya kenapa kilang-kilang sentiasa dipantau bagi memastikan mereka tidak melepaskan asap yang terlalu merbahaya ke udara. Kilang yang melepaskan asap yang tidak mengikuti piawai akan disaman dan dikenakan tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa.

4. Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka seperti pembakaran hutan untuk tujuan pertanian adalah satu lagi punca pemanasan global. Apabila hutan dibakar secara besar-besaran, gas karbon dioksida yang  terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya memerangkap haba. Pembakaran secara terbuka bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan manusia dan menyebabkan kematian kepada binatang, malah ia akan menyebabkan isu pemanasan global menjadi semakin teruk.

5. Pelepasan asap kenderaan

Kenderaan yang kita gunakan akan melepaskan asap karbon monoksida ke udara. Gas tersebut akan mencemarkan udara dan sekali gus menyumbang kepada pemanasan global. Bayangkan ada berapa banyak kenderaan yang digunakan di seluruh dunia setiap hari?

6. Pertanian pindah

Aktiviti pertanian pindah yang masih diamalkan di sesetengah negara adalah punca pemanasan global yang tidak boleh diabaikan. Pertanian pindah bermaksud mereka akan berpindah-pindah kawasan bercucuk tanam. Aktiviti ini melibatkan kerja pembakaran hutan untuk menghasilkan baja organik.

7. Jerebu

Jerebu berlaku disebabkan oleh terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Masalah jerebu bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan manusia malah akan menyebabkan suhu dunia meningkat.

8. Pulau haba

Pulau haba wujud di bandar besar yang mempunyai bangunan mencakar langit. Apabila ada banyak bangunan tinggi, pantulan daripada matahari yang menembusi cermin bangunan akan menyebabkan haba terperap di kawasan atmosfera. Haba yang terperap akan menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi panas. Kewujudan pulau haba di seluruh dunia adalah di antara faktor utama pemanasan global.

9. Hujan asid

Asap dari kilang membebaskan asap yang mengandungi karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara akan membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Ia akan turun sebagai hujan asid. Di antara kesan hujan asid ialah:

  • Memusnahkan tumbuh tumbuhan
  • Merosakkan binaan
  • Mencemarkan air
  • Mengancam hidupan air
  • Menjejaskan kesihatan manusia

10. Kesan rumah hijau

Sumber: Medium

Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi yang berlaku akibat terlalu banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan dalam masa yang sama juga menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Kesannya, haba tadi dipantulkan semula ke bumi lalu menyebabkan atmosfera menyimpan lebih banyak haba. Akibatnya, bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau berlaku kerana peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.

Pemanasan global adalah isu antarabangsa dan semua penduduk dunia perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Di antara kesan pemanasan global yang sedang kita rasai ialah:

  • Pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi,
  • Paras air laut meningkat
  • Banyak daratan mula tenggelam
  • Keluasan saiz daratan semakin mengecil
  • Bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran

Itulah dia info  tentang punca pemanasan global yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang faktor tidur di tempat kerja dan faktor inflasi.

Rujukan:

  1. Ainachah

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.