Obesiti adalah masalah kesihatan yang semakin berleluasa di Malaysia. Lihat sahaja di sekeliling kita. Ramai yang obes bukan? Obesiti bukan sahaja akan menjejaskan tahap keyakinan diri dan menyukarkan seseorang memilih pakaian, malah ia sangat merbahaya kepada kesihatan. Jom baca tentang tentang definasi, punca, kesan, dan cara untuk mengatasi obesiti.

Definasi obesiti

Obesiti adalah satu keadaan di mana seseorang individu mempunyai lemak berlebihan dalam tubuh badan. Obesiti termasuk dalam kategori penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang sewajarnya oleh doktor. Namun sayangnya di Malaysia ramai yang menganggap bahawa obesiti adalah perkara yang normal.

Kaum lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% . Manakala seorang wanita pula termasuk dalam kategori obese apabila lebihan lemak dalam tubuh badannya telah mencecah sebanyak 35%.

Punca obesiti

Obesiti akan menjejaskan tahap keyakinan diri seseorang. Walau sekuat mana kita cuba menafikan, walau selebar mana senyuman kita di khalayak ramai, setiap kali memandang cermin pastinya kita akan berasa sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Obesiti juga memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan. Itulah sebabnya kenapa ia perlu dijauhi. Di antara punca obesiti ialah:

  • Umur. Apabila umur kita meningkat, kadar metabolisma dalam badan juga akan menurun. Akibatnya berat badan akan meningkat dengan drastik walaupun tiada sebarang perubahan dalam tabiat pemakanan kita setiap hari.
  • Jantina. Tahukah anda bahawa kaum wanita mempunyai risiko untuk mengalami masalah obesiti yang lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Ini kerana kaum wanita mempunyai kadar metabolisma yang lebih rendah berbanding kaum lelaki yang mempunyai kadar metabolism yang jauh lebih tinggi. Risiko untuk mengalami obesiti semakin meningkat apabila seorang wanita memasuki fasa menopos.
  • Keturunan. Ini adalah punca obesiti yang tidak dapat anda kawal. Sekiranya ada ahli keluarga anda yang mengalami masalah obesiti, anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah yang sama memandangkan ia ada dalam keturunan anda.
  • Gaya hidup yang tidak aktif. Punca obesiti yang paling besar ialah gaya hidup yang tidak aktif. Tidak mahu bersenam dan terlalu banyak duduk menghadap handphone, menonton televisyen, atau bermain game adalah punca kenapa ramai yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Pemakanan yang tidak sihat. Cuba perhatikan makanan yang kita ambil setiap hari. Kebanyakan makanan pada hari ini adalah makanan diproses, makanan segera, dan makanan yang tinggi lemak. Kesemua makanan ini adalah tidak baik untuk kesihatan. Malah akan menyebabkan anda mengalami masalah obesiti.
  • Tekanan perasaan. Ramai yang makan dengan banyak apabila mengalami masalah tekanan perasaan. Semakin tertekan, semakin banyak makanan yang masuk ke dalam mulut. Lama-kelamaan anda akan mengalami masalah obesiti.
  • Penyakit. Ramai yang tidak tahu bahawa obesity juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit yang dialami. Kebiasaannya obesity berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan secara berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat yang diberikan oleh doktor seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyebabkan seseorang mengalami obesiti.

Kesan obesiti kepada kesihatan dan tubuh badan

Sumber: Newatlas

Obesiti memberikan pelbagai kesan buruk ke atas tubuh badan. Di antara kesan obesiti yang paling kerap berlaku ialah seperti berikut:

  • Penyakit kronik. Obesiti boleh menyebabkan seseorang mengalami penyakit kronik dan apa yang ditakuti, penyakit kronik disebabkan oleh obesity boleh membawa kematian. Malah penyakit kronik yang dialami akan merubah hidup seseorang. Banyak aktiviti yang tidak dapat dilakukan dan cara hidup juga perlu diubah untuk menyesuaikan diri dengan penyakit kronik yang dialami.  Itulah sebabnya kenapa kita perlu menjauhkan diri daripada masalah obesiti. Di antara penyakit kronik yang disebabkan oleh obesiti ialah Diabetes Mellitus, Penyakit hepatobiliary  (fatty liver dan batu hempedu), Dyslipidaemia (kadar kolesterol tinggi), Metabolic syndrome, Sleep apnoea (gangguan tidur yang kronik), penyakit jantung koronari, Cerebrovascular disease, kegagalan jantung, tekanan darah tinggi (hypertension), Osteoarthritis, angin ahmar, kanser dan Gout.
  • Selain itu, obesity akan menyebabkan seseorang susah untuk bergerak dan menjalan gaya hidup yang aktif. Mana tidaknya, baru bergerak sedikit sudah berasa mengah.
  • Obesiti akan menyebabkan seseorang susah untuk menjalankan ibadah seperti solat dan menunaikan ibadah haji. Seseorang yang ingin melakukan solat sunat tahajud atau solat sunat terawih pastinya akan mengalami sedikit ketidak selesaan apabila berada dalam keadaan obes.
  • Sukar untuk membeli pakaian. Tidak banyak jenama pakaian ternama yang menyediakan saiz besar atau puls size. Maka anda akan menghadapi masalah untuk membeli pakaian berjenama atau mengikuti perkembangan fesyen terkini. Pilihan pakaian untuk anda adalah terhad.
  • Obesiti akan melemahkan semangat dan menyebabkan seseorang berasa rendah diri.

Cara untuk mengatasi obesiti

Di antara usaha yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah obesiti adalah seperti berikut:

  • Jaga pemakanan. Amalkan gaya pemakanan yang sihat. Makan makanan sebenar yang segar. Elakkan makanan diproses, makanan segera, dan makanan yang tinggi kalori.
  • Amalkan gaya hidup sihat. Aktifkan diri. Rajin bersenam.
  • Jaga kesihatan mental dan emosi. Tekanan perasaan akan menyebabkan anda makan dengan banyak lalu menyebabkan obesiti.

Itulah dia info  tentang punca obesiti yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang punca penyakit jantung dan tips mengurangkan stress

Rujukan:

1. Myhealth

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.