Iluminati bukanlah satu perkataan yang asing bagi kita di Malaysia. Perkataan iluminati biasanya dikaitkan dengan teori konspirasi dan freemason. Malah filem-filem yang ditanyangkan di pawagam dan kaca tv juga dikaitkan dengan iluminati. Bagi yang beragama islam, iluminati juga seringkali dikaitkan dengan kisah keluarnya dajal yang akan mengaku sebagai tuhan dan menyesatkan kita dari ajaran islam.

Sejauh mana kita faham tentang iluminati? Sejauh mana benarnya segala info tentang iluminati yang kita dapat selama ini? Apakah yang dimaksudkan dengan iluminati dan apakah tujuannya? Apakah kesan iluminati ke atas penduduk di seluruh dunia? Dan apa yang lebih penting, apakah kesan iluminati kepada kita? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info lengkap tentang iluminati.

Apakah yang dimaksudkan dengan iluminati?

Sumber: History

Illuminati datang dari perkataan latin yang bermaksud tercerahkan. Iluminati  yang kita biasa dengar pada hari ini  merujuk kepada beberapa perkara. Pada awalnya, istilah iluminati merujuk secara khusus kepada iluminati bavarian iaitu sebuah pertubuhan rahsia yang wujud pada era pencerahan masyarakat. Iluminati Bavarian telah ditubuhkan pada 1 Mei 1776. Ini adalah konsep iluminati yang paling asas dan suci dari sebarang unsur yang ditokok-tambah kemudiannya.

Pada hari ini perkataan iluminati digunakan untuk merujuk kepada organisasi diiktiraf yang bersekongkol dan bertindak sebagai bayang-bayang kuasa di balik takhta atau dalam bahasa inggerisnya hidden hand. Iluminati juga dipercayai bertanggung jawab dalam mengendalikan urusan dunia melalui kerajaan dan syarikat gergasi dunia. Ada yang percaya bahawa kerajaan di dunia dan syarikat gergasi hanyalah puppet atau mainan iluminati.

Iluminati pada hari ini dianggap sebagai inkarnasi moden atau kelanjutan dari Bavarian Illuminati iaitu iluminati yang asal. kita sering mendengar kaitan di antara iluminati dan New World Order (NWO). Terdapat banyak teori konspirasi yang menyatakan bahawa illuminati adalah dalang di sebalik peristiwa-peristiwa yang akan mendorong pada pembentukan New World Order termasuk virus Covid-19 yang sedang menjadi pandemik pada hari ini.

Bagaimanakah sejarah penubuhan Iluminati?

Menurut catatan sejarah, iluminati ditubuhkan pada 1 Mei 1776 di Ingolstadt, Bavaria oleh seorang lelaki bernama Adam Weishaupt yang merupakan seorang profesor di Universiti Ingolstadt.  Adam Weishaupt adalah berketurunan yahudi yang lahir dan membesar di Ingolstadt. Beliau adalah seorang Jesuit sebelum menjadi seorang pendeta Katolik dan akhirnya mengorganisasi House of Rothschild. House of Rothchild masih wujud sehingga hari ini.

Pada asalnya ahli iluminati terdiri daripada golongan freethinkers atau berfikiran bebas. Namun semakin iluminati berkembang, ahlinya menjadi semakin ramai dan mula memiliki pandangan-pandangan yang menyimpang dari ajaran rasmi gereja Katolik. Penyimpangan dari agama yang berlaku menyebabkan gereja kristian melarang fahaman iluminati diajar di gereja.

Apakah tujuan iluminati ditubuhkan?

Iluminati adalah sekumpulan manusia yang mencari jawapan untuk apa yang disebut dalam kitab Bible sebagai misteri tuhan. Iaitu perkara-perkara yang tidak diketahui oleh manusia dan hanya diketahui oleh tuhan sahaja. Mereka menubuhkan gerakan iluminati unutk mencari ilmu dan merungkai apakah perkara yang belum diketahui oleh manusia. Menurut pemahaman mereka, dengan ilmu pengetahuan tidak wujud lagi misteri tuhan kerana manusia sudah mengetahui segala-galanya.

Salah satu hasil penulisan tentang iluminati yang paling terkenal di dunia ialah novel “Angels and Demon” karya Dan Brown. Ia menceritakan tentang seorang ahli illuminati terkenal yang bernama Galileo Galilei. Beliau adalah seorang ahli antropologi yang dihukum kurungan dalam rumah seumur hidup oleh gereja selepas membuat kenyataan bahawa pusat alam semesta adalah matahari, bukannya bumi seperti yang diajar oleh Bible.

Kenyataan berani itu telah menyinggung pihak gereja. Sebagai tindak balas semua ahli iluminati telah diburu oleh gereja lalu diberi stamp salib didada mereka sebelum dibunuh. Sejak itu illuminati bergerak secara rahsia dari bawah tanah. Pihak gereja terus mencari ahli yang masih bebas. Ahli illuminati yang melarikan diri kemudian bertemu dengan kelompok rahasia lain yang bernama freemason lalu bergabung membentuk iluminati yang ada pada hari ini.

Apakah perkembangan iluminati pada hari ini?

Setelah bergabung dengan freemason, iluminati menjadi semakin kuat. Gereja masih memburu ahli iluminati atas kesalahan menyembah syaitan. Sehingga hari ini iluminati masih mengamalkan ritual pemujaan dimana mereka memuja “The Great Architect” yang berupa sebiji mata dalam segi tiga. Pastinya anda kenal lambang ini yang popular di seluruh dunia. Sebiji mata dalam segi tiga atau  “The Wholeseeing-Eye” ini diambil dari legenda mesir dan dalam masa yang sama ia adalah simbol untuk Lucifer atau iblis. Pada tahun 1782 gerakan Illuminati semakin tersebar di dunia sehingga ke Denmark, Portugal, Amerika, Brazil dan Rusia.

Apakah kaitan di antara iluminati dan dajal?

Sumber: Wikimediafoundation

Terdapat dua dokumen rahsia iluminati yang bertajuk  ‘The Proof Of A Conspiracy To Destroy All Governments And Religions’ dan ‘The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati’. Di antara isi kandungan dalam dokumen tersebut ialah suatu rancangan rahsia dalam tempoh 300 tahun. Di dalam dokumen tersebut juga ada menyatakan rancangan revolusi dan usaha untuk menjatuhkan pemerintahan beraja di negara-negara Eropah.  Dalam masa yang sama pihak iluminati sibuk dengan pembinaan kuil syaitan  atau Synagogue Of Satan di sebuah gereja katholik. Kesemua rancangan ini adalah mustahil untuk dilakukan oleh seorang manusia biasa dengan tempoh hayat hidup yang tidak melebihi 100 tahun maka ada yang percaya bahawa iluminati dan dajal bergerak seiring.

Itulah dia info tentang iluminati yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.

Rujukan:

  1. Illuminati. https://ms.wikipedia.org/wiki/Illuminati (link)
  2. Kaitan Di Antara Dajjal Dan Iluminati. https://empayardaulahkhilafah.blogspot.com/2017/09/kaitan-di-antara-dajjal-dan-illuminati.html. (link)
Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.