Kegemilangan kerajaan Melayu pada masa dahulu sudah tentunya dilengkapi dengan sistem perdagangan, percukaian dan perundangan yang mantap sebagaimana diakui oleh para pengkaji sejarah.
Ayuh kita selusuri sejarah sistem percukaian dan perundangan oleh kerajaan Melayu yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan bahan bacaan tambahan.
Pelabuhan Melaka menawarkan bijih timah sebagai bahan eksport kepada pedagang pedagang dari luar.
Bijih timah di pelabuhan Melaka diambil daripad negeri-negeri pengeluar bijh timah di kawasan sekitar seperti Kelang, Kedah, Manjung, Beruas dan lain-lain lagi.
Melaka yang banyak menaungi kawasan-kawasan di sekitarnya dan dapat memonopoli pengeluaran komoditi di kawasan naungannya seperti emas dari Siak manakala lada hitam dari kawasan-kawasan di Kampar.
Selain itu juga Melaka menawarkan bahan-bahan dagangan lain seperti ikan kering, beras, halia, bawang, daging, madu lebah dan juga hamba yang dibawa dari Pasai, Jambi, Palembang dan Acheh.
Komoditi eksport utama di Acheh adalah lada hitam dan buah pinang. Selain itu, Acheh juga mendapat permintaan terhadap kuda padi dari India yang menjadi komoditi utama hubungan perdagangan Acheh dan India.
Orang-orang Batak dari Sumatera menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual hasil-hasil hutan seperti getah, damar, sarang burung, lilin lebah dan rotan yang menjadi komoditi penting dan didagangkan ke kawasan lain seperti ke pelabuhan Melaka. Selain itu orang Melayu dan Acheh juga menjual orang-orang Batak untuk dijadikan hamba kepada kuasa-kuasa Barat seperti Belanda.
Kepulauan Moluccas menawarkan barangan dagangan sepert cengkih dan buah pala yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang-pedagang dari Eropah.
Barangan dagangan dari luar seperti dari China, Gujarat, Karomandel, Pegu dan Siam juga didagangkan di Alam Melayu yang terdiri daripada kain kapas, tembikar, kain sutera, beras, kemenyan dan lain-lain.
Kerajaan Melayu Melaka telah mengembangkan dan membiaya ekonomi mereka berdasarkan kepada fungsinya sebagai sebuah pelabuhan entrepot dengan bergantung kepada hasil kutipan cukai.
Sistem cukai yang diperkenalkan di Melaka bergantung kepada sistem percukaian yang berdasarkan kepada kepentingan. Barangan makanan yang didagangkan di Melaka dikenakan 1% atau langsung tidak dikenakan cukai.
Cukai 6% dikenakan kepada perdagangan dari luar berdasarkan kepada jumlah barangan di dalam kapal. Selain itu pedagang-pedagang dari Asia Barat, India, Sri Lanka, Pagu dan Sia dikenakan cukai tambahan sebanyak 1-2% yang dibayar dalam bentuk hadiah kepada pemerintah Melaka.
Pedagang-pedagang dari China dan Kepulauan Ryukyu pula dikenakan cukai sebanyak 5% berdasarkan kepada jumlah kargo yang dibawa. Selain daripada cukai barangan dagangan, Melaka juga mengenakan cukai kepada pedagang luar yang mahu menetap di Melaka dengan cukai sebanyak 3% dikenakan bersama-sama dengan cukai diraja bagi pedagang dari Barat manakala cukai diraja sebanyak 3% dikenakan kepada pedagang di kawasan sekitar Gugusan Melayu yang mahu menetap di Melaka.
Selain daripada cukai antarabangsa, cukai dalaman atau domestik juga diperkenalkan dimana cukai 3% dikenakan kepada jualan makanan tempatan. Cukai-cukai tempatan ini dikenakan kepada penduduk bagi:
Pelabuhan Acheh pula mengenakan bentuk cukai yang berbeza daripada Melaka di mana semasa pemerintahan Sultan Iskandar, pedagang-pedagang asing dikenakan cukai dengan nilai 7.5% bagi pembelian lada hitam dan barangan dagangan yang dibawa oleh mereka.
Selain daripada itu, pedagang-pedangan juga harus memberi hadiah kepada golongan pemerintah dan pembesar-pembesar-pembesar yang dikenali sebagai adat cap iaitu cukai dalam bentuk barangan atau wang bagi mendapat izin raja untuk berlayar.
Adat kain merupakan istilah cukai yang dibayar oleh pedagang India dan Barat bagi mendapatkan cap atau keizinan untuk berdagang di pelabuhan Acheh.
Adat memohon kunci merupakan cukai tambahan yang dibayar bagi mendapat keizinan untuk menurunkan barangan dari kapal selepas cukai-cukai lain dilunaskan.
Jambi mengenakan cukai import terhadap barangan yang dibawa dari luar tetapi mengenakan cukai sebanyak 10% ke atas lada hitam yang akan dieksport keluar dari Jambi.
Pentadbiran bandar pelabuhan di Melaka di kawal selia oleh jawatan Syahbandar yang diwujudkan bagi melicinkan pengurusan pelabuhan.
Jawatan ini berfungsi sebagai:
Sebanyak 4 orang syahbandar dilantik bagi menguruskan golongan pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Syahbandar-syahbandar ini dilantk dan dibagaikan kepada empat kumpulan iaitu:
Di Acheh, pentadbiran pelabuhannya juga diselia oleh golongan Syahbandar yang dikenali sebagai:
Di Kedah pula, pegawai-pegawai dilantik bagi memantau sistem cukai dan menjaga keamanan di kawasan pelabuhan.
Antara jawatan yang diperkenalkan adalah
Untuk memastikan kestabilan politik dan keharmonian di sesebuah kawasan, pemerintah telah menggubal undang-undang untuk mengukuhkan lagi kedaulatan sesebuah kerajaan.
Undang-undang tersebut perlulah merangkumi semua lapisan masyarakat sama ada tempatan, pedagang antarabangsa mahupun dalam kalangan pemerintah tersendiri turut dikawal oleh undang-undang tersebut.
Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang terawal yang ditubuhkan di Melaka. Sultan Muzaffar Syah (1446M-1456M) merupakan Sultan pertama yang menjalankan hukum tersebut di Melaka. Tetapi, hukum ini mula ditulis pada era pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada tahun 1486M-1511M.
Pada dasarnya, Hukum Kanun Melaka ini diadaptasikan oleh hukum adat setempat tetapi Sultan Alauddin Riayat Syah telah merevolusikan hukum tersebut menjadi hukum hudud, qisas dan ta’zir. Di dalam fasal 7.2 Hukum Kanun Melaka telah menyatakan bahawa:
“Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenakanlah denda akan dia setengah harganya … Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan potong tangannya.”
Hukum hudud di dalam Hukum Kanun Melaka merupakan kesan daripada kedatangan Islam di Melaka yang mempengaruhi segala aspek pemerintahan sekitar abad ke-14 dan ke-15.
Orang-orang asing yang menetap di Melaka turut bernaung di bawah hukum yang sama dan menunjukkan bahawa Hukum Kanun Melaka ini yang adil untuk semua masyarakat tanpa mengira agama dan lapisan masyarakat untuk memupuk kestabilan di Melaka.
Undang-undang Laut Melaka juga memperkuatkan institusi perundangan kerajaan di samping dapat melancarkan pentadbiran sama ada di laut dan juga di kota pelabuhan. Kod Undang-undang Laut Melaka ini ditulis ketika era pemerintahan Sultan Mahmud atas dasar untuk memenuhi permintaan daripada nahkoda kapal yang mahukan hukuman pelayaran yang tetap.
Undang-undang Laut Melaka mengandungi elemen-elemen seperti tatacara untuk berniaga dan berjual beli, hukum-hukum jenayah yang berlaku di laut dan kapal serta tetapan untuk nahkoda, kiwi dan juga anak-anak kapal.
Manakala di Kedah, Undang-undang Pelabuhan Kedah yang terdapat dalam manuskrip Undang-undang Kedah merupakan undang-undang yang tertua di antara kesemua undang-undang kerajaan Kedah.
Ia dikatakan tertulis pada tahun 1060H bersamaan 1650M. Undang-undang ini merupakan undang-undang atau peraturan pelabuhan. Mengikut Winstedt, undang-undang ini mirip kepada undang-undang kerajaan Moghul.
Di Acheh setiap kapal yang masuk berdagang ke dalam negeri atau di pelabuhan dikehendaki mengambil cap dan membayar cukai cap itu kepada beberapa orang pegawai yang menguruskannya seperti:
Dalam masyarakat Bugis, terdapat undang-undang yang dikenali sebagai Amanna Gappa. Pada 1670an, ketua-ketua pedagang telah berkumpul dari pelbagai tempat seperti Lombok Sumbawa dan Paser (Kalimantan Selatan).
Mereka membincangkan mengenai peraturan dan etika yang mesti dipatuhi dalam perkapalan dan perdagangan. Perundingan ini diketuai oleh Amanna Gappa yang merupakan ketua masyarakat Wajo.
Maka tradisi perkapalan yang dilahirkan daripada rundingan ini dikenali sebagai Undang-Undang Perkapalan Dan Perdagangan Amanna Gappa.
Peraturan ini ditulis dalam bahasa Bugis pada 18 Lontara dan dikenali dalam bahasa Bugis sebagai ‘Ade allopi loping bicaranna pa’balu baluE‘ yang bermaksud etika pelayaran dan perdagangan. Peraturan etika ini diperkenalkan pada tahun 1676.
Menariknya, konsep-konsep “kepemilikan” laut kemudiannya disesuaikan dengan undang-undang laut moden, yang boleh didapati dalam beberapa konvensyen antarabangsa. Dasar Undang-undang Amanna Gappa kemudian diguna pakai di Eropah dan digunakan sebagai Undang-Undang Maritim Antarabangsa.
Kejayaan perdagangan dan perniagaan di rantau alam Melayu ini dipengaruhi oleh kecekapan pemerintahan dan pentadbiran setiap pemimpin pada masa itu.
Dengan pengenalan sistem cukai untuk menambah pendapatan kerajaan dan diseimbangakan dengan sistem perundangan yang melindungi kebajikan dan keselamatan para peniaga dan masyarakat setempat, tidak hairanlah kawasan rantau ini merupakan lubuk emas yang menjadi sebutan dan rebutan.