Siapa yang inginkan ketidak keuntungan. Dah la bayar mahal-mahal, untung pulak tak dapat. Boleh menangis tak berlagu jadinya.

Ramai yang mengesyorkan supaya beli hartanah dekat MRT. Kebarangkalian untuk untung besar berlipat kali ganda. Tapi pernah atau tidak anda kaji selidik perkara-perkara yang menjadi keutamaan sebelum membeli hartanah dekat MRT?

Atau terus sahaja, ikut saranan daripada pihak yang mengesyorkan. Untung punya pasal sampai nak fikir panjang pun tak sempat.

Mari baca 3 perkara yang membawa ketidak keuntungan jika anda membeli hartanah dekat MRT daripada perkongsian Tuan Harith Faisal ini.

Hadam sebaiknya perkongsian yang sangat berharga daripada beliau. Baru beryamabh sikit ilmu hartanah korang nanti.

MRT

Imej via themalaymailonline

Terbeli hartanah yang salah memang sakit hati. Dahlah negative cashflow, nak jual balik pun takda orang nak beli. Beli rumah dekat dengan MRT pun tak semestinya pelaburan yang bagus. Kalau dah tak bagus, tak baguslah jugak.

1. Jangan beli hartanah yang RM700K ke atas walaupun dekat MRT.

Sebab bayar bulanan saja dah RM3K. Ini harga rumah untuk golongan professional dan CEO ni. Takkan dorang nak pergi kerja naik MRT kalau gaji dah RM10K ke atas, kan.

2. Jangan beli hartanah yang pemaju jual sangat over-price walaupun dekat MRT.

Padahal kau boleh dapat hartanah lain yang jauh lagi murah di pasaran subsale. Pemaju memang suka guna MRT ni sebagai modal iklan, dekatlah kononnya. Padahal jauh gila.

3. Jangan beli hartanah yang mahal ya amat walau dekat MRT.

Sebab nanti bila dah banyak sangat unit yang tak occupied, berlaku over-supply pula. Masa ni, semua mula nak main harga. Menyesal pun dah tak guna. Peram je lah kalau sayang nak jual.

Jadi, janganlah ingat semua pembelian hartanah dekat MRT tu untung sesaja. Kenalah rajin buat perbandingan dari segi harga, kadar sewa terkini, jumlah unit sekitar (total supply), siapa sasaran golongan penyewa dan lain-lain lagi.

Walaupun gaji kau RM6K dan berjaya beli rumah RM700K sekalipun, janganlah bangga sangat kalau rumah yang kau beli adalah rumah yang salah. Kalau kau nak duduk sendiri, okay je. Tapi kalau untuk pelaburan, menangislah.

Copy

Penulis: HarithFaisal

Berkongsi tip hartanah santai terutamanya untuk 'freshgraduate', motivasi kewangan sempoi & rahsia tarik 60,000 follower dalam 12 bulan. Penulis buku Hipster Hartanah dan juga Bajet Power.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.