Di mana silapnya jika dah bergaji 3k sebulan pun masih tidak memiliki sebuah rumah.

Mungkin korang perlu muhasabah diri lebih dalam dan cari kesilapan.

Tak akan nak tengok saja orang lain yang gaji bawah 3k beli rumah. Berebut-rebut lagi nak dapatkan rumah subsale dengan rumah lelong.

Tak akan korang selesa sangat dengan gaji 3k sebulan sampai tak pandang langsung nak buat duit tepi dengan pelaburan hartanah.

Kalau rasa nak kembalikan diri ke pangkal jalan, baca 10 sebab korang masih tak membeli sebuah rumah walaupun bergaji 3k dari perkongsian Tuan Harith Faisal ni.

Memang sesuai sangat artikel ni, untuk korang baca.

10 Sebab Orang Bergai RM3K Tak Beli Rumah Lagi.

beli rumah

Imej via nattanan23

1. Sebab dah terbeli kereta mahal. Ansurannya saja dah makan 30% daripada gaji dia. Belum masuk petrol, tol, servis, modify sana sini dan lain-lain. Entah-entah boleh habis 50% gaji hanya untuk kereta saja. Cubalah buat kira-kira sendiri.

2. Takda buat simpanan bulanan. Paling kurang, simpanlah 10% daripada gaji. Tapi dapat simpan 30% lagi bagus. RM3000 x 30% = RM900. Simpan setahun dan ada RM10,800. Simpan masa bujang lagi mudah. Sebab komitmen tak banyak.

3. Nak beli rumah harga lebih RM300K. Mungkin lepas, mungkin tak. Kalau lepas kiraan DSR, mungkin tak lepas kiraan NDI. Kalau lepas pun, masalah kat modal pula. Jadi rendahkan sikit bajet tu. Beli rumah sekitar RM150K pun dah okay.

4. Tak pandang langsung rumah lowcost. Reban ayam katanya. Takpun rumah burung sebab design kotak. Dia tak tahu kot rumah lowcost ni berebut orang nak bida kalau dah masuk lelongan. Lagi-lagi kalau lokasi hot, dekat dengan LRT, MRT, hospital.

5. Masih berfikir orang gaji RM3,000 tak mampu beli rumah. Bagi dia, orang yang beli rumah adalah orang-orang kaya. Padahal kalau tahu caranya, gaji RM2,500 pun dah boleh beli rumah. Rugi kalau masih macam tu fikirnya. Takkan gaji RM5,000 baru nak beli rumah.

6. Nak tunggu rumah PR1MA, rumah SelangorKu, RUMAWIP. Nak mohon, boleh. Tapi tak perlu tunggu bertahun-tahun. Sementara nak tunggu tu, survey sekali rumah-rumah subsale, banyak juga yang bagus-bagus. Jangan tunggu benda yang tak pasti.

7. Orang yang bergaji RM3,000 tak layak dapat BR1M. Oleh itu, memang sukar nak adakan simpanan. Ada orang kata, BR1M tu boleh tampung kos sara hidup yang kian meningkat hari demi hari. Setahun pun boleh tahan. Tak taulah siapa yang kata, kan.

8. Mak bapak tak bagi beli rumah cikai-cikai, paling kurang nak rumah bertanah. Bagi mereka, kerja anak mereka sebagai eksekutif di kota metropolitan Kuala Lumpur bergaji besar. Walhal sekitar RM3,000 saja. Itulah, sapa suruh bergaya macam orang kaya sangat.

9. Lebih selesa menyewa bilik RM500 sebulan daripada beli rumah RM160K dengan bayaran bulanan hanyalah RM750. Tak salah pun sewa bilik tu, tapi sambil sewa bilik, kenalah ada rumah sendiri juga. Rumah sendiri, sewakan kat orang lain.

10. Graduan gaji RM3,000 biasa rasa gaji dia dah cukup besar. Iya, fresh graduate nak dapat gaji mula RM3,000 memang sangat payah. Jadi bila dah dapat, mulalah nak impress orang lain dengan kehidupan mewah, travel sana sini, kereta best.

Ada juga situasi yang mana mereka anak sulung yang ada komitmen tinggi kat keluarga masing-masing. Kita tak nafikan memang wujud orang macam tu. Kita doakan semoga setiap orang dapat memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.

Kalau memang dah usaha sehabis baik, masih tak mampu memiliki rumah, jangan buruk sangka dengan Allah. Pasti ada hikmahnya. Allah akan gantikan dengan perkara yang lebih baik. Masanya pasti tiba. Jangan putus asa.

Rumah memang tak wajib kau beli. Tapi bila kau beli rumah, kau akan rasa tenang, tak perlu menyewa lagi. Kalau kau sebagai ketua keluarga, kau tak perlu risau lagi jika ajal menjemput. Sekurang-kurangnya, isteri, anak kau dah ada tempat berteduh.

Kalau kau tak mampu beli rumah sebab kesilapan kau sendiri dalam mengurus duit, ditambah pula dengan dosa-dosa kewangan yang kau lakukan dengan kerelaan sendiri, mohon insaf. Semua orang ada zaman jahiliah kewangan. Hijrah segera!

Haha! – HF

#harithfaisal

Penulis: HarithFaisal

HarithFaisal

Berkongsi tip hartanah santai terutamanya untuk 'freshgraduate', motivasi kewangan sempoi & rahsia tarik 60,000 follower dalam 12 bulan. Penulis buku Hipster Hartanah dan juga Bajet Power.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.