Kecoh apabila Qatar dan Arab Saudi bergaduh.

Apa sebabnya?

Artikel ini mungkin dapat menjawab secara mudah tentang krisis ini.

Di zaman hipster, orang lebih suka lukisan dari tulisan.

So, inilah cerita Saudi-Qatar dalam bentuk infografik.

Korang tak payah pening pasal Sunni Syiah Salafi Ikhwan dahulu. Benda paling asas dalam hubungan antarabangsa ialah kuasa. Kalau kuasa tak dapat menerangkan apa yang berlaku, baru kita cerita benda lain.

Hubungan antara negara stabil sekiranya wujud keseimbangan kuasa (balance of power). Kuasa antara dua negara seimbang kalau kuasa setara. Kalau berlaku ketidaksembingan kuasa (imbalance of power), pihak yang lemah akan rasa terancam.

Kalau rasa terancam, maka negara-negara yang lebih lemah akan bergabung, sebagai langkah imbangan kuasa (balancing).

GCC ditubuhkan pada tahun 1981 untuk mengimbang kuasa Iran. Saudi nak gabungkan kuasa negara-negara Teluk untuk membendung Iran yang semakin memberi ancaman di bawah Khomeini.

Nak faham kedinamikan imbangan kuasa di Teluk Parsi ini, cuba bayangkan sebuah dacing. Ya, dacing.

Di atas kedua-dua belah dacing terdapat beberapa biji bola yang berbeza saiz. Bola besar mewakili negara kuasa besar, bola kecil mewakili negara kuasa kecil. Sebelah sini GCC. Sebelah situ Iran.

Kalau dua-dua belah sama berat, itu namanya seimbang; kalau sebelah lebih berat, itu namanya tidak seimbang.

Qatar

WikimediaImages / Pixabay

External players di luar Teluk Parsi juga memainkan peranan sebagai pemberat. Katakan Iran bergabung dengan Rusia, tentu Saudi dan geng akan bergabung dengan Amerika sebagai counter, kalau tidak habis dacing itu condong ke Iran.

Sebelum ada GCC, Iran lebih kuat dari Saudi. Selepas ada GCC, Saudi dapat mengimbangi Iran. Kalau ada keseimbangan kuasa maka kuranglah bergaduh. Itu keadaan semasa 1990-an. Saudi dan Iran walaupun menyampah tengok satu sama lain, tapi keadaan masa itu tak seteruk sekarang.

Tapi dalam GCC itu pulak berlaku ketidakseimbangan. Saudi (bola paling besar dalam GCC) seolah-olah dominan dalam GCC. Itu yang Qatar tak mau.

Maka Qatar mula mengimbang kuasa Saudi. Qatar mula menjalin hubungan dengan external players untuk meningkatkan kekuatannya. Itu sebab Qatar mula project power melalui Al-Jazeera. Itu sebab Qatar menyokong Ikhwan. Itu sebab Qatar kamcing dengan Turki.

Memasuki 2011, Arab Spring melanda dunia Arab. Qatar mengambil kesempatan menaikkan Ikhwan di negara yang bergolak. Saudi tak suka. Yang lebih teruk, Iran pun mengambil kesempatan ke atas Arab Spring, di Syria dan di Yaman.

Jadi, berlaku ketidakseimbangan kuasa dalam dan luar GCC. Dacing itu seolah-olah condong ke arah Iran. Jadi Saudi mahu mengetatkan hubungan GCC jadi sebuah pakatan rasmi. Qatar kurang setuju. Qatar mahu dasar luar yang fleksibel sebab tak mau didominasi oleh Saudi dalam GCC. Paling setia dengan Saudi hanya Bahrain dan UAE.

Yang Saudi paling tak dapat terima, Qatar mahu berbaik dengan Iran. Enough is enough. Trump datang tepat pada masanya. Jadi Saudi boleh cantas Qatar, Syiah dan Ikhwan sekali gus. Masukkan Al-Sisi sekali, sebab dia pun mau cantas Ikhwan.

Maka berlakulah drama seperti yang diketahui.

Qatar ialah sebuah negara kecil berkuasa sederhana yang tersepit di antara Saudi dan Iran. Qatar terpaksa membayar harga yang tinggi mengamalkan dasar luar pragmatik untuk melindungi kebebasannya.

Kan senang cerita. Apasal korang pening sangat dengan Sunni Syiah Wahabi semua tu?

====

Nak faham imbangan kuasa, korang wajib khatam 4 kitab ni:

  • Hans Morgenthau (1948) Politics Among Nations
  • Kenneth Waltz (1979) The Theory of International Politics
  • John Mearsheimer (2001) The Tragedy of Great Power Politics
  • Barry Buzan & Ole Waever (2003) Regions and Powers

Nak faham imbangan kuasa di Timur Tengah silalah kaji:

  • Alan Taylor (1982) The Arab Balance of Power
  • Frederic Wehrey (2010) The Iraq Effect: The Middle East After the Iraq War

Nak faham kenapa Qatar menyokong Ikhwan silalah baca:

  • David Roberts (2014) Qatar, the Ikhwan, and the Transnational Relations in the Gulf
Copy

Penulis: Ayman Rashdan Wong

Seorang pegawai pentadbir diplomatik di sektor kerajaan. Rajin berkongsi tentang ilmu politik dan ekonomi di status Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.