Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Info Mudah Apa Itu CCRIS? 5 Langkah Bagi CCRIS Cantik

Kalau nak melabur dalam hartanah, mesti tahu apa itu CCRIS. Sebabnya, ianya mempunyai kaitan dengan pinjaman yang bakal dibuat. Kalau CCRIS tidak…

KewanganKemas kini terakhir: 21 Oktober 2017oleh Fauzi Ahmad
Gambar berkaitan CCRIS dan rekod kredit untuk pinjaman bank

Ringkasan Kunci

  • CCRIS ialah kredit report disimpan oleh Bank Negara
  • Maklumat pinjaman dengan institusi kewangan berdaftar ada dalam CCRIS
  • Rekod CCRIS yang tidak cantik menyukarkan kelulusan pinjaman
  • Bayar hutang tepat pada tarikh untuk jaga rekod CCRIS

Kalau nak melabur dalam hartanah, mesti tahu apa itu CCRIS. Sebabnya, ianya mempunyai kaitan dengan pinjaman yang bakal dibuat. Kalau CCRIS tidak cantik.Suakr juga. Nah, artikel ini bercerita tentang apa itu CCRIS. Semoga tips tentang CCRIS ini membantu untuk pelabur.

CCRIS

Imej via imoney

CCRIS adalah kredit report yang disimpan oleh bank negara Semua maklumat pinjaman kita dengan institusi kewangan yang berdaftar ada dalam CCRIS. Jaga CCRIS macam kita jaga buku report masa sekolah dulu-dulu. Kalau dapat E, dakwat merah balik mesti kena bebel dengan mak ayah Sama juga dengan CCRIS, kalau lewat bayar pinjaman, rekod tak cantik. Bila rekod tak cantik bank susah nak bagi pinjaman.  

Cara Bagi CCRIS Cantik

“Loan tuan tak lulus sebab CCRIS tak cantik”- Ayat ni paling kita tak nak dengar bila apply loan untuk beli rumah kan? Duit booking dah bayar, sekali banker bagitau loan tak lulus sebab CCRIS tak cantik. CCRIS tak cantik sebab tak jaga hutang dengan bank. Saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu mencantikkan CCRIS kita. (1) Dapat gaji bayar dulu semua hutang-hutang dengan bank. (2) Tulis dateline bila tarikh perlu bayar semua hutang. Pastikan kita tidak bayar hutang melepasi dateline tersebut. (3) Masukkan amaun semua hutang ke dalam satu akaun khas dan bayar hutang dari akaun tersebut supaya tak terlepas pandang. (4) Dapatkan rekod CCRIS setiap tahun supaya kita tahu bagaimana pattern bayaran hutang kita. (5) Jika plan nak beli rumah, jaga bayaran hutang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum apply loan.

Rilsonav / Pixabay

Bank sekarang agak memilih. Pastikan kita sediakan rekod yang cantik kepada bank supaya loan kita mudah lulus. Semoga bermanfaat. SHARE jika tuan-puan suka tips ni!