Tahukah anda, dewasa ini mahasiswa juga mempunyai masalah kewangan seperti mereka yang sudah berkerjaya. Sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dulu lagi masalah ini sudah wujud namun sejak akhir-akhir ini ia menjadi semakin meruncing. Jom kami kongsikan 5 punca masalah kewangan di kalangan mahasiswa di negara Malaysia.

Sumber: Afterschool

1. Kos sara hidup yg tinggi

Punca utama masalah kewangan di kalangan mahasiswa adalah kos sara hidup yang tinggi. Pada hari ini segala-galanya memerlukan wang dan disebabkan oleh semuanya mahal, maka para mahasiswa mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan mereka. Lebih-lebih lagi bagi mahasiswa yang tidak tinggal di dalam kampus. Bayangkan berapa mahal harga bilik sewa yang perlu mereka bayar setiap bulan.

Belum lagi termasuk kos pengangkutan dari rumah sewa ke kampus. Selalunya harga rumah sewa berdekatan kawasan kampus adalah agak tinggi berbanding rumah yang agak jauh, namun rumah yang jauh memerlukan kos pengangkutan yang lebih mahal malah akan mengambil masa yang lama untuk menghadiri kuliah.

Selain kos perumahan dan pengangkutan, mahasiswa juga bergelut dengan perbelanjaan berikut:

  1. Makan-minum
  2. Buku teks, buku rujukan, fotostet nota
  3. Kos kajian

2. Duit dihabiskan untuk gaya hidup

Jika ramai mahasiswa kita bergelut dengan masalah kewangan disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi, ada juga mahasiswa yang mempunyai masalah kewangan bukan disebabkan tekanan hidup namun disebabkan oleh pilihan sendiri. Ada mahasiswa yang tersalah langkah dalam hidup dengan berbelanja mengikut kehendak, memilih gaya hidup diluar kemampuan, malah terikut-ikut dengan kawan-kawan seperti:

  1. Menghabiskan duit untuk membeli telefon bimbit model terbaru. Setiap semester, apabila masuk duit pinjaman atau biasiswa, ianya digunakan untuk membeli telefon bimbit model terbaru. Ia adalah masalah utama di kalangan mahasiswa.
  2. Bercuti di dalam dan luar negeri. Apabila tiba cuti semester, ada mahasiswa yang menghabiskan cuti dengan bercuti di destinasi menarik sama ada dalam atau luar negara menggunakan duit pinjaman atau biasiswa. Kesudahannya, duit mereka habis begitu sahaja.
  3. Ada juga mahasiswa yang terpengaruh dengan rakan sebaya untuk membeli pakaian berjenama yang bukan murah harganya.
  4. Beg tangan berjenama. Kenapa mahasiswa perlukan beg tangan berjenama? Supaya nampak gah di media sosial atau di kalangan kawan sekuliah.
  5. Jam berjenama juga menjadi punca masalah kewangan di kalangan mahasiswa.
  6. Makan di tempat mahal. Sebut sahaja apa makanan atau minuman yang viral, pasti akan dikunjungi. Ini juga menjadi punca masalah kewangan di kalangan mahasiswa.
  7. Kereta yang tidak diperlukan. Tahukah anda bahawa hari ini ramai mahasiswa yang mempunyai kereta? Malah pihak bank ada menyediakan pakej pinjaman khas untuk patra mahasiswa. Memiliki kereta semasa belajar adalah di antara punca masalah kewangan di kalangan mahasiswa kerana kereta memerlukan kos lain seperti minyak, tol, dan penjagaan.
Sumber: Libur

3. Tidak pandai untuk mengurus dan merancang kewangan

Dalam usia yang muda dan baru nak mengenal dunia, kebanyakan mahasiswa tidak pandai untuk merancang dan mengurus kewangan sendiri. Inilah puncanya kenapa mereka berbelanja melebihi yang sepatutnya. Jika dibiarkan, ianya akan berlarutan sehingga kea lam bekerja di mana gaji yang masuk tidak dapat menampung perbelanjaan setiap bulan lalu mengakibatkan bebanan hutang keliling pinggang.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk para mahasiswa mengetahui cara mengurus dan merancang kewangan yang baik.

4. Penggunaan kad kredit tanpa had

Jangan pelik jika kami katakana bahawa pada hari ini golongan mahasiswa juga sudah memiliki kad kredit. Usia muda yang belum matang di mana mereka tidak pandai untuk menguruskan kewangan dengan baik, ditambah pula dengan pengaruh rakan sebaya serta gaya hidup moden yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi menyebabkan ramai mahasiswa yang menyalahgunakan kad kredit.

Sudahnya, mereka dibebani oleh hutang kad kredit yang mempunyai peratus faedah yang tinggi. Apabila mereka tidak mampu untuk membayar hutang kad kredit tersebut mereka akan diiyshtiharkan sebagai muflis dan disenaraihitamkan. Apabila nama sudah memasuki senarai muflis dan senarai hitam, masa depan dalam kerjaya akan terjejas. Ia bukanlah sesuatu yang patut dipandang ringan.

5. Hutang baru untuk menutup hutang lama

Pernah dengar istilah gali lubang tutup lubang? Ia adalah keadaan di mana seorang mahasiswa membuat hutang baru semata-mata untuk menyelesaikan hutang yang lama. Sebagai contoh, apabila seorang mahasiswa tidak mampu untuk membayar hutang kad kredit yang banyak dengan peratus faedah yang tinggi, dia memutuskan untuk membuat pinjaman baru untuk membayar hutang kad kredit bagi mengelakkan daripada diisyhtiharkan sebagai muflis dan disenarai hitamkan.

Masalah kad kredit sudah selesai, namun muncul pula masalah hutang baru. Kini mahasiswa tadi terpaksa menyelesaikan hutang baru. Jika dia tidak mampu untuk membayar hutang baru, ada kebarang kalian yang dia akan membuat hutang baru pula bagi membayar hutang tadi. Begitulah seterusnya, kitaran yang sama akan berulang.

Ia bukan sahaja akan menjejaskan tahap kewangan individu tersebut malah akan mencipta satu patent dalam hidup. Apabila mahasiswa tadi memasuki alam pekerjaan, dia akan terus dibelenggu oleh hutang dan akan sentiasa berhutang demi kelangsungan hidup adalah agak mustahil untuk dia merasai hidup bebas hutang selagi patent yang dicipta tidak dihentikan.

Itulah dia info tentang 5 punca masalah kewangan mahasiswa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pengurusan kewangan yang bijak dan buku pengurusan kewangan

Sumber:

1. Youcandoitsite

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.