Bakal menjelang sesuatu perayaan dalam bulan tertentu, pastinya pembayaran gaji akan diawalkan.

Apa lagi, melonjak-lonjak rasa hati bila teirma gaji lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.

Tapi, jangan pula lupa diri berbelanja sakan sampai lupa gaji untuk bulan seterusnya masih jauh. Jangan dah kering poket baru nak beringat.

Apa yang patut anda lakukan terutamanya penjawat awam apabila menerima gaji lebih awal?

Gaji awal

Imej via humansourceonline

Mari ikuti perkongsian daripada Tuan Harith Faisal berikutan penerimaan gaji yang lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.

#1. Sediakan Tabung Perayaan

Kalau dah tau ada perayaan, buatlah tabung perayaan 6 bulan lebih awal. Kau takda kalender ke sampai boleh tak ingat?

Katakan kau perlu RM1,200 belanja perayaan. Simpan RM200 setiap bulan selama 6 bulan. Sama juga kalau kau nak bawak anak-anak pergi bercuti, rancang bajet dan buat simpanan awal.

2. Buat simpanan kecemasan.

Ini khas untuk kau yang selalu sedar last minute. Sebulan sebelum perayaan baru perasan duit tak cukup. Jadi, kau gunalah simpanan kecemasan tu sikit. Fungsi lain tabung ni, kau boleh guna masa kecemasan la. Haha!

#3. Buat-Buat Lupa

Dah dapat gaji awal tu, kau buat-buat tak tau sudahlah. Kau anggap je yang gaji kau masuk macam biasa, 25 hari bulan. Susah sangat ke nak buat-buat lupa? Tiba saja 25 hari bulan, barulah kau mula usik gaji tu.

Untuk orang yang teliti menguruskan kewangan dia, gaji masuk awal macam mana pun, tak efek apa-apa pun kat dia.

Itulah pentingnya financial education. Setiap tahun hadapi benda yang sama tapi ada juga yang tak ambil pengajaran.

Penulis: HarithFaisal

HarithFaisal

Berkongsi tip hartanah santai terutamanya untuk 'freshgraduate', motivasi kewangan sempoi & rahsia tarik 60,000 follower dalam 12 bulan. Penulis buku Hipster Hartanah dan juga Bajet Power.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.