Setiap kejayaan ada pengorbanan yang perlu dilakukan pada usia yang muda. Anak muda yang ingin berjaya memerlukan banyak pengorbanan kerana itu adalah kunci kejayaan. Antara contoh pengorbanan yang di lakukan semasa usia remaja adalah hidup berdikari di asrama, pergi sambung pengajian ke peringat yang tinggi di tempat yang jauh-jauh dan cari pengalaman bekerja sambilan.

Pengorbanan-pengorbanan ini kedengaran agak sukar untuk dibuat tetapi ia memberikan kesan yang positif kepada diri kita. Hal ini kerana, ia dapat membantu kita untuk berdikari di usia yang muda tanpa pertolongan ibu bapa dan dapat belajar daripada kesilapan kita sendiri. Perkara-perkara ini dapat mematangkan pemikiran kita. Ini baru pengorbanan ketika zaman remaja.

Apabila masuk ke alam pekerjaan, banyak pengorbanan yang kita perlu lakukan untuk mencapai impian yang diimpikan. Apakah pengorbanan-pengorbanan tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 pengorbanan anak muda untuk berjaya. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via guardingtheline

7 Pengorbanan anak muda untuk berjaya

1. Ikat perut, berjimat-cermat dan pandai uruskan kewangan. Mereka berjimat-cermat jika berbelanja. Duit makan sehari pun tak lebih 20 ringgit.

2. Dorang menyimpan lebih daripada 10% -30% gaji bulanan. Masa bujang dorang force saving. Separuh gaji simpan dan melabur untuk dijadikan deposit rumah.

2. Tak membuat hutang yang tak perlu. Contohnya pembiayaan peribadi untuk kenduri kahwin. Cukuplah buat semampu mungkin.

3. Bayar balik penuh setiap bulan jika guna kad kredit.Tak sampai tunggakan dua tiga bulan. Kalau kau tak mampu bayar balik baki hutang kad kredit setiap bulan, tu bererti kau dah terlebih berbelanja.

5. Hidup di bawah kemampuan. Jika naik gaji ataupun dapat bonus, kau kenalah simpan ataupun melabur. Ini dapat bonus enjoy sakan. Tukar telefon terus. Beli barang berjenama sampai tak sempat menyimpan.

6. Tambahkan pendapatan. Dorang bijak cari pendapatan sampingan. Ada jadi ejen takaful, ejen hartanah. Hari minggu buat runner dan GrabCar.

7. Tangguhkan kehendak. Sapa tak ingin pergi travel luar negara. Tapi dorang tangguhkan kehendak tersebut. Pakai kereta pun kereta tempatan je. Tak macam kau, alergik pakai kereta tempatan. Nak beli kereta import mewah je.

*Kesimpulannya, tanpa pengorbanan kita tidak akan dapat untuk mencapai impian yang kita impikan. Setiap pengorbanan yang kita lakukan memberi kesan positif kepada diri kita dan dalam pada masa yang sama kita dapat belajar daripada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan sebelum ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.