Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Apa Itu Nilai Muka (Face Value)?

Nilai muka, istilah yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, "face value" merupakan nilai nominal atau nilai dolar untuk sesuatu…

negeri-sembilanKemas kini terakhir: 25 Mac 2020oleh safwanrazali
Ilustrasi konsep nilai muka (face value) dalam pelaburan saham dan bon.

Ringkasan Kunci

  • Nilai muka ialah nilai nominal atau dolar sesuatu sekuriti ketika diterbitkan
  • Dikenali juga sebagai nilai par atau par
  • Bagi saham, ia merujuk kepada kos asal saham yang dinyatakan di dalam sijil
  • Bagi bon, ia ialah jumlah yang dibayar kepada pemegang bon semasa tempoh matang
  • Harga bon pada pasaran kedua berubah mengikut kadar faedah

Nilai muka, istilah yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “face value” merupakan nilai nominal atau nilai dolar untuk sesuatu sekuriti pada ketika sekuriti itu diterbitkan. Bagi sebuah saham pula, nilai muka merujuk kepada kos asal saham yang dinyatakan di dalam sijil. Manakala bagi bon pula, nilai muka adalah jumlah yang dibayar kepada pemegang bon semasa tempoh matang (biasanya $1,000). Nilai muka juga turut dikenali sebagai nilai par atau par. Untuk lebih jelas lagi, dalam pelaburan bon, nilai muka atau nilai par biasanya merujuk kepada jumlah yang dibayar kepada pemegang bon semasa tempoh matang, dengan andaian bahawa penerbit bon tidak mungkir (default). Walau bagaimanapun, harga bon pada pasaran kedua berubah-ubah mengikut kadar faedah. Sebagai contoh, sekiranya kadar faedah lebih tinggi daripada kadar kupon bon, bon tersebut dijual pada diskuan, iaitu di bawah par. Sebaliknya, jika kadar faedah lebih rendah berbanding kadar kupon bon, bon tersebut dijual pada premium, bermakna di atas par.

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.