Anda suka membeli secara online? Seakrang ini keanyakkan transaksi dibuat secara online.

Tetapi awas, ada juga yag scammer sahaja.

Penulisan Amir Syahir ini mungkin membantu cara mengesan bahawa peniaga tersebut adalah scammer atau tidak.

Cara Menyemak Scammer Peniaga Online

Kepada kaki shopping atas talian, sila ambil perhatian ye.

Penting buat pembeli atas talian untuk menyemak sama ada penjual tersebut menipu ataupun tidak.

Sekarang ni ramai pembeli online yang tertipu dengan penjual-penjual yang tak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan. Kebanyakan pembeli yang sering ditipu adalah mereka yang baru nak membeli secara atas talian.

Kawan aku sendiri pernah kena tipu dekat RM5000 sebab urusan pembelian secara online ni.

Daripada terkena tipu, korang dinasihatkan membuat penyemakan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran menggunakan laman sesawang berikut:

➡ http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Masuk je nombor akaun bank penjual tersebut dan jika penjual itu pernah menipu orang lain, ada report polis yang telah dibuat.

Laman sesawang ini adalah dibawah selian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Penipu online ni ramai yang bijak. Modus operandi sentiasa bertukar. Mereka akan menggunakan nombor akaun bank orang lain contohnya akaun bank isteri, adik beradik dan sebagainya. Jadi, kau kena la lebih berhati-hati. Jangan sampai dah terkena tipu barulah nak sibuk nak siasat bagai.

Semak Scammer Online 2017

Jika tiada laporan akan dimaklumkan macam ni.

Semak Scammer Online 2018

Jika ada laporan polis dibuat berkaitan akaun bank tersebut, amaran akan diberikan.

Semak Scammer Online

Laman utama. Masukkan nombor akaun dan Captcha. Tekan semak maklumat.

Imej via Facebook

 

Tips Agak Tidak Tertipu Apabila Membeli Secara Online

Walaupun tiada rekod laporan polis dibuat, korang kena ambil langkah berhati-hati juga.

Antaranya;

1. Lihat gambar profile Facebook/Instagram sama ada guna gambar betul atau gambar haiwan, pokok dan sebagainya. Pastikan itu akaun betul bukannya akaun palsu.

2. Baca komen-komen ataupun testimoni daripada pelanggan-pelanggan yang lain.

3. Search nombor telefon penjual, akaun bank di FB ataupun Google.

4. Cuba buat COD (Cash On Delivery) bagi barang yang berharga melebihi RM500.00

5. Jangan buat pembayaran jika nama penjual tidak sama dengan nombor akaun banknya jika itu akaun bank persendirian. Jika akaun bank syarikat, dapatkan nombor SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) syarikat itu.

6. Kalau barang elektronik, beli sahaja dekat kedai. Dapat test dulu. Kalau beli online, masa sampai ke kau tu rosak susah dah nak tukar balik. Jika nak beli online juga, tanya juga pasal waranti kerosakan.

7. Tanya pendapat keluarga/kawan-kawan kau jika ingin membeli barang dekat penjual online jika pembelian berharga beribu ringgit.

Kepada yang pernah kena tipu. Buat la laporan polis. Supaya penipu online ini susah sikit nak menipu orang nanti. Orang lain pun tak akan terkena lagi.

Ayuh sama-sama klik SHARE & TAG untuk memberi kesedaran kepada semua pembeli online untuk mengelakkan meraka terkena tipu. Jika kau tak terkena tipu, mungkin adik beradik kau, tunang, pakwe makwe, saudara mara, kau akan terkena nanti.

Moga manfaat. Kah!

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.