Bon boleh panggil atau “callable bond”, atau dikenali juga sebagai bon boleh tebus merupakan satu bon yang mana penerbit bon boleh tebus sebelum ia mencapai tempoh matang yang dinyatakan. Bon boleh panggil membolehkan syarikat penerbit bon untuk menyelesaikan hutangnya lebih awal.

Sesebuah syarikat boleh memilih untuk menebus bon mereka jika kadar faedah pasaran bergerak ke arah yang memberansangkan dan akan membolehkan mereka untuk membuat pinjaman pada kadar yang lebih memberikan manfaat. Bon boleh panggil juga memberi faedah kepada pelabur kerana kebiasaannya mereka menawarkan kadar faedah atau kadar kupon yang menarik atas sebab sifat bon itu yang boleh ditebus.

Cara Bon Boleh Panggil Berfungsi

Bon boleh panggil merupakan instrumen hutang di mana penerbit bon mempunyai hak untuk memulangkan bayaran pokok (principal) pelabur dan menghentikan pembayaran faedah sebelum tarikh matang bon tersebut. Syarikat penerbit boleh mengeluarkan bon untuk menambah dana atau untuk membayar hutang-hutang lain.

Sekiranya mereka menjangkakan kadar faedah pasaran akan jatuh, mereka boleh mengeluarkan bon boleh panggil. Bon ini membolehkan mereka untuk menebus awal bon tersebut dan melindungi pembiayaan lain pada kadar yang lebih rendah. Penawaran bon akan menetapkan syarat-syarat tentang bila syarikat mungkin memanggil semula bon tersebut. Bon boleh panggil atau tebus biasanya  dibeli pada nilai yang melebihi sedikit nilai hutang. Semakin cepat atau awal bon dipanggil, semakin tinggi nilai belinya.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.