Sebelum kita boleh membuat pembelian kaunter saham di Bursa Malaysia, pelabur mestilah mempunyai CDS account (Central Depository System) dan trading account terlebih dahulu dengan mana-mana broker saham yang ada di Malaysia.

Secara umumnya, ada dua jenis broker  samaada Islamic atau Non Islamic. Apa perbezaan ke kedua-dua broker ini?

Apabila kita membuka Akaun Islamik di Bursa Saham, pelabur hanya boleh membeli kaunter-kaunter saham patuh shariah sahaja . Berbeza dengan Non Islamic yang mana pelabur boleh membeli kedua-duanya.

Sebagai pelabur muslim, kita disarankan untuk buka akaun Islamik untuk mengelakkan kita terjebak atau terbeli kaunter-kaunter tak patuh shariah. Lagi-lagi, ada akaun non Islamic yang menjanjikan interest (riba) bagi baki duit yang terdapat dalam trading account.

Jika anda ingin melabur dalam saham, anda memerlukan seorang broker saham. Seperti yang kita tahu, broker saham akan melakukan penjualan dan pembelian sebenar saham-saham untuk pihak anda.

broker saham

Imej via Pixabay

Broker menyediakan sistem atau dikenali sebagai platform untuk pelanggan mereka berurusan. Bukan setakat membeli, pelabur yang aktif akan berdagang saham menggunakan platform ini.

Dengan teknologi canggih dan akses internet yang meluas, pelanggan tak perlu lagi ke pejabat broker untuk mengakses sistem. Akses di komputer masing-masing atau gunakan aplikasi di telefon pintar. Sangat mudah.

Selepas membuka akaun CDS, seorang wakil broker menjadi pegawai hubungan. Beliau yang menjaga akaun. Tugasnya juga menguruskan tambahan dana ke akaun dagangan (trading account) dan menjelaskan (clearing) transaksi beli (buy) dan jual (sell).

Syarikat broker ini ada kumpulan penyelidikan. Kumpulan ini adalah pakar dan menganalisis saham dengan pelbagai teknik advance. Setiap hari wakil broker yang mengendalikan akaun saya akan berikan kemas kini melalui whatapps tentang berita penting dalam pasaran.

Kalau bernasib baik, broker turut berikan senarai kaunter (saham) yang berpotensi. Cuba bayangkan. Ada 900 barang yang dijual. Mana satu barang yang bagus dan boleh dibeli? Senarai ini sekurang-kurangnya beri panduan untuk pelabur mengkaji saham berpotensi. Tidak semestinya kita akan beli saham itu.

Cara Memilih Broker Saham

Namun begitu, memilih broker bukan senang seperti memilih seseorang yang mengenakan caj terendah walaupun ia adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan. Berikut adalah perkara yang perlu dititik beratkan ketika ingin memilih broker.

Perlu Tahu Yuran Broker Saham. Pilih Yang Berpatutan

Broker saham tidak membuat kerja secara percuma atau buat amal untuk anda.  Apabila anda membeli atau menjual saham, broker-broker saham akan mengenakan yuran

Bagi pelabur baru pasti  dana anda agak terhad. Anda perlu mengambil kira setiap sen yang dikeluarkan.

Oleh itu ia mungkin lebih baik untuk anda mengambil broker-broker dengan yuran terendah. Elakkan menggunakan perkhidmatan broker yang mengenakan caj agak tinggi. Mungkin ada perkhidmatan-perkhidmatan yang anda mungkin tidak akan gunakan.

Contohnya seperti berikut: Perbezaan antara broker yang mengenakan caj 0.1% kepada anda dan broker yang mengenakan caj 0.6% adalah RM250 jika anda membeli atau menjual saham-saham yang bernilai RM50,000.

Pendahuluan Tunai (Cash Upfront) atau Akaun-Akaun Kolateral (Collateralised Accounts)

Broker anda mungkin menawarkan anda pilihan akaun Pendahuluan Tunai atau akaun Kolateral, atau kedua-duanya sekali apabila  membuka akaun perdagangan saham, . Bagi Pendahuluan Tunai, yuran brokerage lazimnya adalah lebih rendah. Namun perdagangan anda selalunya lebih terhad kepada jumlah deposit dalam akaun amanah.

Contohnya jika anda mempunyai RM100 dalam akaun amanah anda, anda boleh memperdagangkan saham-saham bernilai RM100.

Bagi Akaun Kolateral, yuran brokerage anda adalah lebih tinggi. Namun had dagangan adalah berkali ganda daripada jumlah yang didepositkan atau ditetapkan kepada akaun amanah anda.

Tidak kira jenis seorang pelabur apakah anda, pastikan anda memilih seorang broker yang menawarkan akaun yang sesuai dengan strategi pelaburan anda.

Baki Minimum

Ini peringatan untuk anda. Sesetengah broker-broker saham berkeras yang anda depositkan dan kekalkan baki minimum dalam akaun amanah anda untuk memperdagangkan saham-saham.

Jumlah mungkin dalam linkungan serendah RM1,000, ke RM10,000 atau lebih. Jika anda mempunyai dana yang terhad untuk tujuan pelaburan, pilihan terbaik anda ialah pilihan minimum terenda.  Anda juga boleh membuat pilihan yang tiada syarat minimum.

Panduan Lain Memilih Broker

Platform Perdagangan Dalam Talian

Walaupun ada sesetengah pelabur-pelabur yang terus bekerjasama rapat dengan ejen broker saham atau remisier untuk tujuan perdagangan saham. Ramai pelabur-pelabur generasi baru tidak beralih ke platform perdagangan dalam talian untuk memerhati dan mengurus sendiri aktiviti-aktiviti perdagangan mereka.

Jika anda dalam kategori kedua ini, tidak rugi bagi anda untuk melihat dan mengkaji forum-forum dalam talian dan lihat pendapat orang lain mengenai perdagangan dalam talian dengan broker pilihan anda. Perlu diingatkan bahawa gangguan perkhidmatan talian yang kerap adalah tidak baik apabila ia melibatkan wang anda.

Cara Mengeluarkan Wang

Semestinya di dalam pelaburan saham akan melibatkan wang. Tidak kira samada anda untung atau rugi. Anda perlu memikir bagaimana anda mahu mengeluarkan wang dari akaun perdagangan saham anda.

Bagi unit broker bank ia amat mudah. Hanya melibatkan panggilan telefon  atau menekan butang dalam talian untuk memindahkan wang ke akaun simpanan yang berkaitan atau akaun semasa.

Namun bagi firma broker, proses tersebut mungkin mengambil masa agak lebih lama. Proses ini melibatkan perangkaan, proses perbankan dan pelepasan cek-cek ke dalam akaun anda.

Walaupun anda akan mendapat wang anda dengan salah satu cara tersebut, cara cepatnya pengeluaran adalah berbeza. Ini mungkin satu perkara yang besar bagi pelabur-pelabur tertentu.

Reputasi dan Kepercayaan Kepada Broker Saham

Pelaburan saham melibatkan wang. Jika ada wang pasti akan melibatkan kepercayaan. Anda pasti memilih broker yang mempunyai reputasi yang baik. Sudah pasti anda mahu bekerja dengan orang yang anda percaya.

Setiap kepercayaan pasti akan ada hasilnya. Apabila anda memberi kepercayaan kepada sebuah syarikat dengan jumlah wang yang besar, anda perlu selalu berusaha keras memastikan sama ada syarikat tersebut boleh dipercayai. Unit-unit broker bank lazimnya boleh dipercayai di mana mereka adalah sebahagian daripada bank-bank tersebut.

Namun ini tidak menyifatkan yang syarikat-syarikat broker, terutamanya syarikat-syarikat besar, tidak boleh diharapkan. Mungkin pendekatan terbaik adalah dengan bertanyakan pedagang saham yang mantap mengenai broker yang digunakan. Tetapi jika anda tidak mempunyai hubungan sedemikian, ingat bahawa Internet adalah rakan anda.

Senarai Broker Yang Menawarkan Islamic Trading Account

  1.  BIMB Securities
  2.  Maybank Investment Bank
  3.  CIMB Securities
  4.  Affin Hwang Capital
  5.  AmInvestment Bank
  6.  RHB Investment Bank
  7.  Kenanga
  8.  Jupiter Securities
  9.  Malacca Securities
  10.  Hong Leong Investment Bank
  11.  TA Securities

Penutup

Broker mempunyai tugas yang tertentu. Mereka ini juga mempunyai caj-caj pembrokeran yang berbeza-beza, jadi pilihlah broker anda dengan sebaik-baiknya.

Perlu juga memerhati faktor lain seperti kemudahan Trading Platform, adanya aplikasi telefon pintar yang baik, laporan penyelidikan komprehensif yang disediakan, dan tidak lupa kepada remisier yang baik hati yang banyak membantu.

Rujukan

Asri Ahmad Academy

iMoney

 

 

 

 

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.