Nilai intrinsik merupakan nilai sebenar sesebuah syarikat atau sesuatu aset berdasarkan persepsi tersirat (underlying asset) nilai sebenarnya, termasuklah semua aspek perniagaan, dari segi faktor ketara dan tidak ketara. Nilai ini mungkin berbeza daripada nilai pasaran semasa.

Para pelabur nilai menggunakan pelbagai teknik analisis untuk menganggarkan nilai intrinsik sekuriti  dengan harapan untuk mendapatkan pelaburan yang mana nilai sebenar pelaburan melebihi nilai pasaran semasanya.

Sebagai contoh, para pelabur nilai yang menggunakan analisis asas melihat kepada kedua-dua aspek perniagaan iaitu, kualitatif (model perniagaan, pentadbiran, faktor pasaran sasaran, dan lain-lain) dan kuantitatif (nisbah, analisis penyata kewangan, dan lain-lain) untuk melihat sama ada perniagaan tersebut memihak kepada pasaran dan berpotensi untuk mempunyai nilai lebih daripada penilaian semasa.

Selain itu, nilai intrinsik di dalam opsyen beli merupakan perbezaan harga saham tersirat dan harga sepakat (strike price). Manakala untuk opsyen jual, nilai intrinsik merupakan perbezaan harga sepakat  dan harga saham tersirat. Dalam kedua-dua opsyen, sekiranya perbezaan di antara kedua-dua harga adalah negatif, nilai intrinsik akan dinyatakan sebagai sifar.

Nilai intrinsik sesuatu opsyen merupakan bahagian “dalam wang” (in-the-money) daripada premium  opsyen tersebut. Sebagai contoh, sekiranya harga sepakat sesuatu opsyen jual adalah RM15 dan harga pasaran saham tersirat adalah RM25, maka nilai intrinsik opsyen jual itu adalah RM10. Sesuatu opsyen biasanya tidak pernah bernilai kurang daripada apa yang pemegang opsyen boleh terima sekiranya opsyen tersebut dilaksanakan.

Jemput juga baca apa itu saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.