Penyata pendapatan merupakan satu penyata kewangan yang mengukur prestasi kewangan sesebuah syarikat pada satu tempoh perakaunan tertentu. Prestasi kewangan dinilai dengan merumuskan bagaimana perniagaan tersebut memperoleh hasil dan menanggung perbelanjaan untuk aktiviti-aktiviti operasi mahupun bukan operasi.

Penyata pendapatan juga menunjukkan keuntungan atau kerugian bersih yang diperoleh atau ditanggung dalam satu tempoh perakaunan tertentu, biasanya suku fiskal ataupun tahun. Penyata pendapatan juga dikenali sebagai penyata untung atau rugi  ataupun penyata hasil dan perbelanjaan.

Selain itu, penyata pendapatan merupakan salah satu daripada tiga penyata kewangan yang penting. Penyata lain adalah penyata perakaunan dan penyata aliran tunai. Penyata pendapatan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian operasi dan bahagian bukan operasi.

Bahagian penyata pendapatan yang berkenaan dengan bahagian butiran operasi adalah menarik kepada para pelabur dan penganalisis kerana bahagian ini mendedahkan maklumat berkenaan hasil dan perbelanjaan yang merupakan hasil lansung daripada operasi perniagaan biasa. Sebagai contoh, sekiranya perniagaan menghasilkan kelengkapan sukan, bahagian operasi akan menyatakan tentang hasil dan perbelanjaan yang digunakan dalam penghasilan kelengkapan sukan tersebut.

Bahagian bukan operasi pula mendedahkan maklumat tentang hasil dan perbelanjaan berkenaan aktiviti-aktiviti yang tidak terikat secara lansung dengan operasi biasa syarikat. Sebagai contoh, sekiranya syarikat kelengkapan sukan tersebut menjual kilang ataupun beberapa kelengkapan lama, maklumat ini akan dimasukkan ke dalam bahagian bukan operasi penyata pendapatan.

Baca juga tentang buku saham dan belajar saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.