“Buy side” merupakan satu bahagian di dalam institusi Wall Street yang cenderung untuk membeli sebahagian besar sekuriti untuk tujuan pengurusan wang seperti dana-dana bersama, dana-dana persaraan dan firma-firma insurans. Bahagian “buy side” adalah bahagian yang berlawanan dengan bahagian “sell side”,  di mana “sell side” menyediakan penyelidiakn atau kajian dan cadangan untuk proses-proses naik taraf (upgrades), proses-proses turun taraf (downgrades), harga-harga sasaran dan pendapat kepada pasaran awam. Dengan itu, “buy side” dan “sell side” membentuk dua bahagian institusi Wall Street.

Sebagai contoh, penganalisis “buy side” kebiasaannya bekerja di firma-firma atau syarikat-syarikat bukan broker seperti dana bersama atau dana persaraan dan menyediakan kajian atau penyelidikan serta cadangan semata-mata hanya untuk manfaat pengurus kewangan syarikatnya sendiri. Ianya berbeza dengan pelabur individu.

Tidak seperti cadangan daripada “sell side”, yang mana cadangan daripada “sell side” ditujukan kepada orang ramai, cadangan daripada “buy side” tidak dibuka atau ditujukan kepada sesiapa di luar firma atau syarikat. Malah, sekiranya seorang penganalisis “buy side” menemui satu formula, visi atau pendekatan yang berfungsi, ianya akan dirahsiakan daripada orang-orang yang luar dari firma atau syarikat.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.