Bagi warga kota Kuala Lumpur, perkhidmatan rel kini menjadi pilihan. Dengan laluan LRT yang lebih efisen menyebabkan mereka suka dengan perkhidmatan rel.

laluan LRT

Imej via Google

Di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat, rangkaian rel terus menjadi tunjang sistem pengangkutan awam sedia ada dan masa depan Malaysia.

Penggunaan rel juga mencatatkan peningkatan tertinggi di antara semua mod pengangkutan awam bandar berdasarkan statistik penumpang daripada pengendali rel.

Dua dekad lepas, dalam bulan Disember 1996, perkhidmatan STAR LRT dilancarkan, sekali gus mencetus fenomena baru dalam transformasi rel urban negara.

Dijulang sebagai mod pengangkutan awam utama untuk Sukan Komanwel 1998, yang menjadi antara temasya sukan terbesar pernah dianjurkan Malaysia.  Perkhidmatan STAR LRT, yang kini beroperasi secara rasmi di bawah identiti Rapid KL LRT Laluan Ampang, membuka era baru dalam sistem pengangkutan awam negara.

Bermula dengan fasa pertama daripada Ampang ke Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.  Ia disusuli pula dengan pembukaan fasa kedua pada 11 Julai 1998 untuk menghubungkan Sri Petaling ke Sultan Ismail.

Ini sekali gus menyediakan perkhidmatan LRT yang serba moden dan lancar untuk temasya Sukan Komanwel 1998 khususnya ke Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil.

Laluan LRT Ampang berkenaan dilengkapkan sepenuhnya dengan penyambungan jajaran ke Sentul Timur pada 6 Disember 1998. Sebelum dipanjangkan lagi ke Putra Heights pada pertengahan tahun.  Terus dikenali sebagai Laluan LRT Sri Petaling di bawah penstrukturan yang diumumkan oleh Rapid Bus tahun ini.

Disokong dengan rangkaian PUTRA LRT pada 1998 dan KL Monorel pada 2003, perkhidmatan rel Rapid KL, yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, berkembang maju. Turut menjadi tulang belakang kepada pembaharuan dalam sistem pengangkutan awam negara.

Laluan LRT Terus Berkembang

Perkhidmatan LRT melangkah masuk ke era baru apabila Pelan Transformasi Kerajaan atau ‘Government Transformation Plan’ (GTP) diperkenalkan.

Diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 2009, GTP memperkenalkan Pelan Induk Tranformasi. Pelan ini yang menyenaraikan sebilangan inisiatif-inisiatif besar.

Inisiatif ini termasuk penyambungan jajaran kedua-dua LRT Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya di samping pembelian tren-tren LRT dan monorel baru.

Untuk LRT Laluan Ampang, 50 set tren enam gerabak dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co, China bagi menggantikan 30 tren yang ada sekarang.  Di samping menambah 20 set lagi bagi memantapkan operasi selaras dengan penyambungan jajaran yang dibuka sepenuhnya ke Putra Heights pada 30 Jun 2016.

Transformasi rel urban di bawah Rapid Rail bukan sekadar penyambungan jajaran.  Tetapi turut meliputi penaikan taraf fasiliti di stesen-stesen.

Pada bulan September 2009, kerja-kerja menaik taraf fasiliti di stesen-stesen LRT Laluan Ampang untuk mengikuti piawaian akses universal bagi kemudahan golongan kurang upaya atau OKU.

Tren-tren baru enam gerabak mula dibawa masuk pada 30 Oktober 2015 apabila fasa pertama LEP LRT Laluan Ampang dibuka. Dan; pada tanggal bersejarah 1 Disember 2016, Rapid Rail menggunakan sepenuhnya tren-tren baru enam gerabak AMY.

Tren baru ini untuk LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling apabila sistem pengisyaratan ‘Communication Based Train Control’ selesai sepenuhnya.

Laluan LRT, Monorel dan MRT Terkini

Laluan LRT, monorel dan MRT merupakan kemudahan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat .Projek ini membawa manfaat kepada berjuta penduduk Lembah Klang bagi menikmati pengalaman perjalanan yang mudah dan selesa.

Laluan LRT

LRT atau sistem Transit Aliran Ringan disediakan dan dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn. Bhd. Terdapat 3 laluan yang melibatkan LRT.

Laluan Ampang (Ampang – Sentul Timur ), Laluan Sri Petaling (Putra Heights – Sentul Timur) dan Laluan Kelana Jaya (Putra Height – Gombak ).

LRT Laluan Ampang melibatkan 18 stesen. Bagi LRT Laluan Sri Petaling pula melibatkan 29 stesen. Manakala LRT Laluan Kelana Jaya melibatkan 37 iaitu antara yang terpanjang dalam laluan LRT.

laluan lrt

KL Monorail

kl monorel

Monorel merupakan sistem transit awam bandar yang menghubungkan destinasi-destinasi utama di kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur. Bagi laluan KL Monorail, ia melalui laluan KL Sentral – Titiwangsa.

Monorel menawarkan cara mudah untuk bergerak dalam bandar kerana ia meliputi daerah komersil, pekerjaan dan pusat membeli-belah.

Sistem KL Monorel yang sepanjang 8.6km mempunyai 11 stesen dari KL Sentral di Brickfields, melalui pusat perdagangan Kuala Lumpur, dan berakhir di Stesen Titiwangsa di Jalan Tun Razak.

Mass Rapid Transit (MRT)

MRT Lembah Klang (KVMRT) adalah salah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia setakat ini.

Projek ini disenaraikan sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Projek ini akan mendorong integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar.

KVMRT Sungai Buloh – Kajang (KVMRT Laluan 1) bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang.

Laluan sepanjang 51km ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk KVMRT Laluan 1 dijangkakan setiap 3.5 minit.

laluan monorel dan MRT

Segala jadual perjalanan dan tambang serta info berkaitan laluan LRT boleh layari laman sesawang MyRapid.

Semoga Laluan LRT Terkini ini boleh dijadikan panduan dalam merancang perjalanan menggunakan LRT di Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.