Adakah geografi subjek kegemaran anda semasa di sekolah dulu? Salah satu daripada topik yang menarik ialah jenis bentuk muka bumi. Jom lihat 12 jenis bentuk muka bumi yang ada di dunia. Menarik!

Sumber: Catchingtravels

1. Bukit

Bukit adalah kawasan tanah tinggi yang terletak diatas plat bumi. Lapisan batu-batuan bukit tidak bercantum dengan plat bumi menjadikan bukit tidak kukuh dan boleh runtuh atau bergerak apabila berlaku pergerakan bumi. Bukit yang runtuh atau bergerak akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan boleh mengorbankan nyawa serta menyebabkan berlakunya kerosakan kepada harta-benda.

2. Busut

Busut pula adalah tanah yang melonggok seperti bukit tetapi lebih rendah. Busut bukan kejadian alam. Ia dibina oleh binatang dan manusia.

3. Gunung

Gunung adalah bukit besar yang menonjol keluar dari lapisan plat bumi dengan ketinggian melebihi 1500 kaki dari atas laut atau  457.2 meter. Gunung adalah kukuh kerana ia bercantum terus dengan plat bumi. Gunung boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  • Gunung berapi yang berasal dari lapisan bumi yang lebih dalam, panas, dan cair serta boleh mengeluarkan lahar.
  • Gunung batu-batan biasa yang terbentuk akibat lipatan dan pertembungan plat-plat bumi lalu menolak batu-batan ke atas dan membentuk gunung.

4. Batu

Batu adalah bahan galian pepejal bukan logam. Batu boleh dibahagikan kepada 3 asal kejadian iaitu:

  • Dari magma, perut bumi atau muntahan gunung berapi yang mengeras.
  • Disebabkan tindak balas organic,  material, atau kimia yang menyebabkan batu terbentuk.
  • Perubahan tekanan dan suhu melampau yang menukarkan sifat batu ini ke satu sifat yang lain seperti berlian.

5. Tanah Tinggi

Tanah tinggi merujuk kepada kawasan datar yang luas terletak ditempat tinggi yang boleh dijadikan penempatan manusia seperti Cameron Highlands.

6. Banjaran

Banjaran adalah kawasan pergunungan yang mempunyai beberapa puncak gunung di atas satu permatang yang sama. Banjaran adalah dirian sejajar dengan kedudukan gunung sejajar secara berterusan seperti Banjaran Titiwangsa yang sejajar di tengah-tengah Semenanjung Malaysia . Banjaran berlaku disebabkan oleh pelanggaran tektonik dan gelinciran plat yang berlaku didalam perut bumi.

7. Permatang

Permatang juga dikenali sebagai rabung. Ia merupakan puncak bagi tebing yang menyambungkan gunung-gunung. Biasanya kita akan menyusuri permatang apabila mendaki gunung atau hiking.

Sumber: Selangorkini

8. Genting

Genting merujuk kepada jalan di celah bukit yang berlaku apabila ada permatang yang putus. Ia adalah banjaran yang terputus disebabkan kejadian alam atau dibuat oleh manusia. Contoh genting yang ada di Malaysia:

  • Rekahan bumi
  • Laluan air
  •  Genting Sempah disebabkan pembinaan jalan

9. Pelana Bukit

Pelana bukit adalah batu  teras kepada bukit. Ia adalah batu keras di tengah bukit. Perhatikan bukit yang digondolkan untuk tujuan kemajuan, akan ada batu batu keras di tengah bukit tersebut. Untuk pengetahuan anda,  tanah bukit tu asalnya adalah batu. Ia menjadi tanah disebabkan oleh proses luluhawa yang berlaku. Batu keras di tengah bukit atau pelana bukit adalah batu yang belum habis di proses luluhawa. Ia masih dalam keadaan batu.

10. Susuh Bukit

Susuh bukit adalah rabung bukit yang menganjur. Ia berlaku disebabkan kejadian bukit-bukau yang beralun-alun. Susuh adalah rabung di sekeliling bukit. Berbeza dengan gunung yang berdiri tegak sendiri tanpa rabung. Bukit akan mempunyai susuh bukit yang beralun-alun dan sangat cantik jika dilihat dari udara. Susuh bukit adalah di antara bentuk muka bumi yang paling cantik untuk dilihat.

11. Tebing

Tebing merujuk kepada lereng yang wujud pada gunung atau bukit. Tebing boleh wujud dalam bentuk:

  • Jurang yang curam.
  • Jurang pada tepi atau pinggir  gunung dan bukit, gaung, dan sungai yang dalam.

Biasanya tebing adalah lebih tegak daripada lereng dan tidak boleh dilalui seperti tebing.

12. Tubir

Bentuk muka bumi yang terkahir ialah tubir iaitu tebing  yang curam dan dalam. Tubir boleh wujud di daratan dan juga di lautan. Tubir boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

  • Tubir pantai
  • Tubir lautan
  • Tubir gunung

Tubir pantai bermaksud garisan pemisah di antara daratan dan laut. Jika kita biasa pergi ke pantai, mula-mula kita akan jumpa pasir pantai. Kemudiannya gigi air. Jika kita teruskan berjalan ke dalam air, kita akan jumpa slope yang lebih dalam daripada gigi air. Itulah yang dipanggil sebagai tubir di mana daratan berkahir dan lautan bermula.

Tubir laut pula dikira sebagai bahagian laut yang paling dalam. Tubir yang paling popular ialah Tubir Vitiaz di Jurang Mariana dengan kedalaman 11,034 meter. Tubir Trisete dengan kedalaman 1,0918 meter terletak di sebelah Tubir Vitiaz. Kebanyakan tubir-tubir ni berada di Laut Sulu bersempadan di antara Filipina dan Saba.

Tubir Gunung adalah puncak tertinggi di gunung tersebut. Sesetengan gunung mempunyai banyak puncak. Contohnya Gunung Kinabalu yang mempunyai pelbagai puncak seperti South Peak, Dankey Ears, St John’s dan Low’s. Yang mana satu tubir gunung untuk Gunung Kinabalu? Pastinya puncak yang paling tinggi dan duduk di bahagian paling atas. Yang lain-lain hanyalah puncak gunung biasa.

Itulah dia info  tentang jenis bentuk muka bumi yang sebenarnya ada yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tentang fakta menarik dunia dan kisah Mahsuri

Rujukan:

1. Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi. Corerepublic

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.