Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar iaitu:

  • Pencemaran udara yang berlaku disebabkan oleh pembebasan bahan kimia merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida ke dalam atmosfera.
  • Pencemaran air yang mengubah kandungan, keadaan dan warna, dan bau sungai, tasik, dan longkang.
  • Pencemaran tanah iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanah dan menyebabkan berlakunya pertukaran warna, kesuburan dan kejadian hakisan.
  • Pencemaran radioaktif yang bermaksud berlakunya pelepasan bahan radioaktif.
  • Pencemaran bunyi yang  melebihi 80 dB.
  • Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
  • Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) secara berlebihan.
  • Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia.
  • Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.

Terdapat pelbagai punca pencemaran alam sekitar. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah seperti berikut:

1. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi

Ramai yang tak tahu bahawa punca pencemaran alam sekitar boleh belaku disebabkan oleh faktor semulajadi. Ia adalah pencemaran yang berada diluar kawalan manusia. Di antara faktor semulajadi yang boleh menyebabkan pencemaran ialah:

  • Letupan gunung berapi yang menyebabkan berlakunya jerebu dan perubahan iklim.
  • Ribut taufan yang menyebabkab kerosakan harta-benda dan alam sekitar.
  • Gempa bumi  yang menyebabkan kerosakan harta-benda.
  • Tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa.
  • Banjir yang menyebabkan berlakunya kerosakan secara besar-besaran kepada landskap, kerosakan harta-benda, dan menyebabkan sampah-sarap berselerakan di merata tempat. Malah ia juga menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa.
  • Air pasang akan menjejaskan mereka yang tinggal berhampiran dengan persisiran pantai. Ia boleh menyebabkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa.

2. Asap

Asap yang dibebaskan ke udara boleh menjadi punca pencemaran udara. Asap yang keluar dari kilang-kilang perindustrian dan ekzos kenderaan kedua-duanya menyumbang kepada tahap pencemaran udara yang teruk di negara kita. Asap yang dibebaskan oleh kilang dan ekzos kenderaan mengandungi gas-gas beracun seperti gas monoksida yang boleh menjejaskan alam sekitar dan dalam masa yang sama menjejaskan kesihatan terutamanya mereka yang mempunyai masalah asma. Selain itu, asap kenderaan juga menghasilkan plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat berbahayadan  boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya kepada kanak-kanak.

3. Pembuangan sisa toksik

punca pencemaran alam sekitar
Sumber: Natgeo

Punca pencemaran yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik. Ada pihak bertanggung jawab yang memilih jalan singkat dalam kerja pelupusan sisa toksik iaitu dengan cara membuang di merata tempat bagi mengurangkan kos. Pembuangan sisa toksik sama ada di daratan atau ke dalam air akan menyebabkan pencemaran yang teruk. Ia akan menjejaskan alam sekitar dan menyebabkan kematian kepada binatang dan manusia.

4. Pembuangan sampah di merata tempat

Pembuangan sampah di merata tempat juga adalah punca pencemaran alam sekitar yang telah berlaku sejak dulu lagi. Masalah ini bukan sahaja berlaku di bandar besar malah berleluasa sehingga ke kampung dan kawasan hutan. Lihat sahaja di tepi-tepi jalan. Banyak kawasan yang menjadi pusat pelupusan sampah haram akibat manusia yang tidak bertanggung jawab.

5. Tumpahan minyak

Tumpahan minyak boleh berlaku secara sengaja atau disebabkab oleh kemalangan. Tumpahan minyak secara sengaja berlaku apabila ada individu tidak bertanggung jawab membuang minyak ke kawasan tidak sepatutnya seperti sungai atau tasik. Tumpahan minyak secara tidak sengaja berlaku disebabkan oleh perlanggaran di antara kapal di tengah laut lalu menyebabkan minyaknya tumpah ke laut. Tumpahan minyak akan menyebabkan haiwan akuatik mati. Malah manusia yang termakan ikan yang tercemar juga boleh jatuh sakit.

6. Pembuangan sisa industri dan kebun

Penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur pastinya sudah biasa dengan masalah bekalan air terputus disebabkan oleh pencemaran sungai akibat pembuangan sisa industri ke sungai oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Di antara sisa industri yang biasa dibuang ke dalam sungai ialah:

  • Minyak
  • Cat
  • Sisa kumbahan dari ladang ternakan babi, ayam, dan itik
  • Air kumbahan
  • Racun rumpai
  • Racun serangga

7. Kerja pembinaan

Kerja pembinaan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Apabila cerucuk ditanam ke dalam tanah, atau kerja pemusnahan dilakukan, pastinya ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi yang kuat. Bunyi yang kuat bukan sahaja akan menyakitkan telinga malah ia akan menyebabkan gangguan psikologi akibat ketidak selesaan dalam tempoh yang lama.

8. Industri perkilangan besi

Industri perkilangan besi biasanyakan akan menyebabkan penceraman bunyi yang teruk kepada kawasan persekitaran memandangkan ia melibatkan kerja berat yang menghasilkan bunyi bising. Itulah sebabnya kenapa kilang berat seperti kilang besi biasanya dibuka di kawasan yang jauh dari penempatan dan orang ramai.

9. Radiasi

Masalah pencemaran radiasi boleh berlaku jika berlakunya kebocoran pada alat elektronik seperti:

  • Bateri
  • Komputer
  • Kalkulator

Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh debu radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor atom atau nuklea yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan berlakunya:

  • Radiasi alpha, beta, dan gamma.
  • Kerosakan sel dalam badan.
  • Pencemaran tanah.
  • Menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan.

10. Kebakaran hutan

Sumber: Theguardian

Kebakaran hutan juga boleh menjadi punca pencemaran alam sekitar. Asap hitam yang dihasilkan akan mencemarkan udara lalu menyebabkan jerebu. Ia juga menyebabkan suhu persekitaran naik secara mendadak serta menyebabkan kematian kepada haiwan dan tumbuhan. Kesihatan manusia juga terjejas disebabkan oleh kebakaran hutan.

Itulah dia info  tentang punca pencemaran alam sekitar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang punca kepupusan harimau malaya dan punca masalah kewangan selepas berkahwin.

Rujukan:

1. Diari Pencemaran

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.