Jika anda suka membaca dan mencari ilmu pengetahuan yang baru, pastinya anda teringin untuk mengetahui tentang fakta menarik dunia yang lucu, pelik, kelakar  dan menakutkan. Istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan 10 fakta menarik dunia yang pastinya membuatkan anda terhibur.

1.  Negara paling tua di dunia: Mesir

Tahukah anda? Mesir adalah negara paling tua yang wujud di dunia. Menurut catatan sejarah, tamadun Mesir telah wujud sejak 3100 sebelum Masihi. Piramid-piramid yang ada di Mesir telah dibina sejak ribuan tahun yang lalu dan sehingga kini para pengkaji masih kagum dengan teknologi hebat yang digunakan untuk membina piramid pada zaman dahulu. Setiap hari ada saja penemuan baru yang dijumpai setiap hari. Tamadun Mesir sememangnya memberikan banyak impak kepada ketamadunan moden dunia.

Pada hari ini Mesir merupakan pusat perlancongan tumpuan pelancong dari seluruh dunia yang datang untuk melihat kehebatan piramid yang masih berdiri gah sehingga kini. Di antara piramid yang paling popular ialah Piramid Giza.

2. Jalan raya paling unik di dunia: Guam

Kebiasannya jalan raya dibuat dari tar hitam untuk menurap batu kerikil yang ditabur diatas jalan. Ini adalah standard biasa untuk pembinaan jalan raya. Namun di Guam, mereka cuma mempunyai terumbu karang. Oleh itu, mereka menggunakan hablur daripada karangan dan minyak untuk membuat jalan raya. Jalan raya di sana berfungsi seperti jalan raya lain di dunia.

3. Negara banyak kambing biri-biri: Kepulauan Falklands, United Kingdom

Jika sebut tentang lembu susu, pastinya secara automatik kita akan terbayangkan New Zealand. Di mana ada banyak lembu susu berwarna hitam putih yang meragut di padang rumput yang segar di sana. Jika kami tanya kepada anda, negara mana yang mempunyai kambing biri-biri terbanyak di dunia bolehkah anda meneka dengan betul?

Jawapan bagi soalan di atas ialah Kepulauan Falklands yang terletak di United Kingdom. Menurut rekod, pulau ini mempunyai populasi kambing biri-biri terbesar di dunia iaitu sebanyak 350 ekor kambing biri-biri bagi setiap seorang. Boleh anda bayangkan?

4. Negara paling banyak zon waktu: Perancis

Sumber: Travelbyinterest

Perancis atau secara rasminya dikenali sebagai Republik Perancis ialah sebuah negara yang terletak Eropah Barat. Negara ini terdiri daripada pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang berbeza dan mempunyai12 zon waktu iaitu zon waktu paling banyak dalam sebuah negara.  Perancis mendahului senarai negara-negara yang mempunyai paling banyak zon waktu di dunia, diikuti oleh Amerika Syarikat sebanyak 11 zon waktu dan Rusia dengan 9 zon waktu.

5. Negara yang memiliki risiko kesan pemanasan global paling tinggi: Maldives

Tahukah anda bahawa Maldives adalah negara yang memiliki risiko pemanasan global yang paling tinggi di dunia. Maldives terdiri daripada gagasan pulau dan kebanyakan pulau di Maldives adalah sangat rendah dan dekat dengan air. Menurut rekod, ketinggian di atas paras lautnya adalah lebih kurang ketinggian seorang lelaki biasa. Jika pemanasan global berterus, ais di kutub akan mencair dan menyebabkan paras air laut dunia naik. Akibatnya Maldives akan tenggelam ditelan air laut.

Maldives adalah sebuah negara yang sangat cantik dengan pulau-pulau yang indah. tak hairanlah kalau ia mendapat jolokan syurga dunia. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar agar Maldives tidak tenggelam disebabkan oleh pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais secara besar-besaran di kutub utara dan kutub selatan.

6. Negara dengan penduduk paling ramai obes di dunia: Nauru

Nauru adalah sebuah negara  republik yang terletak di lautan Pasifik. Tahukah anda, selain memegang rekod sebagai negara republic terkecil di dunia, ia juga memegang rekod sebagai negara dengan penduduk obes paling tinggi di dunia memandangkan makanan di republik ini kebanyakannya berlemak tinggi.

7. Negara banyak tasik di dunia: Kanada

Info menarik dunia yang seterusnya ingin kami kongsikan ialah negara yang mempunyai tasik terbanyak di dunia. Untuk pengetahuan anda, Kanada ialah negara yang mempunyai bilangan tasik paling banyak di dunia iaitu sebanyak 3 juta tasik. Malah rekod menunjukkan bahawa jumlah tasik di Kanada meliputi 60% tasik di dunia. Bagi mereka yang kaki pancing pastinya akan berasa bahagia jika dapat menetap di Kanada.

8. Negara yang tidak mempunyai sungai: Arab Saudi

Boleh anda bayangkan sebuah negara yang langsung tidak mempunyai sungai mengalir di dalamnya? Arab Saudi adalah negara yang tidak mempunyai sungai. Sebab itulah hari ini mereka mempunyai teknologi saliran bekalan air tercanggih di dunia untuk mendapat bekalan air. Selain itu mereka juga mempunyai teknologi untuk menggali bekalan air daripada takungan bawah tanah. Pastinya penduduk di Arab Saudi lebih menghargai air berbanding kita yang mempunyai bekalan air yang melimpah-ruah.

9. Negara paling kecil di dunia: Monaco

Mungkin selama ini anda menyangka bahawaVatican City adalah negara paling kecil di dunia. Namun anda sebenarnya tersilap. Menurut rekod dunia, Vatican City tidak layak untuk mendapat gelaran negara terkecil kerana ia tidak mempunyai penduduk tetap. Negara paling kecil di dunia ialah Monaco yang mempunyai sistem raja dan populasi penduduk seramai 37,800 orang dengan keluasan negara 2 kilometer persegi.

10. Negara paling banyak bahasa: Papua New Guinea

Bahasa rasmi di Papua New Guinea ialah bahasa inggeris namun hanya sebahagian kecil penduduk rakyatnya yang boleh bertutur dalam bahasa itu. Terdapat  800 bahasa yang digunakan di sini dan ia merangkumi 12% daripada jumlah bahasa yang ada di seluruh dunia.

Itulah dia info tentang  biodata 10 fakta menarik dunia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pemenang Mimaland dan kisah Mahsuri

Rujukan:

1. Perancis. Wikipedia

2. 25 Fakta Pelik Tapi Menarik Negara-Negara Di Dunia. Mynewshub

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.