Eye bag dan lingkaran hitam bawah mata bukan perkara remeh bagi seorang wanita. Ia boleh menjejaskan keyakinan diri. Penat juga kalau sentiasa perlu touch up bedak di bawah mata bagi memastikan eye bag tidak terlalu menyerlah. Jom lihat 10 tips dan petua cara menghilangkan eye bag yang boleh anda cuba.

1. Pastikan tidur dalam keadaan muka yang bersih

Setiap malam, sebelum tidur pastikan muka anda bersih dari sebarang solekan. Cuci muka dengan bersih sehingga semua bedak, lipstik, mascara, dan pemerah pipi tiada lagi diwajah. Tidur dengan muka yang masih bersolek akan menyebabkan anda mempunyai masalah eye bag dan akan menjadi semakin teruk jika anda membiarkannya.

2. Cold compress

Tips hilangkan eye bag yang seterusnya ialah dengan menggunakan teknik cold compress. Anda boleh beli jel yang dijual di kedai atau boleh juga gunakan alatan yang ada di rumah seperti:

  • Sudu besi yang disejukkan
  • Hirisan timun yang disejukkan
  • Ketulan kiub ais
  • Bungkusan sayuran sejuk beku.

Tekapkan pada mata dan tekan perlahan. Eye bag anda akan berkurangan dan terus hilang.

3. Uncang teh

Uncang teh yang telah digunakan adalah sangat berguna untuk menghilangkan eye bag anda. Kandungan kafein di dalam teh mengandungi anti oksidan yang tinggi dan boleh meningkatkan perjalanan darah di kulit anda lalu mengatasi masalah eye bag. Caranya ialah:

  • Ambil uncang teh yang sudah digunakan.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Perah lebihan air dari uncang teh sehingga kering.
  • Lekapkan pada mata.
  • Biarkan ia selama 15-30 minit.
  • Cuci sehingga bersih.

Selepas ini jangan buang uncang teh yang sudah digunakan. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Apabila perlu, ambil saja uncang teh tadi dan guanakan untuk menghilangkan eye bag anda.

4. Essential oil

Minyak pati atau essential oil boleh digunakan untuk menghilangkan eye bag. Bahan-bahan yang ada perlukan ialah:

  • 1 titis minyak lavender
  • 1 titis minyak lemon
  • 1 titis minyak kamomil
  • 1 sudu teh air

Caranya mudah saja. Anda campurkan kesemua bahan tadi di dalam sebuah bekas dan kacau sehingga sebati. Kemudian sapukan minyak tadi di kawasan eye bag anda sebelum tidur.  Urut dengan lembut. Biarkan semalaman. Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang diingini.

5. Minum air secukupnya

Nak mata yang bebas dari eye bag? Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Pakar mencadangkan 8 gelas air sehari. Jika cuaca panas, anda perlu minum lebih banyak air memandangkan anda kehilangan lebih banyak cecair dari tubuh badan. Begitu juga sekiranya anda selalu berada di luar bangunan dan terdedah kepada sinaran matahari yang terik.

6. Tinggikan bantal

Tips untuk menghilangkan eye bag yang seterusnya ialah dengan cara meninggikan bantal semasa tidur. Apabila anda meninggikan bantal, secara automatic aliran darah anda akan bergerak dengan baik sepanjang anda tidur. Ini kerana aliran darah yang tidak baik semasa anda tidur adalah di antara punca masalah eye bag, terutamanya di kalangan wanita.

Sumber: V10plus

7. Tidur yang berkualiti

Tidur yang tidak cukup adalah di antara punca utama masalah eye bag. Jika anda inginkan mata yang cantik tanpa eye bag dan lingkaran hitam, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap hari. Seorang dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 sehingga 8 jam sehari. Pernah dengar istilah “Beauty Sleep”? Ia bukanlah omong kosong. Kalau nak cantik, tidurkah secukupnya setiap hari.

8. Minyak badam

Kajian menunjukkan bahawa minyak badam mampu menghalang kerosakan pada kulit akibat terdedah dengan cahaya matahari dalam masa yang terlalu lama. Kandungan Vitamin E dalam minyak badam boleh mengurangkan kesan eyebag. Jika anda mempunyai minyak badam, bolehlah amalkan cara berikut:

  • Sapukan minyak badan pada keliling mata sebelum tidur.
  • Urut perlahan supaya minyak meresap ke dalam kulit.
  • Biarkan semalaman.

Selain untuk mengatasi masalah eye bag, minyak badam juga boleh disapukan pada rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat dan cantik berkilat. Anda juga boleh sapu pada seluruh tubuh badan untuk mendapatkan kulit yang lembut dan halus.

9. Anti histamine

Ada sesetengah orang yang mengalami masalah eye bag disebabkan oleh masalah radang atau bengkak. Jika anda mempunyai eye bag disebabkan oleh masalah ini, dalam masa yang sama anda juga akan mengalami masalah mata berair, merah dan berasa gatal. Jika anda mengalami keadaan tersebut, sila berjumpa doktor untuk medapatkan anti histamine iaitu ubat anti radang.

10. Kurangkan garam

Pengambilan garam secara berlebihan dalam diet seharian akan menyebabkan anda mempunyai masalah eye bag kerana garam akan menyebabkan pengekalan cecair dalam badan dan menyebabkan kulit anda nampak bengkak. Kulit di kawasan mata anda juga akan membengkak lalu menyebabkan berlakunya masalah eye bag. Mengurangkan garam dalam makanan bukan sahaja akan mengatasi masalah eye bag yang anda alami, malah ia juga akan membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.

Sumber: Medicalnewstoday

Itulah dia info  tentang cara menghilangkan eye bag yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara meningkatkan metabolisma dan cara turunkan berat badan yang berkesan.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.