Anda suka minum air Coca Cola? Anda tahu tentang sejarah terciptanya Coca Cola? Kalau tak tahu, hari ini kami akan kongsikan tentang sejarah syarikat air coca cola bermula. Selepas ini tiap kali anda minum air Coca Cola, tidaklah anda tertanya-tanya lagi bagaimana air kegemaran ramai ini boleh wujud di dunia.

Sumber: Pixels

Terciptanya air Coca Cola

Air Coca Cola telah dicipta oleh seorang ahli farmasi yang bernama John Stith Pemberton. Beliau berasal dari Columbus, Georgia, Amerika Syarikat. Pada asalnya beliau telah mencipta wain yang dibuat daripada koka yang diberi nama Pemberton’s French Wine Coca pada tahun 1884. Beliau mendapat ilham dari Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dicipta oleh Angelo Mariani. Pemberton’s French Wine Coca yang asal dihasilkan dengan kandungan alkohol didalamnya.

Namun tidak lama kemudian Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan rang undang-undang yang melarang jualan minuman keras. Lalu Pemberton mencipta versi baru kola wain Perancis tanpa alkohol dan diberikan nama baru iaitu Coca Cola.  Coca Cola versi pertama  mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan dengan perasa kola dan mengandungi kafein. Ia tidak mengandungi gas dan dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu tersebut.

Pemberton mendakwa bahawa Coca Cola dapat mengubati pelbagai penyakit seperti ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit kepala, dan mati pucuk. Namun sayangnya Coca Cola yang pertama cuma terjual dengan purata sebanyak sembilan gelas sehari sahaja lalu Pemberton mula mengiklankan produknya didalam jurnal.

Coca Cola mula berkembang

Pada tahun1887 Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler. Perbadanan Coca Cola ditubuhkan pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan iaitu J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Dalam masa yang sama Charley Pemberton iaitu anak kepada Pemberton yang merupakan penagih alkohol menjual Coca Cola versi sendiri. Apa yang menakjubkan, pada waktu tersebut terdapat 3 versi Coca-Cola dijual di pasaran lalu menyebabkan para pelanggan menjadi keliru.

Sumber: Supertalk

Untuk mengatasi kekeliruan yang berlaku, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama “Coca-Cola” adalah kepunyaan Charley iaitu anaknya sahaja. Dua pengilang yang lain menjual Coca Cola dengan resepi yang sama namun dengan nama yang lain. Namun kedua-dua jenama yang baru gagal dijual selaris jenama Coca Cola lalu menyebabkan Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama Coca Cola pada akhir 1888. Candler juga bertindak membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker.

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua iaitu The Coca-Cola Company dan mula memasarkan produk Coca Cola secara agresif. Namun jualan Coca Cola hanyalah suam-suam kuku. Coca Cola mula dijual dalam botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada tahun 1955. Ia tidak lagi dijual dari dispenser soda seperti sebelumnya.

Perang Dunia Kedua dan Coca Cola

Apabila perang dunia kedua meletus dan Amerika Syarikat menyertai perang tersebut, Syarikat Coca Cola memberikan minuman percuma kepada askar-askar Amerika Syarikat. Malah Tentera Amerika Syarikat mengizinkan kakitangan-kakitangan Coca Cola memasuki baris hadapan peperangan sebagai “Pegawai Teknik”. 

Coca Cola mula membina kilang pembotolan di luar negeri bagi memastikan minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar yang sedang berperang. Selepas perang tamat, Coca Cola menjadi popular kerana menjadi sebutan para tentera yang pulang ke rumah masing-masing. Kilang-kilang Coca Cola yang dibina di luar negara terus beroperasi untuk pasaran tempatan.

Logo Coca Cola Klasik

Pada tahun 1985, Coca Cola telah menukar resepi agar dapat bersaing dengan Pepsi. Pengeluaran resepi yang baru tersebut telah mencetuskan tetidak puasan hati di kalangan pencinta Coca Cola yang asal yang melobi agar  rumusan Coca Cola yang asal dibebaskan kepada orang awam. Bantahan yang berlaku menyebabkan syarikat terpaksa menjual semula Coa Cola resepi asal dengan nama Coca Cola Klasik pada 10 Julai 1985.

Penaja sukan

Coca Cola sangat sinonim dengan tajaan sukan. Menurut catatan sejarah, syarikat Coca Cola telah menjadi penaja buat sukan-sukan berikut:

  • Sukan Olimpik yang pertama di dunia iaitu  Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam
  • Coca Cola terus menjadi penaja Sukan Olimpik sehingga hari ini
  • FIFA. Sejak tahun 1978, Coca Cola menjadi penaja setiap Piala Dunia FIFA dan pertandingan FIFA yang lain.
  • Piala Nextel NASCAR Nextel Cup
  • Besbol Liga Utama (Major League Baseball)
  • Liga Bola Sepak Nasional (National Football League)
  • Persatuan Bola Keranjang Nasional (National Basketball Association)
  • Liga Hoki Nasional (National Hockey League)

Sehingga hari ini Coca Cola dianggap sebagai wakil Amerika ke luar negara. Coca Cola sangat sinonim dengan Amerika Syarikat dan rakyat mereka yang berada di luar negara sangat bangga apabila berjumpa produk Coca Cola di seluruh dunia. Sehingga hari ini juga Coca Cola terus bersaing sengit dengan musuh utama mereka iaitu Pepsi. Jadi, anda pilih yang mana? Coca Cola atau Pepsi?

Sumber: Pinterest

Itulah dia info  tentang sejarah terciptanya Coca Cola yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sejarah mata wang Malaysia dan sejarah penubuhan Tabung Haji.

Rujukan:

1. Wikipedia

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.