Jom belajar apa itu inflasi dan punca inflasi.

Inflasi merupakan sebuah ukuran kuantitatif kadar di mana paras harga purata sesebuah kumpulan barangan dan perkhidmatan terpilih di dalam ekonomi meningkat dalam beberapa tempoh masa. Ianya merupakan peningkatan pada paras umum harga di mana satu unit matawang membeli kurang daripada jumlah yang boleh dibelinya pada tempoh sebelum kenaikan harga.

Inflasi yang biasanya dinyatakan di dalam bentuk peratusan menunjukkan penurunan dalam kuasa beli sesebuah matawang negara. Selain itu, inflasi adalah berbeza dengan deflasi, di mana deflasi berlaku apabila harga menurun.

Penerangan Inflasi

Apabila harga meningkat, satu unit matawang kehilangan nilai oleh kerana ia membeli barangan dan perkhidmatan dengan lebih sedikit. Kehilangan kuasa beli ini menjejaskan kos kehidupan orang awam yang mana pada akhirnya akan membawa kepada penurunan dalam pertumbuhan ekonomi.

Pakar-pakar ekonomi telah bersependapat bahawa inflasi yang mampan berlaku apabila pertumbuhan penawaran wang sesebuah negara mengatasi pertumbuhan ekonominya.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak kewangan yang bertanggungjawab untuk sesebuah negara seperti bank pusat perlu mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengekalkan atau memastikan inflasi berada pada paras yang selamat dan memastikan ekonomi berjalan dengan lancar.

Selain daripada itu, inflasi diukur dengan pelbagai kaedah bergantung kepada jenis-jenis barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dan berbeza dengan deflasi yang mana deflasi menunjukkan penurunan umum yang berlaku dalam harga barangan dan perkhidmatan apabila kadar inflasi menurun bawah 0%.

Punca-Punca Inflasi

Kenaikan harga merupakan punca kepada inflasi, walau bagaimanapun, inflasi juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor yang berbeza. Dalam konteks punca kepada inflasi, inflasi dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu inflasi tarikan permintaan (demand-pull inflation), inflasi desakan harga (cost-push inflation) dan inflasi terbina (built-in inflation).

1. Inflasi tarikan permintaan

Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila keseluruhan permintaan barangan dan perkhidmatan di dalam sesebuah ekonomi meningkat dengan lebih cepat berbanding kemampuan pengeluaran ekonomi. Ini mewujudkan perbezaan di antara permintaan dan penawaran dengan permintaan yang lebih tinggi dan penawaran yang lebih rendah, yan mana menyebabkan harga-harga yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, apabila negara-negara pengeluar minyak membuat keputusan untuk mengurangkan pengeluaran minyak, penawaran minyak berkurang. Hal ini akan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi, yang mana membawa kepada kenaikan harga dan menyumbang kepada inflasi.

Selain itu, peningkatan di dalam penawaran wang di dalam sesebuah ekonomi juga membawa kepada inflasi. Dengan lebih banyak wang yang dimiliki oleh individu, pertimbangan pengguna positif membawa kepada perbelanjaan yang lebih tinggi. Perbelanjaan yang tinggi ini akan membawa kepada peningkatan permintaan dan akan membawa kepada peningkatan harga.

Penawaran wang boleh ditingkatkan oleh pihak-pihak kewangan yang bertanggungjawab sama ada dengan mencetak dan mengeluarkan lebih banyak wang kepada individu-individu, ataupun dengan menurunkan nilai (mengurangkan nilai) matawang. Di dalam kes-kes peningkatan permintaan, wang kehilangan kuasa belinya.

2. Inflasi desakan harga

Inflasi desakan harga merupakan hasil daripada kenaikan harga-harga input proses pengeluaran. Input-input yang dimaksudkan adalah seperti kenaikan harga tenaga kerja untuk menghasilkan sesuatu barangan atau untuk menyediakan sesebuah perkhidmatan ataupun kenaikan harga bahan-bahan mentah. Perkara ini menyebabkan kos yang lebih tinggi dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan dan menyumbang kepada inflasi.

3. Inflasi terbina

Inflasi terbina merupakan punca ketiga inflasi yang berkait dengan jangkaan penyesuaian. Apabila harga barangan dan perkhidmatan meningkat, tenaga kerja menjangka dan meminta bayaran atau gaji yang lebih tinggi untuk menampung perbelanjaan hidup mereka. Peningkatan gaji mereka menyebabkan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan, dan lingkaran harga upah ini terus berterusan di mana satu faktor memberi kesan kepada satu faktor lain dan begitu juga sebaliknya.

Secara teorinya, monetarisme mewujudkan hubungan di antara inflasi dan penawaran wang sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, selepas Sepanyol menakluk empayar Aztec dan Inca, satu jumlah emas dan terutamanya perak yang sangat besar telah memasuki ekonomi Sepanyol dan negara-negara Eropah yang lain. Oleh kerana penawaran wang meningkat dengan mendadak, harga pula meningkat dan nilai wang pula jatuh, yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi.

Imej via iLabur

Langkah Mengawal Inflasi

Penyelia kewangan sesebuah negara menggalas tanggungjawab penting dalam memastikan inflasi sentiasa dipantau. Ianya dilakukan dengan melaksanakan langkah-langkah menerusi polisi kewangan, yang merujuk kepada tindakan bank pusat atau suruhanjaya yang lain yang menentukan saiz dan kadar pertumbuhan penawaran wang.

Di Amerika Syarikat, matlamat polisi kewangan Persekutuan adalah termasuk kadar faedah jangka panjang yang sederhana, kestabilan harga dan peluang pekerjaan yang maksimum, dan setiap matlamt ini bertujuan untuk mendorong sebuah persekitaran kewangan yang stabil. Rizab Persekutuan menyampaikan matlamat inflasi jangka panjang dengan jelas untuk mengekalkan inflasi jangka panjang yang stabil, yang mana membantu untuk mengekalkan kestabilan harga.

Kestabilan harga ataupun paras inflasi yang tetap membenarkan perniagaan-perniagaan merancang untuk masa hadapan oleh kerana mereka (perniagaan-perniagaan) sudah mengetahui apa yang mereka boleh jangkakan. Perkara ini juga membenarkan kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang maksimum, yang ditentukan oleh faktor-faktor bukan kewangan yang berubah-ubah dari masa ke semasa dan oleh itu tertakluk kepada perubahan.

Atas sebab ini, kerajaan tidak menetapkan matlamat khusus untuk peluang pekerjaan yang maksimum, dan sebahagian besar daripadanya ditentukan melalui penilaian. Peluang pekerjaan yang maksimum tidak bermaksud sifar pengangguran, ini kerana pada mana-mana tempoh masa terdapat tahap ketidaktentuan tertentu apabila individu berhenti kerja dan memulakan pekerjaan baru.

Pihak berkuasa kewangan juga mengambil langkah-langkah yang luar biasa dalam keadaan ekonomi yang ekstrem. Sebagai contoh, berikutan krisis kewangan 2008, kerajaan Amerika Syarikat telah menetapkan kadar faedah hampir kepada sifar dan melancarkan program membeli bon yang dipanggil pelonggaran kuantitatif (quantitative easing / QE), yang mana sekarang ini telah tidak diteruskan lagi.

Sesetengah pihak mengkritik program tersebut dan mendakwa ia akan menyebabkan peningkatan inflasi terhadap dolar Amerika Syarikat, namun begitu, inflasi memuncak pada tahun 2007 dan menurun secara tetap untuk lapan tahun berikutnya. Terdapat banyak sebab yang kompleks untuk menjelaskan mengapa “QE” tidak mengakibatkan inflasi ataupun hiperinflasi (hyperinflation). Namun begitu, penerangan paling mudah adalah kemelesetan itu sendiri merupakan sebuah lingkungan deflasi yang sangat menonjol, dan “QE” menyokong kesan-kesannya.

Oleh itu, penggubal-penggubal dasar Amerika Syarikat telah berusaha untuk mengekalkan inflasi pada tahap yang tetap iaitu sekitar 2% setahun. Bank Pusat Negara-Negara Eropah juga telah melaksanakan “QE” yang agresif untuk melawan deflasi di kawasan Eropah (eurozone), dan beberapa tempat telah mengalami kadar faedah negatif, berikutan kebimbangan bahawa deflasi boleh berlaku di kawasan Eropah dan membawa kepada gejolak ekonomi.

Tambahan lagi, negara-negara yang mengalami kadar pertumbuhan yang lebih tinggi boleh menyerap kadar inflasi yang lebih tinggi. Sebagai contoh, target inflasi di India adalah sekitar 4% setahun, manakala di Brazil pula adalah 4.25% setahun.

Jemput juga baca tentang i-suri kwsp dan pengeluaran kwsp

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.