Apabila tiba musim cuti sekolah maka ramai pasangan yang akan mendirikan rumah tangga atau mengikat tali pertunangan. Memori indah ikatan cinta ini pastinya diraikan dengan majlis pernikahan atau majlis pernikahan yang serba indah dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat. Tak lupa juga hantaran yang menjadi tradisi orang melayu yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Amalan menyediakan hantaran kawin dan hantaran bertunang bukan sahaja menyambung budaya lama malah dalam masa yang sama mengeratkan ikatan di antara dua insan yang diraikan.

Semakin dekat dengan tarikh yang ditetapkan, pastinya anda menjadi semakin risau dan mula panik memikirkan sama ada semua persiapan sudah tersedia atau tidak. Kami ingin menasihatkan anda untuk membuat persediaan awal dan elakkan daripada melakukan semua benda pada saat akhir kerana jika semuanya sudah disediakan dari awal, anda akan lebih relax pada hari majlis dijalankan.

Sumber: Bidadari

Salah satu perkara yang paling penting pada majlis anda ialah hantaran. Pastinya anda tercar-cari idea hantaran serta konsep yang akan digunakan pada hari pernikahan atau pertunangan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan idea simple dan menarik hantaran kahwin yang boleh juga digunakan untuk majlis pertunangan. Semoga bermanfaat buat anda.

Idea hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

Jika anda merupakan pengantin perempuan dengan sedang mencari idea hantaran kahwin untuk diberikan kepada pihak pengantin lelaki, berikut adalah di antara barang istimewa yang boleh anda letakkan di atas dulang hantaran:

  • Sirih Junjung. Sirih junjung merupakan barang wajib yang perlu ada dalam dulang hantaran bagi majlis pernikahan dan juga majlis pertunangan. Tak lengkap majlis tanpa kehadiran sirih junjung. Sirih junjung akan dihias cantik bersama kapur sirih dan gambir. Terdapat pelbagai idea hiasan sirih junjung yang boleh anda gubah. Nak lagi mudah? Anda boleh beli gubahan sirih junjung yang telah siap dari kedai pengantin. Anda juga boleh beli satu set lengkap kalau mempunyai bajet.
  • Kemeja/Seluar. Anda boleh letakkan sepasang kemeja dan seluar sebagai pakaian untuk ke pejabat. Boleh juga diganti dengan sepasang baju melayu.
  • Beg duit/Tali Pinggang. Set beg duit dan tali pinggang juga merupakan barang yang selau dijadikan sebagai hantaran.
  • Al-Quran Biasa/Digital. Al-Quran adalah hadiah hantaran yang sangat penuh dengan nilai nostalgia.
  • Sejadah. Anda boleh gubah sejadah kepada bentuk yang menarik.
  • Jam Tangan. Satu lagi idea hantaran yang anda boleh pilih ialah jam tangan.
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi seperti barangan mandi. Anda boleh beli set minyak wangi atau set barang peribadi yang sudah digubah. Ianya ada dijual di kedai.
  • Kasut. Kasut juga sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran.
  • Buah-buahan seperti epal, anggur, oren dan strawberi juga sangat cantik untuk diletakkan di atas dulang hantaran.
  • Kek/Kek Cawan. Sejak dulu lagi kek dan kek cawan dijadikan sebagai hantaran.
  • Coklat. Si dia suka makan coklat? Apa kata anda jadikan coklat sebagai hantaran.
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad juga sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran.

Sumber: Mysweetpictures

Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Berikut pula ialah idea hantaran yang mudah dan simple yang boleh dijadikan hantaran dari pihak lelaki kepada pengantin perempuan:

  • Mas kahwin/Duit Hantaran. Ia boleh digubah atau diframekan dalam bingkai gambar.
  • Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas. Barang kemas adalah hantaran yang paling disukai oleh pengantin perempuan.
  • Tepak sirih atau sirih junjung adalah hantaran yang wajib ada.
  • Al-Quran Biasa/Digital. Seperti hantaran dari belah perempuan, belah lelaki juga boleh memberikan Al-Quran sebagai hantaran.
  • Sejadah yang digubah atau dilipat cantik juga sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran.
  • Potpourri/Bunga Rampai merupakan hantaran tradisional yang masih diamal sehingga hari ini.
  • Jam tangan. Hadiahkan jam tangan dari jenama kegemaran pasangan anda.
  • Kasut tumit tinggi juga sesuai dijadikan sebagai hantaran.
  • Telekung sembahyang juga adalah idea hantaran kahwin yang popular.
  • Beg Tangan adalah sahabat karib seorang wanita dan sangat sesuai untuk diletakkan di atas dulang hantaran.
  • Set wangian /Barang mekap. Tak tahu apa yang nak dibeli sebagai hantaran? Beli sahaja set wangian dan barangan makeup.
  • Buah-buhan juga jangan dilupa.
  • Kek/Kek Cawan/ Coklat adalah makanan yang disukai oleh orang perempuan.

Idea jenis & jenama yang boleh anda beli untuk hantaran

Anda pasti nak tahu apakah jenis barang yang boleh dibeli serta jenama yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai hantaran. Ingin kami ingatkan bahawa apa yang paling penting ialah beli barangan yang anda mampu bayar dengan cash dan jangan sesekali bayar dengan kad kredit. Di antara jenis dan jenama yang popular di Malaysia ialah:

  • Set pakaian
    • Baju Kemeja Bonia, John Master, Crocodile, Polo.
    • Baju kurung yang siap berjahit atau kain pasang.
  • Set alat makeup
    • Set barang makeup yang sering digunakan oleh pasangan anda.
  • Set minyak wangi
    • Beli set minyak wangi kegemaran pasangan anda.
  • Set barangan elektronik
    • Barangan Apple seperti iPhone, iPad, dan Macbook.
    • Barangan Samsung seperti elefon bimbit, smart watch dan tablet.
    • Laptop seperti Dell, HP, Lenovo dan sebagainya.
    • Kamera seperti Nikon, GoPro, Sony,dan sebagainya.
  • Set mas kahwin
    • Cincin ataubarang kemas
    • Cek hantaran kahwin
    • Buku mas kahwin
    • Emas, dinar, atau jongkong emas
  • Set pakaian sukan
    • Tshirt, seluar, kasut, dan fitness watch.
  • Set sembahyang suami isteri
    • Telekung Siti Khadijah, Kain Pelekat Gajah Duduk
    • Al-Quran
    • Sejadah
  • Set makanan
    • kek cawan
    • Kek
    • Buah seperti epal, oren, dan pear
    • Coklat seperti jenama Cadbury, Hersheys, Toblerone, Kinder Bueno.

Sumber: Iamlegend

Itulah dia info tentang idea hantaran kahwin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga abca artikel tentang persediaan perkahwinan  dan cara jimat elektrik

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.