Sebenarnya mencari hadiah untuk perempuan lebih mudah dari hadiah untuk lelaki. Walaupun kaum lelaki kurang cerewet berbanding wanita, untuk mencari hadiah yang sesuai bagi si jejaka agak susah.

Kejutan dengan hadiah istimewa buat wanita dan tidak dijangka pastinya mampu membahagiakan mereka. Berikut adalah hadiah yang boleh dihadiahkan kepada wanita kesayangan anda.

hadiah untuk perempuan

Imej via Pixabay

Hadiah Untuk Perempuan Yang Pasti Membahagiakan Mereka

Bunga

Wanita tidak dapat dipisahkan dengan bunga. Bukan sejambak, seberkas atau sebakul, tetapi dengan hanya sekuntum bunga sudah menggambarkan harapan dan impian bagi jalinan perhubungan yang berpanjangan.

Jika tidak mahu memberikan secara bersemuka anda boleh meminta sesiapa menghantarkannya ke pejabat atau rumah. Layangkan juga sekeping kad dengan ucapan romantik. Sekarang banyak perkhidmatan untuk menghantar bunga kepada penerima.

bunga

Lelaki kalau nak bagi bunga sebagai hadiah hari jadi kena tahu beberapa perkara. Antaranya jenis bunga kesukaan pasangan anda, dia alergik ke tak dan warna serta bilangan kuntum disebaliknya.

Semua sedia maklum yang bunga fresh ni memang mahal harganya. Kalau nak beli banyak kuntum, kena belanja lebih sikit. Jadi untuk menjimatkan kos, bagi 3 kuntum bunga yang bermaksud I Love You.

Coklat

Rasanya jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk.

Tetapi sebenarnya, ramai wanita gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat yang mahal seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.

Teddy Bear  

teddy bear

Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka. Terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk.

Barang perhiasan

Wanita tidak dapat lari daripada perhiasan seperti cincin, kalung dan gelang berasaskan emas, berlian atau perak. Sedar atau tidak perhiasan yang dipakai wanita akan menjadi daya penarik dan pelengkap kecantikan mereka. Tetapi, pastikan perhiasan hanya diberi pada hari tertentu agar ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Tapi dinasihatkan tidak bawa pasangan ke kedai emas. Bayangkan anda dah pilih cincin yang bagi anda dah cantik dan sesuai dengan bajet. Bila pandang dia, tengok duk jeling-jeling cincin lain. Tapi kalau nak beli untuk ibu kenalah lebih istimewa.

Beg tangan atau dompet

Siapa yang tidak gembira apabila menerima beg tangan atau dompet sebaik bangun tidur. Hadiah beg tangan dengan jenama dan warna kesukaan sudah pasti membuatkan si dia begitu menghargai dan membawanya ke mana saja. Paling manis apabila dia menceritakan pemberian beg tangan daripada suami kepada rakan-rakannya.

Jam tangan

Jam tangan pun boleh dijadikan hadiah untuk perempuan sebagai tanda kasih sayang kepada pasangan anda. Macam-macam style jam yang ada sekarang.

Kalau perempuan yang jenis suka bergaya, boleh beli jam tangan yang jenis fashion atau casual watches. Yang suka sport, boleh beli jam tangan Nike atau Adidas. Nak jimat boleh beli jam tangan couple. Bajet lebih kurang RM100 ke bawah rasanya.

Hadiahkan jam tangan ni penting tau. Bila dia tengok masa terbayang muka anda.

Kasut

Kalau nak jadikan kasut hadiah hari jadi, kena tahu saiz kaki dia. Nak suprisekan dia anda ambil sebelah kasut dia dan cuba ukur.

Tapi kalau nak mudahkan kerja anda, bawak je dia ke kedai kasut dan suruh dia pilih mana yang berkenan. Kalau dia pilih yang mahal, berhuhu lah jawabnya. Apa salahnya kan. Untuk yang tersayang. Jangan risau, hadiah kasut perempuan mesti suka.

Buku (novel)

Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya.

Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi.

Kotak muzik

Walaupun ia dianggap ‘hadiah klasik’ namun masih ramai wanita menghargai pemberian kotak muzik. Ini kerana ia sangat bernilai dan mempunyai sentuhan sentimental.

Variasi pelbagai jenis muzik daripada perlahan sehingga rancak menjadi pengikat kasih sayang anda berdua. Pasti banyak kenangan mengusik jiwa muncul semula.

Pakaian

Pakaian antara hadiah untuk perempuan yang boleh membuatkan si dia berasa bahagia. Pasangan akan merasakan yang anda begitu mengambil berat mengenai dirinya sehinggakan tahu ukuran gaun atau jubah yang dipakai. Anda boleh memberikan hadiah dan terus mempelawanya menghadiri acara makan malam bersama.

Contoh baju yang boleh dihadiahkan mungkin dress,blouse,jubah dan sebagainya. Nak bagi nampak elok, hadiahkan sekali dengan tudung, bagi pasangan yang bertudung. Sekarang ni macam-macam jenis gaya tudung yang ada, boleh dibeli di pasar raya atau secara online. Kalau rasa nak keluar dating pakai baju yang sama, korang boleh beli baju t-shirt couple.

Gajet

Pada zaman teknologi ini memberikan hadiah telefon pintar idaman si dia adalah kejutan paling bermakna. Tambah lagi apabila diberikan pada hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.

Pasti hubungan menjadi lebih bermakna dan kasih sayang semakin bercambah kerana anda sangat menghargainya. Selain telefon bimbit, anda boleh hadiahkan juga gajet lain seperti kamera atau GoPro.

Belanja Makan

dinner

Belanja makan juga boleh dijadikan hadiah untuk perempuan. Ada perempuan suka makan di tempat-tempat yang istimewa.

Anda boleh hadiahkan makan malam yang istimewa di hotel atau restoran yang ternama. Sekali-sekala kan. Anda pun dapat makan bersama.

Kesimpulan

Walau apapun hadiah kejutan yang diberikan kepada pasangan, sama ada mahal atau murah, seharusnya anda bersyukur dan berterima kasih buat pemberi. Harga adalah perkara kedua.

Kita tidak tahu betapa sukarnya pasangan mendapatkan hadiah itu semata-mata menggembirakan hari anda. Jadi hargailah pemberiannya dengan sepenuh jiwa.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.