Anda tahu cara jimat elektrik yang mudah?  Ada perkara yang mudah tetapi selalu anda abaikan.

Ramai yang bising apabila melihat bil elektrik di rumah tinggi. Namun, hal ini masih boleh dikawal oleh setiap individu.

jimat elektrik

Imej via Pixabay

Dengan cara penggunaan elektrik yang betul, anda masih boleh mengurangkan bil elektrik yang perlu ditanggung setiap bulan.

Pihak TNB sendiri sering menggalakkan cara jimatkan elektrik. Ada beberapa langkah dikongsikan oleh TNB yang boleh anda ikut.

Tips Cara Jimat Elektrik Rumah

Tutup suis selepas guna.

Cara jimat bil elektrik yang paling efektif dan efisien ialah dengan memastikan setiap plug barangan elektrik dicabut apabila tidak digunakan.

Ramai yang selalu terlepas pandang perkara ini. Suis apa pun, lepas guna terus tutup.

Termasuklah pengecas telefon. Ada dari kita hanya tarik saja telefon dari pengecas sahaja tanpa menutup suisnya.

cara jimat elektrik

Imej via Pixabay

Suis lampu, kipas, televisyen dan lain-lain pun perlu ditutup selepas digunakan. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan.

Begitu juga dengan dekoder ASTRO. Ramai yang biarkan dalam keadaan standby. Lebih baik tutup jika tidak digunakan.

Peti Sejuk

Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Jadi, untuk menggunakannya secara efisien dan optimum, anda pastikan pintu peti sejuk anda tertutup rapat.

Pastikan juga peti sejuk tidak dibuka terlalu lama. Masa yang diambil peti sejuk anda kembali sejuk pun memakan tenaga dan duit. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.

Kedudukan peti sejuk juga perlu diambil kira. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen.

Peti sejuk juga perlu jauh daripada cahaya matahari dan peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak.

Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum.  Suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC

Gosok Baju Banyak Terus

gosok baju

Ramai yang suka gosok baju setiap hari dan sedikit.

Seterika anda memerlukan banyak tenaga elektrik untuk panas. Jika anda buat hari-hari dalam jumlah yang sedikit, jumlah tenaga yang anda perlukan berlipat ganda.

Ini berbeza jika anda seterika pakaian dengan banyak dalam satu masa sahaja. Anda dapat menjimatkan lebih banyak elektrik.

Pendingin Hawa

Rata-rata rumah di Malaysia memiliki pendingin hawa (aircond). Pendingin hawa mungkin sering kali digunakan sehingga menyebabkan kos dan bil eletrik kita melambung.

Untuk jimat elektrik, tukarkan mode aircond anda kepada ‘DRY MODE’. Anda dapat jimat hingga 20% bil anda.

Apabila kita tukarkan dari ‘COOL MODE’ ke ‘DRY MODE’ secara automatiknya kompressor akan menggunakan tenaga elektrik selaras dengan penggunaan 25°C. Jadi penggunaan tenaga elektrik akan berada pada paras minimum. (sumber: Celik Hartanah)

Filter pendingin hawa perlu dibersihkan secara berkala. Filter yang kotor, tersumbat boleh menjatuhkan kadar keberkesanan pendingin hawa anda dengan mendadak.

Semasa penghawa dingin dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.

Pemilihan Mentol

mentol

imej via Pixabay

Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih. Gunakan lampu LED untuk lebih jimat elektrik.

Lampu LED bukan sahaja menggunakan kurang tenaga elektrik, malah tidak memerlukan masa untuk warm up sebelum menyala. Lampu LED juga lebih tahan lama berbanding lampu biasa.

Boleh juga gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda.

Mesin Basuh

Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus.

Penjimatan elektrik untuk mesin basuh automatik boleh lakukan ialah, memendekan masa untuk proses pengisian air. Apabila air cepat mengalir, maka masa standby untuk mengisi air akan semakin pendek.

Pump air pun tidak akan berkerja terlalu lama apabila aliran air menjadi semakin lancar.

Jangan melebihi had muatan mesin basuh. Kalau had mesin basuh adalah 10kg, pastikan jumlah berat pakaian yang basuh tidak melebihi had tersebut.

Muatan berlebihan akan membebankan mesin basuh, meningkatkan penggunaan elektrik dan boleh menyebabkan kerosakan pada mesin basuh.

Pilih Barangan Elektrik Jimat Tenaga

Barangan elektrik masa kini yang efisien, dilabel dengan pelekat penggunaan tenaga. Jadi, ketika membeli barangan elektrik yang baru, cari barangan elektrik yang ada pelekat ini.

Atas pelekat ini, ada juga tertera peratus penjimatan penggunaan elektrik berbanding produk yang dilabel dengan 2 bintang.

jimat tenaga

Jadi selepas ini kita perlu ambil langkah bijak jimat elektrik. Perkara yang kecil jika dibuat selalu pasti besar perubahannya.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.