Hang Tuah. Apabila sebut sahaja nama ini pastinya anda terbayangkan pahlawan melayu yang gagah perkasa dan begitu taat setia kepada sultan. Malah anda juga pasti akan terbayangkan Puteri Gunung Ledang yang jelita dan bersemayam di Puncak Gunung Ledang.

Tak lupa juga saudara-saudara Hang Tuah yang lain, iaitu 5 Hang bersaudara. Akhir sekali pastinya anda bersedih dengan kematian Hang Tuah yang tragis dan ungkapan ”Takkan hilang melayu di dunia”. Hari ini kami akan kongsikan kepada anda info tentang Hang Tuah: sinopsis biodata cerita hikayat serta kehebatannya.

Sumber: Pinterest

Hang Tuah mengikut cerita hikayat melayu

Menurut cerita hikayat melayu, Hang Tuah merupakan seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu yang hidup semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 iaitu tahun 1400-1511 Masehi. Hang Tuah dipercayai adalah anak jati Melaka dan telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyung, Melaka pada tahun 1444. Pada hari ini Kampung Sungai Duyung merupakan salah satu tarikan perlancongan di Bandar Hilir, Melaka.

Berdasarkan rekod, ibu bapa Hang Tuah Hang Mahmud dan Dang Merdu Wati. Kedua ibu bapa Hang Tuah pernah bertugas di istana. Bapa Hang Tuah merupakan seorang hulubalang istana sementara ibunya adalah seorang dayang di istana. Keluarga hang Tuah sudah biasa dengan istana maka tak hairanlah apabila beliau juga menjadi pahlawan di istana.

Pastinya anda sudah sedia maklum bahawa Hang Tuah sangat handal bersilat dan bermain senjata. Hang Tuah juga memiliki 4 sahabat baik iaitu Hang Jebat, Hang Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka merupakan sabahat baik sejak kecil, dan apabila remaja mereka telah pergi  menuntut ilmu di Gunung Ledang. Guru mereka bernama Adiputra.

Kisahnya, pada suatu hari Hang Tuah lima bersaudara telah menyelamatkan Dato’ Bendahara daripada serangan seorang lelaki yang sedang mengamuk. Kemudian Dato’ Bendahara mengambil mereka berlima bekerja di istana. Mereka berlima sangat disayangi oleh Sultan Melaka kerana ketangkasan mereka bersilat dan kesetiaan kepada Sultan.

Hang Tuah dikurniakan gelaran Laksamana. Satu hari Hang Tuah mengikut Sultan Melaka ke Majapahit dan di sana Hang Tuah telah berlawan dengan Taming Sari iaitu pahlawan jawa yang kebal dan tidak dapat dicederakan oleh sesiapa. Namun akhirnya Hang Tuah berjaya membunuh pendekar Taming Sari lalu Raja Majapahit, Suraprabhawa menghadiahkan keris taming Sari kepada Hang Tuah.

Kemudian Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi melamar Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Semasa Hang Tuah pergi ke Pahang, Melor telah turun dari Gunung Ledang untuk mencari Hang Tuah namun telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya. Melor dipaksa untuk menjadi gundik Sultan Melaka. Tun Ali yang berniat jahat telah memerangkap Hang Tuah. Sekembalinya Hang Tuah dari Pahang, dia telah bertemu Melor dan ditangkap atas kesalahan berzina.

Sumber: Mindarakyat

Kedua-dua mereka dihukum bunuh oleh Sultan Melaka yang murka. Namun Dato Bendahara tidak sanggup untuk membunuh Hang Tuah. Hang Tuah bersembunyi di sebuah hutan di Hulu Melaka. Setelah ketiadaan Hang Tuah, Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan sebagai Laksamana untuk menggantikan tempat Hang Tuah. Malah keris Taming Sari juga dianugerahkan kepada Hang Jebat. Namun Hang Jebat juga mempunyai agenda tersendiri.

Hang Jebat yang merupakan sahabat karib Hang Tuah kecewa kerana Hang Tuah telah dianiaya oleh sultan. Hang Jebat telah mengamuk dan merampas istana. Semasa mengamuk, Hang Jebat telah bermajarajalela di seluruh Melaka dan membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa. Setelah puas mengamuk di pasar, Hang Jebat pergi ke istana dan mengamuk di sana sebelum bertindak merampas istana. Sultan Melaka terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Dato Bendahara. Tiada sesiapa yang mampu menewaskan Hang Jebat yang kebal disebabkan oleh Taming Sari yang berada di tangannya.

Dato Bendahara memaklumkan Sultan Melaka bahawa Hang Tuah masih hidup. Lalu hang Tuah dibawa pulang ke istana untuk berlawan dengan Hang Jebat. Setelah bertarung selama tujuh hari tujuh malam, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuh sahabta baiknya itu demi Sultan Melaka.

Hang Tuah mengikut Sulasatus Salahin

Sumber: Thevocket

Kisah hang Tuah sedikit berbeza jika dilihat dari sudut  Sulalatus Salatin tulisan Tun Seri Lanang. Menurut Tun Seri Lanang, Hang Tuah berasal dari Mengkasar Sulawesi. Nama sebenar Hang Tuah ialah Daeng Mempawah dan ayahnya bernama Raja Bajung. Hang Tuah dikurniakan oleh rajanya sebagai hadiah kepada Sultan Melaka semasa Hang Tuah berumur 12 tahun. Hang Tuah sangta tangkas bermain senjata walau pun usianya masih muda.

Menurut Tun Seri Lanang, nama Hang Tuah diberikan oleh Sultan Melaka kepada Hang Tuah bersama sebilah keris yang bernama Keris Tempa Melaka. Hang Tuah juga tidak berguru di Gunung Ledang, sebaliknya Hang Tuah dilatih oleh para hulubalang di Melaka. Jika selama ini kita biasa mendengar Hang Tuah lima bersaudara, namun menurut Tun Seri Lanang, Sultan Melaka memilik 8 orang hulubalang utama iaitu:

  • Hang Tuah
  • Hang Jebat
  • Hang Kasturi
  • Hang Lekir
  • Hang Lekiu
  • Hang Ali
  • Hang Iskandar
  • Hang Hassan
  • Hang Hussin

Itulah dia info tentang Hang Tuah: sinopsis biodata cerita hikayat serta kehebatan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang lagenda Mahsuri

Rujukan:


1. Hang Tuah. Wikipedia

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.