Nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan boleh disemak secara online. Hari ini semuanya di hujung jari. Kali ini kami akan kongsikan cara semak no plat kenderaan melalui nombor plat untuk ketahui pemilik, semakan nombor plat terkini, dan cara membeli nombor plat yang menjadi idaman anda.

Semakan pemilik kenderaan melalui no plat

Sumber: Gempak

Anda boleh menyemak pemilik kenderaan dengan menggunakan nombor plat kenderaan tersebut. Anda boleh melakukan semakan dengan menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo. Untuk melakukan semakan menggunakan laman web MYEG, anda memerlukan nombor plat yang ingin disemak. Kemudian anda boleh lakukan langkah berikut:

  1. Layari laman web MYEG
  2. Masukan username dan password
  3. Kemudian anda perlu pilih menu PDRM > Summons Service > Enquiry/Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
  4. Pilih kenderaan Malaysia/Non Malaysia
  5. Masukkan nombor plat kendaraan yang ingin disemak
  6. Masukkan kod sekuriti yang terpapar
  7. Klik butang Check Summons
  8. Maklumat kenderaan yang disemak akan terpapar

Selain MYEG, anda juga boleh melakukan semakan pemilik kenderaan dengan menggunakan laman web MyCarInfo. Cara semakan pemilik kenderaan melalui MyCarInfo adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web MyCarInfo
  2. Masukkan nombor plat kenderaan
  3. Masukkan email
  4. Transaction Credit
  5. Tick pada terms & Conditions
  6. Klik butang Enquire
  7. Maklumat lengkap kenderaan dengan no plat yang dimasukkan akan dihantar ke email anda

Semakan nombor plat terkini di JPJ

Selain memeriksa pemilik kenderaan dengan menggunakan nombor plat, anda juga boleh melakukan semakan nombor plat terkini JPJ secara online. Perkhidmatan ini adalah percuma dan anda boleh memeriksa nombor plat terbaru setiap negeri di Malaysia secara online. Cara semak nombor plat terkini JPJ adalah seperti berikut:

  1. Layari laman Portal JPJ
  2. Pilih Kawasan/Negeri yang anda ingin semak
  3. Masukkan kod sekuriti yang terpapar di skrin
  4. Tekan semak
  5. Maklumat nombor plat terkini mengikut tarikh dan masa akan terpapar secara detail
Sumber: UPND

Prosedur permohonan tempahan nombor pendaftaran kenderaan

Jika anda membeli kenderaan baru dan inginkan nombor plat yang cantik, anda boleh membuat permohonan tempahan nombor pendaftaran kenderaan. Tempahan boleh dibuat di setiap pejabat JPJ Negeri. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibahagikan kepada:

1. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

Permohonan adalah dibuka kepada semua individu, perniagaan, syarikat, pertubuhan, koperasi, badan profesional, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, Kedutaan, dan Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan. Cara memohon adalah seperti berikut:

  • Isi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10) dengan cara klik link Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10)
  • Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

A) Individu: Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

B) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian: Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik)

C) Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd:  Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

D) Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional: Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional

E) Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

  • Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00
  • Mengemukakan bayaran penuh harga tempahan nombor pendaftaran yang dibida dalam bentuk draf bank atau kiriman wang  yang sah dalam tempoh tiga bulan atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA (Negeri-Negeri lain)/AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
  • Menyediakan sampul surat bersetem/berdaftar dan ditulis dengan alamat surat-menyurat pemohon yang terkini bagi tujuan penghantaran surat jawapan

2. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

Permohonan dibuka kepada semua individu, perniagaan, syarikat, pertubuhan, koperasi, badan profesional, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, Kedutaan, dan Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan. Cara memohon adalah seperti berikut:

  • Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A) dengan klik link Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A)
  • Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori seperti di atas
  • Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00

3. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)

Permohonan dibuka kepada semua individu, perniagaan, syarikat, pertubuhan, koperasi, badan profesional, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, Kedutaan, dan Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan. Cara memohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon perlu mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10B)
  • Klik Link Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran
  • Berikan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori seperti di atas
  • Lampirkan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) sebanyak  RM10.00

Keputusan Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan

Surat Keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya. Jika permohonan anda tidak berjaya, draf bank atau kiriman wang anda akan dikembalikan. Jika anda berjaya, nama dan nombor kad pengenalan anda akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.

Apabila berjaya, anda hendaklah mendaftarkan dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dinyatakan seperti yang dinyatakan atau  nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan. Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.

Permohonan penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan dan permohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah juga tidak akan dipertimbangkan. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran JPJ adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sumber: Mstar

Itulah dia info tentang cara semak no plat kenderaan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara nak buat duit dan cara beli kereta terpakai.

Rujukan:


1.Berjaya

2. My Sumber

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.