Pembuangan sisa domestik atau sampah-sarap dari rumah yang dibuang secara merata-rata bukan saha akan menyebabkan pencemaran mata malah ia membawa kesan mudarat ke atas alam sekitar dan kesihatan. Hari ini kami akan kongsikan info tentang punca pembuangan sisa domestik, kesannya  serta langkah untuk mengatasi sebagai panduan kita bersama.

Apakah sisa domestik?

Sisa domestik  adalah sampah-sarap yang dibuang dari rumah kediaman. Ia adalah sampah dari kawasan kediaman dan bukannya dari kedai, kilang, atau premis yang lain. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair yang kemudiannya boleh dikategorikan sebagai bahan organik dan bahan bukan organik.

Sisa domestik dalam bentuk pepejal adalah seperti berikut:

  • Sisa makanan
  • Lampin pakai buang
  • Lampu rosak
  • Perabot rosak
  • Plastik
  • Kertas
  • Kaca

Sisa domestik dalam bentuk cecair pula adalah seperti berikut:

  • Minyak masak yang sudah digunakan
  • Lebihan cat yang digunakan untuk mengecat dinding bilik tidur
  • Air kumbahan dari tandas yang keluar ke longkang
  • Air sabun dari mesin basuh

Kedua-dua sisa domestik pepejal dan sisa domestik cecair tadi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  • Bahan organik yang bermaksud sisa domestic yang boleh diuraikan dan dilupuskan dengan mudah. Ia bermaksud sampah-sarap yang dibuang tadi mudah mereput dan akan hilang dalam tempoh yang pendek. Sisa domestic organic biasanya dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan. Di antara contoh sisa domestic pepejal yang termasuk dalam kategori bahan organik ialah sisa makanan, sisa kebun, dan kertas.
  • Bahan bukan organik pula merujuk kepada bahan sisa domestik yang sukar diuraikan dan dilupuskan. Ia adalah sampah-sarap yang sukar untuk mereput dan tidak akan hilang walau pun selepas bertahun-tahun dibuang. Sisa domestik bukan organic biasanya dihasilkan dari sumber mineral. Di antara contoh yang selalu dibuang ialah  tin, plastik, besi buruk, dan kaca.

Punca pembuangan sisa domestik di Malaysia

Sumber: Kitareporters

Di Malaysia, masalah pembuangan sisa domestik adalah sangat kritikal terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan dihuni oleh penduduk dengan taraf hidup yang rendah seperti kawasan flat, setinggan, kampung yang dihuni oleh pendatang dari negeri jiran, dan sebagainya. Di antara punca pembuangan sisa domestik yang sudah dikenal-pasti adalah seperti berikut:

  • Malas dan tidak endah. Jika kita seorang manusia yang normal dan berfikir secara waras, pastinya kita tidak akan membuang sampah-sarap sewenang-wenangnya di merata tempat. Punca pertama pembuangan sisa domestik ialah sikap malas dan tidak endah. Perkara ini biasanya berlaku di kalangan penduduk dengan taraf hidup yang rendah.
  • Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual. Masalah pembuangan sisa dimestik juga berlaku kerana pihak berkuasa tidak bertanggungjawab ke atas jadual pungutan sampah. Sekiranya sampah dipungut mengikut jadual, masalah lambakan dan timbunan sampah-sarap di hadapan rumah atau kawasan membuang sampah tidak akan berlaku.
  • Sikap pentingkan diri sendiri. Masalah pembuangan sisa domestic juga berpunca dari sikap pentingkan diri sesetengah pihak. Ada yang berfikir bahawa mereka tidak kisah jika kawasan persekitaran kotor dan bersepah, asalkan dalam rumah mereka bersih dan terjaga. Sikap sebegini boleh menjadi punca pergaduhan di antara jiran-jiran.
  • Tidak mementingkan kebersihan. Ada juga yang membuang sisa domestik di merata tempat kerana mereka langsung tidak endah tentang kebersihan.  Malah rumah sendiri juga kotor dan tidak teratur. Jika rumah sendiri tidak dijaga, mustahil manusia sebegini rajin untuk menjaga alam sekitar.
  • Tempat pembuangan sampah yang jauh. Ada juga yang menjadikan alasan tempat pembuangan sampah yang jauh sebagai alasan untuk membuang sisa domestik di merata-rata tempat.
  • Tidak mahu membayar yuran tapak pelupusan sampah. Bagi masyarakat di bandar, ada yang mengenakan yuran tapak pelupusan sampah. Bagi mereka yang enggan untuk membayar yuran tersebut, mereka akan membuang sampah di merata-rata tempat asalkan rumah mereka bersih daripada sampah.
  • Tidak mahu membayar yuran kutipan sampah ( maintenance fee ). Yuran kutipan sampah juga boleh menjadi beban kepada mereka yang kurang berkemampuan. Akhirnya mereka akan terpaksa membuang sampah sendiri di mana-mana sahaja yang boleh.
  • Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar. Pembuangan sisa domestik di merata tempat juga adalah berpunca daripada kurangnya pendidikan tentang kesan pembuangan sampah di merata tempat ke atas alam sekitar.
  • Kurang kesedaran sivik. Ada juga yang sudah mengetahui kesan membuang sampah ke mereta tempat namun tetap melakukannya kerana kurang kesedaran sivik.
  • Penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa. Akhir sekali, punca pembuangan sisa domestik ialah disebabkan oleh penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa. Tiada tindakan yang diambil ke atas mereka yang membuang sampah di merata tempat.

Kesan pembuangan sisa domestik

Berikut adalah di antara kesan pembuangan sisa domestik yang paling kerap berlaku:

  • Pencemaran
  • Wabak penyakit
  • Pembiakan lalat, nyamuk dan tikus
  • Bau busuk
  • Banjir kilat
  • Peningkatan kos penyelenggaraan

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sisa domestik

Sumber: Orangkata

Berikut pula adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut:

  • Memastikan jadual pungutan sampah di kawasan tempat tinggal adalah teratur.
  • Mengasingkan sampah dari rumah.
  • Meningkatkan kempen bagi member kesedaran kepada para penduduk
  • Gotong-royong membersihkan tempat tinggal masing-masing.
  • Mengamalkan konsep 3R iaitu reuse, reduce and recycle.
  • Penguat kuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak berkuasa.

Itulah dia info  tentang punca pembuangan sisa domestik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang punca jerebu dan punca pemanasan global

Rujukan:

1. Bank Soalan

2. Prezi

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.