Kalau dulu, RM50 dapat barang penuh satu muatan troli pasaraya, namun sekarang mungkin dapat satu bakul pasaraya sahaja. RM 50 pun dah rendah nilainya. Bagaimana nasibnya jika kita tiada simpanan. Oleh itu, pentingnya untuk simpan duit dengan berkesan.
Ramai yang mengeluh kerana gaji selalu tidak cukup, lebih-lebih lagi mereka yang bergaji RM2000 hingga RM3000. Boleh dikatakan mereka ini tiada duit simpanan langsung!
Seperti yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor, anda sebenarnya boleh menyimpan wang sehingga RM750 setiap bulan jika bergaji sekurangnya RM2,500. Penting untuk menggunakan formula simpan duit yang betul.
Sebelum lihat formulanya, jom lihat beberapa kategori perjalanan wang gaji anda.
Daripada sejumlah wang gaji yang kita terima, simpanan merupakan jumlah wang yang akan kita ketepikan dan simpan pada setiap bulan. Ia merangkumi simpanan untuk jangka masa pendek, panjang serta pelaburan.
Simpanan juga dilakukan bagi tujuan kecemasan, pencen, pelancongan, pelajaran, sedekah, wakaf dan lain-lain lagi. Ia boleh disimpan di platform akaun saham, Unit Amanah, Tabung Haji, ASB, KWSP, Hartanah, Emas, Takaful dan banyak lagi.
Komitmen adalah hutang atau perkara yang terpaksa kita belanjakan. Boleh jadi melibatkan pinjaman bank seperti pinjaman rumah, kereta, peribadi, PTPTN dan lain-lain lagi.
Komitmen seperti minyak kereta, belanja dapur, keperluan keluarga, bil air dan elektrik, bil internet juga termasuk kategori komitmen.
Bocor bermaksud ia merupakan bukan keperluan sangat dan kita masih boleh mengawal lagi untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, yang menjadi pilihan kita adalah menggunakan kad kredit dan melanggan siaran astro.
Untuk kategori kemahuan atau sampah pula, ia adalah sesuatu yang anda boleh guna dan berbelanja dari hasil gaji bersih anda. Antaranya adalah membeli makanan segera (McDonald, KFC, Secret Recipe, Starbuck), berhibur di pusat karaoke dan banyak lagi.
Boleh dikatakan kategori sampah ini adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak penting malah boleh dielakkan. Selagi boleh elak, elak gunakan untuk kategori ini.
Berikut adalah kategori yang akan digunapakai dalam formula simpan duit yang berkesan. Nur Aliah Mohd Nor telah berkongsi akan formula simpan duit yang dipanggil ‘kompas kewangan’ yang viral ini, memang sesuai untuk anda yang ingin bebas kewangan.
Sebelum itu, ketahuilah bahawa formula simpan duit yang boleh anda lakukan adalah berdasarkan gaji bersih anda. Berikut adalah cara pengiraan gaji bersih.
Pekerjaan Bergaji : Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih.
Kerja sendiri/ Bisnes : Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai hasil = hasil bersih
Ini adalah formula simpan duit yang digunakan oleh Nur Aliah:
Sebanyak 30% daripada jumlah duit gaji anda ketepikan dan peruntukkan untuk kategori simpanan bulanan. Maksudnya, anda boleh masukkannya ke dalam tabung simpanan anda sama ada ASB, pelaburan, akaun bank simpanan dan lain-lain lagi.
60% dari jumlah gaji anda pula akan digunakan untuk membiayai segala komitmen dan hutang. Ia merupakan hal yang terpaksa kita lakukan setiap bulan.
Kemudian, gunakan 5% sahaja dari wang gaji anda untuk berbelanja perkara yang tidak terlalu penting atau dari perbelanjaan kategori bocor.
5% lagi bakinya adalah kegunaan kemahuan dimana anda boleh membeli baju baru, tonton wayang dan berhibur.
Formula simpan duit 30/10 ini asalnya adalah 30:30:30:10 dimana setiap satu bahagian mempunyai peruntukannya yang tersendiri.
30% pertama dari gaji anda digunakan untuk pelaburan atau simpanan bagi tempoh jangka masa panjang dan pendek. 30% seterusnya adalah dari komitmen anda.
30% seterusnya lagi adalah untuk perbelanjaan keperluan keluarga, minyak kerete dan lain-lain lagi. Bagi 10% pula adalah untuk bahagian zakat dan sedekah.
Sekiranya anda seorang yang banyak komitmen, lebih elok jika anda menggunakan formula simpan duit 90:10. 90% daripada jumlah wang gaji anda akan diperuntukkan bagi membayar komitmen, keperluan rumah dan sebagainya. Namun, pastikan 10% dari gaji bersih anda disimpan sebagai simpanan dan pelaburan.
10% dari gaji yang diterima terus dimasukkan ke dalam simpanan atau akaun pelaburan anda. Selepas itu, 30% daripada keseluruhan gaji pula akan digunakan untuk membayar semua komitmen.
Beberapa minggu kemudian, 20% boleh diperuntukkan untuk kategori kemahuan (bocor) dan (sampah). Gunalah untuk anda dan keluarga asalkan tidak membazir. Selebihnya boleh disimpan.
Payah juga untuk kita tentukan, tetapi jika anda benar-benar inginkan kewangan nampak cantik, seeloknya gunalah formula ini.
60% digunakan untuk membayar semua komitmen manakala 20% wajib diasingkan untuk tujuan simpanan dan melabur. Jangan lupa juga 10% adalah untuk kemahuan yang penting dan tidak penting. Lebih baik dielakkan supaya wang tidak bocor!
Bersesuaian dengan komitmen yang anda hadapi, peruntukkan 50% untuk membiayai komitmen seperti pinjaman bank dan lain-lain, selebihnya daripada itu, gunakanlah untuk kemahuan.
50% lagi khaskan untuk menyimpan sebagai aset wang ringgit, pelaburan dan simpanan yang pelbagai. Walaupun 50% dari gaji anda agak sukar disimpan, namun jika ia berhasil, simpanan anda akan menjadi banyak dalam tempoh masa yang singkat!
Antara kelebihan menggunakan formula simpan duit ini adalah kita dapat melindungi harta dengan baik, melaburkan harta untuk masa depan, mencipta duit untuk generasi kita dan dapat mengagihkan harta dengan baik setelah meninggal dunia.
Jom baca juga kerja parttime yang lumayan, masalah selepas bersara, kelebihan sedekah dan jenis-jenis sedekah.